Sunday, November 28, 2010

Perginya Seorang Ishak

1. Pagi ini (dalam pukul 10 pagi) saya menerima tag beberapa foto FB abang Sekak yang sedang hendak dikejarkan ke Hospital Keluang. Foto terakhir menunjukkan beliau di dalam ambulans menahan kesakitan. Sangat menyentuh perasaan. Saya berdoa agar beliau Allah memberikan kebaikan yang terbaik buatnya.

2. Jam 4.06 petang, saya menerima panggilan dari Fida (anaknya) bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Saya tergamam beberapa ketika. Innalillahiwainnaillahirajiun.

3. Saya berharap Kak Odah dan anak-anak tabah dan reda menerima ketentuan Allah ini. InsyaAllah rohnya akan ditempatkan Allah di tempat orang-orang yang soleh. Beliau salah seorang sepupu yang rapat dengan keluarga kami. Periang dan kelakar!

4. Sedihnya saya dan isteri masih tidak sihat untuk ke Endau mengiringi jenazah dan menziarahi keluarga beliau. Mohon maaf.

5. Kali terakhir saya bertemunya ketika pertama kali mengunjungi beliau di Endau raya yang lalu walaupun entah sudah beberapa kali berhasrat ke Endau. Siapakah lagi adik beradiknya yang masih ada? Semoga Abang Abas terus sihat!

Friday, November 19, 2010

Sampah Sungai


Anih juga. Kenapa dulu bukan main sakan sambut sampah ni masuk dalam sungai? Siap deny bukan sampah tapi berlian! Siap dicalonkan sebagai berlian terbaik untuk Malaysia dan Hulu Kelang. Malah dimurnikan dengan karamah TG (yang sedang umrah) dari Mekah. Lepas tu sampah ni siap dikencingkan anak bini tuan sungai.

Zahirnya mungkin sampah sudah terkeluar dari sungai.. tetapi toxic waste yang di"leach"nya tak nampak walaupun sungai kelihatan bersih... Ni lagi bahaya dari fizikal sampah. Namun ada juga "sampah" yang keluar sudah diangkat jadi Timbalan Pengerusi Lajnah... dan hampir dicalonkan jadi penasihat ekonomi darul carlsberg wal anchor wal tiger? Ni jenis sampah apa pula?


Ataukah Senator Dr sudah lupa diri bahawa dia pun terjun ke dalam sungai yang penuh sampah itu? Kenapa dia meluncai terjun dulu? Bila sampah berada dalam sungai, racun akan dibebaskannya. Sampai la ni sungai tu masih penuh sampah, racun dan najis. Ikan, katak dan kuda lumba pun tak boleh hidup!

Namun kadang-kadang ada orang cari makan dalam sungai yang penuh sampah.

____
Malaysiakini

Syed Husin: Siapa nak keluar PKR, keluarlah

Abdul Rahim Sabri
Nov 20, 10
10:32am

Kongsi 9
Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali tidak risau dengan sekiranya terdapat anggota parti itu bercadang untuk keluar parti dan menyertai parti baru yang dicadangkan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Tokoh PKR itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembersihan dalam parti itu yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.

"Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang nak keluar... keluarlah. Ini bagi saya (satu) proses pembersihan dalam parti.


"Saya selalu katakan, bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih... Saya tidak risau dan ramai pemimpin tidak risau," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.

Menurutnya, situasi tersebut bukan dialami oleh PKR sahaja, malah sebelum ini PAS dan DAP turut mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu.

"Ini bukan pengalaman PKR (sahaja). Parti yang tua, yang kelihatan lebih kuat, sudah mengalami (perkara ini). (Dalam) PAS sendiri apabila presidennya sendiri (Datuk) Asri (Muda tinggalkan parti)," katanya senator itu.

Hak Zaid

Syed Husin mengulas mengenai kenyataan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang media pagi semalam yang tidak menolak kemungkinan ramai anggota PKR akan menyertainya keluar parti.

Dalam sidang media di kediamannya, Zaid memilih 16 Disember depan sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu setelah menghantar surat peletakkan jawatannya semalam.

Beliau juga memutuskan untuk menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas mengenai keputusan Zaid tersebut, Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA berkata, ia merupakan hak Zaid untuk berbuat demikian.

"Rakyat yang akan menentukan sama ada parti itu mempunyai masa depan (atau tidak). Tapi dia konsisten bahawa dia mahu bertanding dan masuk ke dalam parlimen. Terserah (kepada) rakyat (untuk menetukannnya)," katanya.

Ditanya sama ada PKR dan Pakatan Rakyat mahu berkejasama dengan parti baru itu, Dr Syed Husin berkata parti itu akan melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Sekejap nak, sekejap tak nak

"Dalam masa sekarang bukan kita (PKR) akan putuskan," katanya.

Dr Syed Husin yang turut mempersoalkan sikap Zaid "yang tidak tetap pendirian" dan "sekejap berubah-ubah".

"Perkara kecil sahaja, (contohnya) sekejap nak ada sidang akhbar, sekejap tak nak. Sekejap nak adakan balik.

"Sekejap nak bertanding presiden, sekejap nak bertanding timbalan. Sekejap kata nak berundur sekira seorang itu mengambil bahagian. Bila orang itu mengambil bahagian, dia tak mahu berundur.

"Jadi perkara seperti ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kebenaran apa?" katanya ketika mengulas kenyataan Zaid yang mahu menubuhkan parti baru "berteraskan kebenaran".

Wednesday, November 17, 2010

Zakat Raya Haji

1. Seorang ipar menitip saya sejumlah wang sebelum ke Mekah untuk disampaikan kepada keluarga Maya Karin. Dah beberapa hari saya cuba contact si Maya ni. Kadang-kadang dibusykannya handphone.

2. Saya khabarkan bahawa saya perlu sampaikan titipan. Baru nak respond.

3. Hari ni saya khabarkan lagi samada saya ke rumahnya atau dia datang ke rumah saya. Dia kata dia beraya di Kapar dan nak datang ziarah. Pelik juga contact saya guna line HP yang berbeda. So saya yang kebetulan beraya di rumah ipar itu, terpaksa pulang ke rumah. Kebetulan kami tidak buat apa-apa raya ni kerana kami memasak dan menyediakan juadah di rumah ipar bersama mertua.

4. Selepas lebih 5 jam, baru dia kata tak jadi datang kerana masih beraya bersama suami baru di Kapar. Saya pun bingung sebab dia bilang dengan Kak Long suaminya telah dipindahkan ke Sarawak. Silap-silap kena cong lagi kami ni.

5. Baliklah semula kami ke rumah ipar meneruskan raya kami dengan perasaan yang keciwa.

Thursday, November 11, 2010

Banjir

1. Politic aside, bijak juga sipenyunting ni.

2. Dan saya bersyukur kerana Allah beri pendengaran yang baik dan tidak perlu belajar read lips!

Menteri Tugas-tugas Am?

1. Saya pun semakin celaru portfolio menteri ini. Mula menteri wanita, lepas tu menteri kesihatan, lepas tu menteri jaga RISDA... Tup-tup hari ni jadi menteri pengajian tinggi pula....

2. Poning kepalo den dibueknyo sampai teringat satu karton Zunar! Mungkinkah ada kebenarannya sindirannya? Dr MAZA pun pernah memberikan sindiran yang sama!

_____
Star


Make voluntary activities compulsory for students: Rosmah
By P. ARUNA


KUALA LUMPUR: Institutes of higher learning should make it compulsory for students to get involved in voluntary activities, said Datin Seri Rosmah Mansor.

"The nation needs citizens and future leaders who are not only intellectually capable and civic-minded but also those who care for their fellow citizens, especially the less fortunate," she said.

The Prime Minister's wife stressed that the spirit of social work and volunteerism, especially among students, was important in the creation of a harmonious society.

"A loving and caring society will in turn complement the nation's endeavour towards economic development and prosperity," she said during the launch of the MIA International Art Exhibition at the Chinese Chamber of Commerce and Industry here Thursday.

Local artists as well as those from Singapore, Taiwan, China and Myanmar contributed their works to be sold at the exhibition.

Proceeds from the exhibition will be used to help needy students further their studies in the area of art and design at the Malaysian Art Institute.

Tuesday, November 09, 2010

Tahlil


1. Hebat juga mantan YAB MB Perak dari PAS. Cara tahlilnya sekarang ditiru kaum Hindu di Selangor! Syabas YB Nizar!!! Subhanallah.

2. Ada pihak menyatakan tahlil ni bidaah. Barangkali kerana itu arwah ayah saya tidak pernah mengajar saya bertahlil atau mengikuti majlis tahlil di kampung dulu.

____
Malaysiakini

Poster lelaki terbakar diarak ke rumah Anwar

Fadzly Esa
Nov 9, 10

Sekumpulan penyokong Hindraf menyerbu rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara sambil membawa poster seorang lelaki yang membakar diri kerana tidak puas hati dengan perobohan stor sebuah kuil di Puchong.

Dipimpin penyelaras pertubuhan itu W Sambulingam, kumpulan 20 orang itu berhimpun di depan pagar rumah bangglo Anwar sambil membakar lilin sebagai simbol memperingati 'pengorbanan' lelaki India tersebut.


Mula berkumpul seawal jam 8.30 malam, mereka mempamerkan kain rentang dan gambar mangsa itu sambil melaungkan slogan "Mana janji pkr?" "Mana janji Anwar?" dan "Pakatan janji kosong".

Kumpulan itu dilihat cuba mengaitkan masalah berkaitan isu kuil dengan janji-janji pilihan raya Pakatan Rakyat - antaranya berhubung pemberian hak tanah untuk rumah ibadat kepada penganut Hindu - yang didakwa tidak ditunaikan.

Kencingan Hawa II

1. Akhirnya tauke kuda menarik diri... Dia meminta DSAJ berundur.. ek leh serupa tuntutan Dr MAZA pula! Kita oklah tuntutan tu taklah sehebat tuntutan Mursyidul DAP Karpal "DSAJ harus bertaubat!"

2. Ramai pengikut tegar kata DSAJ dah bertaubat. Namun saya belum pernah lihat kenyataan youtube bertaubat dari mulut DSAJ sendiri. (Video berdangdut adalah.) Sumpah pun tak berani! Mungkin sebab Mursidul DAP kata harus bukan wajib!

Saturday, November 06, 2010

Zakat Deepavali II: Maya Karin

1. Dua hari sebelum Deepavali, saya mendapat beberapa SMS dan panggilan kecemasan dari Kak Long "... Kau tolong jengah-jengahkan Maya Karin... Katanya ada mesyuarat tatatertib berkaitan dia. Mungkin dia akan disuruh letak jawatan. .... Ansuran rumah dan keretanya dah dua bulan tak bayar... katanya dah tak tertahan dugaan ...... Kak long dah kirim RM1,XXX! ......" Saya pun bilang dengan kak long bahawa saya akan ziarah dia pada sebelah malam.

2. Malamnya saya ajak zaujah menziarahinya. Zaujah migraine pula. Jadi saya bawa anak sulung sebagai peneman ziarahi sepupu ibu tunggal yang beranak ramai. Last jumpa lima tahun dulu dengan anak lima ketika masih bersuami. Ingatkan dia masih tinggal dekat Courts Shah Alam. Rupanya dah pindah ke pangsapuri baru di pinggiran bandar Kelang.

3. Seriau juga ke tempat itu malam-malam. Punyalah susah nak ke tempat itu. Almaklumlah beribu penduduk dalam persekitaran yang "asing" bagi kami anak beranak dengan hingar bingar budak-budak yang masih bermain di taman permainan, lifts dan koridor lepas isyak.

4. Di rumah (pangsapuri kos murah tiga bilik)nya, saya ditunjukkan surat MoH. Rupanya bukan diminta berhenti tetapi sebenarnya DIBUANG KERJA. Alasan munasabah kerana dia tidak pergi kerja selama lebih 6 bulan pada 2008. Saya pasti tentunya dia sudah diberi amaran dan diberi peluang membela diri. Namun begitu dia masih diberi peluang untuk merayu.

5. Saya bantulah dia memurni surat rayuan dan memberi idea2 menyediakan alasan kukuh seperti mangsa dera (kerana ada laporan polis dan kesihatan), baru bercerai pada tahun berkenaan, ibu tunggal anak 8 sepertimana dalam deraf, sediakan laporan kauselor atau pakar psikologi jika trauma, etc etc etc...

6. Tiba-tiba anak sulongnya membawa seorang anak kecil berpamper yang dikatakannya anaknya. Kepelikan saya bertanya "Eh pelik ni, dalam surat kata anak bungsu berumur empat tahun. Tapi budak kecik lagi! Tak mungkin 4 tahun." Muka Maya Karin berubah tapi cepat menjawab "Anak ramai Angah sampai lupa umur." Saya percaya ajelah.

7. Sebelum balik saya serahkan "zakat deepavali" kepadanya dan anak sulungnya. Taklah sebanyak zakat deepavali kak long saya. Kesian ibu tunggal anak lapan baru dibuang kerja.

8. Sewaktu perjalanan pulang saya bertanya anak "Kakak perasan tak muka makcik berubah bila ayah tanya pasal budak yang berpamper?" Anak saya kata "Ya. Pelik. Budak tu masih kecil dan makcik berpisah April 2008!" Pelik memang pelik.

9. Esoknya saya terima panggilan dari seorang sepupu rapat lagi. "Dah pergi ke rumah Maya Karin?"

"Ya."

"Dia seorang dengan anak-anak?"

"Ya."

"Dia seorang dengan anak-anak? Ada orang lain?" Diulang-ulangnya.

"Tak ada." Saya menjawab berulang.

"Ada apa-apa yang pelik?"

"Ada budak perempuan kecil berumur ~ 1-2 tahun masih berpamper. Katanya anaknya. Tapi dalam surat kata anak bungsu berumur 4 tahun. Tu yang agak pelik sikit kerana di berpisah April 2008."

"Since kau dah nampak biarlah kak story cerita sebenar....Bla bla bla.... " Terkejut beruk saya.

10. Saya segera SMS Maya Karin menyatakan kemusykilan saya tentang anak kecil itu. Selepas berdalih-dalih dia mengaku telah kahwin lain. Bengkak betul saya! Rasa tertipu kerana beriya-iya kami beri zakat deepavali dan cuba carikan dia kerja baharu, rupanya sudah ada mahram baru.

Kami fahamlah dia anak tunggal yatim piatu. Kami pun anak yatim piatu. Tapi soal nikah cerai ni kita akan maklumkan kepada pak-pak cik dan sedara mara yang masih hidup. Apa nak sorok-sorok pasal nikah? Bukan bila kesempitan wang aja baru nak cari saudara mara!!

11. Nampaknya iini kali kedua Maya Karin buat hal. Nikah dan beranak pinak tak beritahu kami.

Friday, November 05, 2010

Zakat Deepavali

1. Teringat sebuah pantun: biri-biri, tenuk rusa; orang memberi, kita merasa! MSG serbuk perasa.

2. Dunia ni pelik. Pakej perdana haji dah boleh disponsor penerima tender. Zakat (fitrah?) Deepavali pun ada juga! MasyaAllah. Ammmmmmmaaaaaaa!

3. Biar apa pun, kita wajib menjauhi perkara yang boleh membawa fitnah.

4. Teringin nak makan tosai tisu darul umar abd aziz pula saya! Tosai tisu rende'.

5. Puh kanan, puh kiri, berkat dari baginda ali. Huluq huluq huluq!
__________
Malaysiakini

PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah

Salhan K Ahmad
Nov 3, 10
11:29am
Kongsi

1496
Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

"Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya.

Saturday, October 16, 2010

Kencingan Hawa

Nasib tauke kuda...
____
Star 17 Oct 2010

Anwar puts his foot down

ANALYSIS By JOCELINE TAN
joceline@thestar.com.my


The de facto PKR leader’s hand in the party polls has been evident in the last few days as he turned on his charm as well as used a heavy fist to fine-tune the list of candidates.

PKR politician Datuk Zaid Ibrahim has always had this polished and casual chic kind of look. But the past few days have found him looking harassed and rather out of sorts, as though the world is slowly crumbling around his ears.

He cannot be blamed because he was almost “played out” by three ladies in a private home in Taman Tun Dr Ismail on Thursday.


During the meeting, the three ladies managed to elicit three promises from him: one, he would not contest the PKR No. 1 post; two, he would pull out from the No. 2 post; three, he would instead go for a vice-president post.

The three ladies were none other than PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, her daughter Nurul Izzah Anwar and political secretary to the Selangor Mentri Besar, Faekah Husin, whose petite frame belies her political cables in the party.

Zaid agreed to the proposals because he was told that Tan Sri Khalid Ibrahim would also quit the race and that Wan Azizah would persuade the other candidate Mustaffa Kamil Ayob to withdraw.

The idea was to pave the way for a face-off between Nurul Izzah and Azmin Ali. Both mother and daughter have very personal feelings about Azmin and they evidently felt that this would be the moment to take him on.

On Friday, Zaid and Nurul Izzah met again to discuss a joint press conference on Saturday where he would withdraw and she would confirm her candidacy. His only condition was that she should not quit midway.

But the press conference never took place, the three women went incommunicado, calls were not returned and SMSes went unanswered.

Zaid must have felt as if he was in one of those weird twilight zone movies – did the meeting actually take place or had he imagined all of it?

Well, it was definitely for real and when things went all silent on the other side, he dashed off e-mails to all those who had attended, confirming the discussion. Only Nurul Izzah acknowledged the e-mail.

Zaid was totally cheesed off and has since confirmed he is in the race against Azmin and Mustaffa. Khalid is staying out whereas Nurul is going for the vice-president post.

Datuk Seri Anwar Ibrahim apparently blew his top and put his foot down on the deal, despite the fact that his wife is his party president and his daughter is an MP in her own right.

Anwar, weighed down as he is by the sodomy trial, has been working behind the scenes to prevent the party elections from getting out of hand.

He is convinced an early general election is in store after Friday’s Budget and he cannot afford any big splits. The party adviser turned on his legendary charm for some, and used a heavy fist on others to avert all-out fights.

Khalid evidently bowed to Anwar’s determination that Azmin should be the next deputy president.

At a private meeting last week, Anwar asked Khalid to concentrate on his duties as Selangor Mentri Besar.

He told Khalid that going for No. 2 did not make sense given that he has to focus on defending Selangor in the next election. He reminded Khalid that it was why he was replaced by Azmin as Selangor PKR chief a few months ago.

The contest for the PKR No. 2 post has had more twists and turns than the East-West Highway. There has also been collateral damage and a PKR-aligned news portal had to publish a long editorial insisting that, “We are nobody’s poodle,” following accusations that its coverage of the PKR polls was one-sided.

The real power lies with Anwar. He let things take its course earlier on but began pressing the control buttons in the days leading to the confirmation of candidates.

He would probably step up his role again when the divisions convene to vote for the supreme council between Oct 29 and Nov 21.

Those who had pressured him to go for No. 1 must be slapping themselves. Why should he, when he has such unlimited and undefined power as the de facto leader?

At the same time, his word is not what it used to be with the new one-man-one-vote system of election.

For instance, Zaid, who defied Anwar so openly, still managed to secure some 40 nominations for the No. 2 post and more than qualified for the No. 1 post.

Rafizi Ramli, Anwar’s calon wahyu for the leadership of Angkatan Muda Keadilan or AMK, did poorly in the nominations race and has pulled out, reportedly on Anwar’s advice.

The AMK fight is now between two street-fighter style politicians – Badrul Hisham Shaharin and incumbent Shamsul Iskander Akin. Although Shamsul has been unremarkable as AMK chief, Anwar is said to prefer him over Badrul who has an independent spirit.

Anwar’s alignment to personalities in the party seems to suggest that this election has more to do with his sodomy trial than the future of the party.

His all-time favourite Azmin is primed to look after Anwar’s personal interest as keenly as he does that of the party. Even Anwar’s approval of Shamsul and Tian Chua is related to their ability to whip up demonstrations which will be useful in his trial.

As for Wan Azizah, who was returned unopposed as president, her loyalty to the party is second only to her loyalty to her husband.

Those contesting the party polls have to realise that they are there not only to take on the Barisan Nasional but also to rise to Anwar’s defence in the sodomy trial.

Wednesday, September 15, 2010

Old Newspaper

1. Ulama menyatakan syaitan dirantai di bulan Ramadhan. Bila Sosilawati dan 3 muslim dibunuh dengan dalam bulan Ramadhan, ada yang bertanya apakah syaitan hindu tidak dirantai? Ataukah hindu-hindu terbabit sudah jadi sub kontraktor syaitan di bulan Ramadhan.

2. Kak Jat pula berfatwa neraka pun tak mahu menerima pembunuh-pembunuh ini. MasyaAllah.

3. Tapi fatwa lama di sebelah kanan ini lagi menarik!

Monday, September 06, 2010

Ramadhan Al Mubarak: Berita Gumbira

Pagi ini seorang teman menghantar e-mel berita di bawah mengenai kufr masuk Islam di bulan Ramdhan tahun ini di Dubai. Saya menjawab "Di Dubai depa bergumbira kufr masuk Islam di bulan Ramadhan. Di sini kita bergumbira kufr masuk mussola dan masjid di bulan Ramadhan!"

_____
Over 13,000 embraced Islam in Dubai

Ahmed Shaaban

3 September 2010

The emirate of Dubai is seeing waves of conversion to Islam over the last 14 years, particularly during the holy month of Ramadan, according to a top official.
Huda Al Kaabi, head of the New Muslims Section at the Islamic Affairs Department, said as many as 13,946 people, from 72 nationalities, have embraced Islam in Dubai over the period from 1996 to 2010. “These include 10,450 new Muslims from 2005 to 2009.”

People are touched by the merciful instructions of Islam which strictly orders its followers to be honest, fair and kind to all people, disregarding their religion, race, language and colour. “When people come to Dubai, they know better about the bright image of Islam, and how it tolerantly meets man’s needs in all places and times,” Kaabi said.

Prof Dr Lewis, one of the new Muslims, said his two PhDs in philosophy and education helped him evaluate Islam reasonably. “I am not convinced to do so because of a passionate idea or imitation, but due to my total heart and mind contentedness.”

John, another convert from the Philippines, said he managed to get information about the rituals, virtues and ways of Islam from his colleagues. “Islam truly respects the mind and heart of human beings,” he said.

Shanju Kamarachi, an Indian working in a bank, was a Hindu before he came to discuss issues with Dr Zakir Naik — at a Ramadan Forum lecture — about paradise which only Muslims will enter as is known in India. “I got clear answers, particularly about the virtues of Islam which calls for one God, morals and what is best for human beings,” he said.

After spending 13 years as a missionary, Rowena said “having seen no Muslim converting to another religion made me ask and read about Islam and finally embrace it.”

While 3,043 people converted to Islam in 2009, the first half of 2010 saw 1,373 new Muslims; most of them were from the Philippines, Russia, China and India. “The nationality of most new Muslims differs from one year to another, however,” Kaabi said. More women than men opt for Islam.

“This year among the converts, 1,098 are women and 275, men. Likewise, 984 of the 1,365 new Muslims in the first half of 2009 were women, and 576 of the 878 people who embraced Islam in the first six months of 2008 were women,”
she said.

There are more conversions during Ramadan. The varied activities held therein — including introductory lectures, courses and workshops on Islam, along with mass Iftars, charity meals and contests — attract more people to Islam. “Some 391 people from 35 nationalities converted to Islam last Ramadan.”

The Ninth Ramadan Forum witnessed the conversion of 160 people, mostly Filipinas this year while 205 people converted to Islam at Dar Al Ber Society in June and July this year.

Kaabi said the New Muslims Section provides fully-integrated and free services to Muslims, new Muslims, and non-Muslims.

“Special programmes are held for non-Muslims to integrate them into the UAE society and enlighten them about the religion and culture while new Muslims join courses on the Holy Quran and Sunnah, as well as the pillars, rituals, teachings and ethics of Islam.”

In a bid to answer all queries and doubts about Islam, a new online service Itasel Bena or Call Us is available on the website www.iacad.gov.ae. “Most of the questions received are about polygamy, circumcision and the burial norms in Islam,” Kaabi said.

Questions may also be submitted in person or by telephone on 04-6087707. “The seven male and female staff counsellors are geared up round the clock to answer all questions in various languages, including Tagalog, Chinese, Russian, English, Urdu and Malayalam.”

Kaabi said regular visits are paid to the consulates, departments, hospitals, shopping centres and prisons to explain the teachings of Islam, using creative, scientific and persuasive techniques.

Monday, August 30, 2010

Little Caliphs

1. Tok-tok guru sering mengingkat bahawa "kita (muslims) adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi".

2. Tok-tok guru juga sering mengingatkan "tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah" dan seikhlas menderma atau bersedekah "tangan kiri pun tak tahu". Persis lagu Herman Tino "...Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri".

3. Malangnya dah menjadi tren memberi la ni menderma mesti difoto, lebih afdal kalau ada mock cheque besar, lembu berlori, etc etc waimah ketika mengagih wang zakat. Pemimpin all sides tidak terkecuali termasuk Tok-tok guru.

Namun lebih malang jika kita sanggup berkompromi soal hukum dan adab, hanya sekadar RM500-1000 derma buat pagar mussola dsbnya dari kufr dzimmi. Khalifah-khalifah tak mampukah? TG ADUN kawasan Islam itu dah tak mampu jugakah?

3. Si kufr pula mendakwa niatnya ikhlas dan mohon jangan dipermainkan dan dipolitikkan. Maklumlah mungkin telah dikhabarkan derma dan amalan di bulan Ramadhan sampai 700 kali ganda pahalanya. Kalau "kena" malam Lailatulqadar, lagi terangkat!

Ai ya Moi, kalau siap difoto bersama cek PASti ada political mileage! Allah tidak memerlukan foto di cyberspace dan album sebagai bukti. Hanya manusia yang taksub sahaja yang akan menganggukkan statement kufr!! Walhal hakikat sebenarnya duit rakyat marhaen dipulangkan (menurut si kufr itulah).

Dan kita masih terus bergumbira menjadi tangan di bawah tangan kufr. Kufr sudah berkerudung jambul dan derma semakin berkurang. Foto tetap foto (eh eh...sama dengan moto kita lawan tetap lawan) Barangkali TG hanya sempat tazkirah bab aurat dan tak sempat soal keikhlasan kot!

4. Kita little caliphs diserang. Apakah kita tidak berfikir dan terfikir? Mesej Raja Nazrin di suatu majlis YAPEIM Perak ada benarnya... Kita mudah mengalah dengan upah gula-gula dan aiskrim Malaysia!!

Saturday, August 28, 2010

Ustazah Amoi

1. Pada tahun 1980, saya dan 16 pelajar ke Setiu untuk lawatan belajar selama beberapa hari. Disebabkan di situ tiada hotel atau asrama ketika itu, pelajar perempuan ditempat di sebuah rumah penduduk kampung dan kami pelajar lelaki diminta tidur di surau. Namun dua pelajar lelaki Iban Kristian tidak dibenarkan masuk atau tidur di surau. Alasannya tidak berkhatan dan tidak mandi hadas besar. Seorang sahabat dari Serambi Mekah berkata dia rela mati mempertahankan surau dari masukki dua lelaki Iban tu. Maka terpaksalah mereka ditempatkan di rumah penduduk tadi.

2. Baru-baru ini sibuk pula kita marah paderi Melayu beri tazkirah di gereja.

3. Namun semenjak dua menjak ini, dah boleh pula kufr masuk masjid dan mussola berceramah. Malah baru-baru ini dibenarkan ustazah amoi togel di kepala memberi ceramah dalam mussola di Ramadhan al mubarak.

Dan lebih anih bila yang berserban memBOLEHkan pula. I thought syaitan sudah dirantai di bulan Ramadhan. Alangkah baiknya jika serban itu dihadiahkan kepada ustazah bagi menutup kepalanya!

4. Kalau Tun Hasmah, Marina atau Kak Mah masuk mussola atau masjid togel tentu lain hukumnya pula. Bimbang juga jika pemimpin-pemimpin SIS akan ikut trend ustazah amoi! Apakah akan diBOLEHkan juga oleh yang berserban?

5. Hukum boleh berubah kerana politik dan kesepakatan!

p/s Mengapakah abah dan kariah surau kampung kami tak pernah ajak apek Kiam dan Panjang yang berseluar pendek serta keluarga mereka bertarawih dan moreh di surau? Apakah sebab mereka jahil ilmu ketika itu?

______

The Malaysian Insider

Nik Aziz defends DAP MP over speech in surau

August 28, 2010

KOTA BAHARU, Aug 28 – PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat has defended a DAP member of parliament for speaking in a Kajang surau on Sunday.

The Kelantan Menteri Besar said it did not contravene Islamic law and was the best way to get to know Muslims better.

“There is nothing wrong for a non-Muslim woman to speak in a surau as long as she is decently dressed,” he told reporters after presenting Aidifitri aid to orphans at Rumah Puteri Harapan Taman Sabariah here today.

Nik Aziz (picture) was commenting on the action by Serdang Member of Parliament Teo Nie Ching who delivered a speech from the prayer area of Surau Al-Huda in Kajang Sentral.

The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, who is angry and disappointed with the incident urged the Selangor Islamic Council (MAIS) to investigate the matter.

Saturday, August 21, 2010

Ramadhan Al Mubarak: Syaitan dirantai

Pelik juga membaca berita di bawah ini. Biasanya TGNA cepat memberikan alasan atau nas memBENARkan tindak tanduk ahli, DAP atau sepakatan. Sungguh anih. Kelebihan bulan Ramadhan. AllahuAkbar!

Star 22 Aug 2010

Nik Aziz declines comment on Friday sermon issue

KOTA BAHARU: PAS Spiritual Leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat declined to comment on the issue of the alleged use of Penang Chief Minister Lim Guan Eng's name in the prayer during the Friday sermon in several mosques in Penang.

He said it was a personal issue and did not wish to comment on such matter.

He said that when approached by reporters at his house in Kampung Pulau Melaka here Saturday.

Nik Aziz said he did not know much about the issue and it was not a political issue, and as such did not want to comment.

The Penang Umno Liaison Committee had alleged that Lim's name was switched with the Yang di-Pertuan Agong's in the prayer during the Friday sermon at several mosques in the Tasik Gelugor, Permatang Pauh and Jelutong areas, but the Penang government had denied the allegation.

Thursday, August 05, 2010

Ngomong Jerman

1. Biasanya Wak Su Gersik kalau bertandang ke rumah, sekurang-kurangnya akan tinggal selama seminggu. Wak Su kakak abah jauh lebih tinggi dari abah. Adik beradik abah lain yang tinggi-tinggi termasuk Pak Usu Hasrin, Wak Salimah, Wak Ijah, Wak Salikon...

2. Pernah Wak Su datang beberapa bulan selepas nyaie meninggal. As a curious small boy, saya bertanya "Wak, mengapa wak menangis semasa nyaie meninggal?" Cepat dia menjawab "Silit mu!" Ternganga saya dibuatnya kerana tak faham bahasa Jerman (Jowo).

3. Sebaik sahaja abah pulang dari sekolah (mengajar), saya yang curious bertanya abah "Abah, silit apa?"
"Siapa ajar perkataan ni?"
"Siang tadi saya tanya wak su kenapa dia nangis masa nyaie meninggal. Dia kata silitmu kat saya!"
"Oh silit tu maksudnya ponggong!"

4. Maka fahaman saya silit itu ponggong bertahan sampai saya dewasa dan bekerja. Sehinggalah kes Sukma, Munawar dan Azizan muncul, barulah saya tahu maksud silit sebenarnya. Rupanya abah cong saya kerana malu nak sebut makna silit sebenar!

5. Anihnya ketika saya ke sebuah gedung besar di Duisburg baru-baru saya terjumpa barangan periuk belanga, pisau dan lain-lain jenama Silit buatan Jerman. Tertawalah saya sendirian. Saya percaya wong jowo orak mahu masak dalam atau guna silit.

4. Petang tadi saya bertemu rakan Nasara lama saya. Saya tunjukkan gambar pressure cooker ni. Dia yang biasa dengan produk Jerman dan ke Jerman tiba-tiba berkata "This is a very good German brand. Germany is also known for producing Silit scapels and other surgical equipments. I wonder why this brand is not even here?"

5. Saya beritahunya maksud silit (dalam bahasa Jawa), dia tergelak "Probably that is why this brand is not here! Too hardcore!!"

6. Dan teringat pula saya seseorang yang dikatakan Mat Sabu suka silit yang insisted berubat di Alpha Clinic yang kecil. Barangkalinya klinik tu guna scaples brand silit juga. Pak cik pun terikut-ikut ke Alpha Clinic untuk check status hasil pembedahan his slipped disc. Tapi doktor tu kata surgery yang dibuat di Malaysia tu dah perfect!!

7. Kalau rajin ke www.silit.com, bolehlah dilihat slogan silit. Interesting juga "Pure Cooking Enjoyment".

Monday, June 07, 2010

Membina Masjid II

1. Sebelum melangsungkan perkahwinan, saya dan zaujah bukannya faham sangat adat dan protokol pernikahan etc. Saya pun tak pernah jadi best man untuk sesiapa. Begitu juga zaujah.

2. Satu pernikahan pasangan Melayu yang kami saksikan di US ikut stail yang tak biasa dilihat di drama-drama TV. Susah payah pengantin lelaki duduk atas cushion nak sambut akad. Jurunikah pak Arab dok tanya "Is she the one you want to marry?" Dia jawab "yes". Lepas tu dia tanya soalan yang serupa ke pengantin wanita. Terus pak arab tu kembali kat pengantin dan kata "Alhamdullillah, you're now her legal husband!"

Tercengang-cenganglah kami yang tercongok-congok tadi termasuk pengantin lelaki. Majlis walimah pun ala kadar.

3. Satu lagi "pernikahan" yang saya lihat seorang wanita Melayu (anak seorang ustaz TG terkenal) dengan pak utih di bulan Ramadhan di bawah pokok. Jurunikah pak utih pegang bible... I do I do dan kemudiannya jurunikah kata Melayu tu "You may kiss your groom!" Terkejutlah si Melayu lalu segera kiss pak utihnya.... Tercengang-cenganglah Melayu-melayu. Oh gitu kalau perempuan Melayu kahwin pak utih. Bride kena kiss the groom. Astagha!

4. Oleh kerana 25 tahun dulu rumah parents saya dan zaujah tiada telefon dan handphone belum wujud, maka tak dapatlah saya dan zaujah berjumpa untuk bincang nota-nota protokol nikah etc secara detail. Maklumlah bapa mertua bagi kebenaran 3 hari sebelum ramadhan dan nikah kami pada 4 syawal. Sempat jumpa dua kali... jadi malu-malu pula kita. Sekali untuk serah wang dia beli barangan hantaran lelaki ke perempuan termasuk cincin perkahwin. Saya beli barangan untuk saya untuk mudahkan masa. Mudah dia beli barangan dan cincin dia suka. Saya beli barangan yang saya suka. Kali kedua ialah exchange barangan2 tersebut.

Pernikahan cubalah kami ikut adat hantaran-hantaran ini kerana pertunangan kami tiada majlis pertunangan. Taklah sampai berpuluh-puluh dulang.

5. Abah tak turunkan apa-apa petua selain tentang rukun, akad etc. Hanya Kak Long saya menerangkan protokol tidur di rumah pengantin perempuan. Saya ambil 100%.

6. Rombongan saya adalah beberapa kereta aje. Pak-pak cik dan makcik-makcik belah emak dari Bandar Maharani. FYI mak saya saja di kalangan adik beradiknya berhijrah ke kampung.

7. Sekitar jam 11.00 pagi, selepas mengisi berbagai borang, saya pun dipaksa imam buat rehearsal akad. (Kat rumah sebelumnya abah dah ajar dan peringat semua rukun, akad etc etc.) Imam tanya "Boleh buat?" Bila saya seorang US grad jawab "Ya" lalu imam kata "Oi orang mudalah katakan. Semua kata boleh. Nanti masa akad tergagap-gagap!" Hadirin dan saksi ikut tergelak. Anyway saya pun dinikahkan Imam Mislan (bukan bapa YB Tim Menteri). Dengan sekali lafaz.

8. Lepas akad, saya pun diusung ami-ami zaujah ke bilik tidur pengantin. Saya disuruh sarungkan cincin. Selesai sarung cincin, ami-ami pun bersorak gumbira "Cium! Cium! Cium!"

Saya dan zaujah pun tercengang-cengang dan terkejut. Kami terpandang-pandang sesama sendiri.

Dalam hati saya being a US grad berkata "Eh Ina tiada pun khabag ada kiss the bride dalam adat Arab BP? Baik betul ni? Mana ada dalam Islam ni kiss the bride. Kak Long tak pun tak khabag.... Pelik pelik pelik..." Saya juga menjeling ke pak-pak arab untuk minta kepastian. Yang saya nampak mereka bersorak gumbira "Cium! Cium! Cium!" Lagilah saya kebinggungan. Dalam drama TV pun tak pernah nampak pakcik-pakcik pengantin bersorak suruh cium.

Dalam hati zaujah being a US college student terkejut "Eh sejak bila ada kiss the bride dalam keluarga kita ni..."

Ami-ami dan ati-ati galak bersorak lagi "Cium! Cium! Cium". Dan zaujah tiba-tiba mendapat ilham segera mencium tangan saya. Bertepuklah pak-pak dan mak-mak Arab kegumbiraan.

Legalah kami tersenyum kambing "Oh rupanya depa suruh zaujah cium tangan saya....."

(Bersambung...)

Saturday, June 05, 2010

Membina Masjid I

1. 24 Jun ini genaplah 25 tahun perkahwinan saya dan zaujah.

2. 25 tahun dahulu saya belum sempat setahun bekerja. Zaujah pun masih belajar di US dan mempunyai 2 tahun lagi untuk menamatkan pengajiannya.

3. 25 tahun lalu, idealistik kuat dan kewangan belum kukuh. Keduanya mahukan majlis walimah di 4 Syawal yang simple dan tidak menyusahkan ibubapa, kerabat terdekat serta jiran. Tidak mahu unsur-unsur unislamic terselit dalam pembinaan masjid kami. Idola kami masa tu pun idealistik. Pakai baju Melayu dan sandal ke mana-mana dan bersumpah tidak berubah. Nasib baik setelah sejam berdebat, bapa zaujah benarkan kami (yang ditunangkan sejak 1982) bernikah. Kalau tidak, dah nekad (ikut idola) bernikah lari di Siam!

Kad undangan pun setakat kad fotokopi. No (fancy) pix. Tiada kad yang ditempah di Bandung atau London.

4. Majlis di rumah zaujah simple. Saya memandu kereta sendiri, a used Galant Sigma JX 1818. Tiada kompangan menyambut rombongan kecil kami. Nikah dan jamuan. Tiada persandingan. Tiada makan berdamai. Menu pengantin serupa menu jemputan. Pengantin pun tidak bersongket dan bertanjak!

Tiada gamelan. Tiada musik rakaman. Tiada live music dari band atau artis AF atau rockers Sajoha. Tiada door gift atau bunga telur.

5. Balik ke Muar, saya memandu sendiri dengan zaujah di sisi. Majlis di rumah saya juga simple. Hampir serupa. Tiada kompang. Tiada music. Tiada gemalan. Tiada ghazal. Tiada door gift atau telur pindang.

Yang sedikit lain cuma ada majlis makan berdamai memenuhi hajat emak dan mak utih. Makan pun bersila. Tiada meja VVIP dan hiasan bunga murah atau mahal.

Menu yang lebih dari jemputan lain hanyalah opor ayam. Tiada udang putih besar! Itupun tak boleh pulun banyak kerana Wak Janah melingas memerhatikan kami supaya tak memalukan keluarga (kerana pengantin pelahap!).

Opor Mak Utih memang sedap. Zaujah dan saya terkilan tak dapat merasa sepuasnya. Kat US mana nak dapat. Kat Malaysia, bukan hari-hari boleh dapat atau dijual kat gerai ayam golek ke Kenny Rogers. Mak Utih pun bukan buat setiap hari! Saya pun cuma pernah sekali makan di meja VVIP-Pengantin ketika mewakilkan sepupu (wali) di majlis anaknya. Opor tiada dalam menu kerabat Perak!

6. Majlis walimah (di rumah) saya jauh lebih kecil dari majlis walimah Kak Long saya yang khabarnya grand dengan rebah lembu seekor dan berpuluh-puluh kalau tak beratus ayam. Saya di US masa tu. Yalah anak sulong... Abah pun ada hajat dan jemputannya. Emak ada hajat dan jemputannya. Nenek pun ada hajat dengan program-program.

7. Yang baiknya selepas majlis, tiada yang mengeluh kepenatan. Tiada yang sumbangan yang hilang. Tiada barangan lain hilang... etc etc. Kami bersyukur parents dan mertuas sudi mengikut kaedah kami.

FYI, kaedah majlis walimah adik-adik dan abang zaujah selepas itu juga sesimple majlis kami. Malah perabot pengantin kami terus digunakan sehingga majlis adiknya yang terakhir. Tak tahulah ini dikira sempoi atau kedekut!

8. Lepas kenduri di rumah, tiada pula kami berfoto-foto romantik dan dramatik. Tiada dokong mendokong di taman atau stesen keretapi. Baju pengantin (kurung dan Melayu) hanyalah dua pasang. Tiada gaun labuh berjela...

(Bersambung)

Friday, May 28, 2010

Malam Amal

1. Kelmarin satu majlis makan malam amal dibuat alumni high school saya. Ramai rakan sedarjah saya mengajak saya turut serta. Sebahagian semacam marah serta menyindir kerana tidak pergi dan menyumbang sponsor meja dari platinum sehingga gold.

2. Tujuan utama malam amal ialah untuk mengutip dana membina surau. Tujuan sampingan untuk tabung pendidikan sekolah.

3. Saya tiada masalah tentang hal menyumbang pembinaan surau. Namun apabila dikutip melalui majlis amal, itu ada masalah sedikit kepada saya. Majlis amal biasanya diselit dengan acara hiburan. Yalah takkan dengar ucapan dan makan aje. Dan saya berpendapat adalah tidak patut hiburan dicampur adukkan dalam pengutipan tabung surau. End tidak menghalalkan means! Waimah tujuan itu murni. Waimah majlis itu disertai zaujah Mufti Serambi Mekah dan bekas ustaz kita. Saya pasti mereka yang diundang itu tidak tahu pengisian majlis amal itu.

4. Ternyata majlis itu sah disulami acara persem-bahan hiburan dari kalangan pelajar sekolah dan artis jemputan. Biasanya di majlis begini antara ada artis di kalangan alumni. Dan kita duduk bersama terhibur berhijab dan togel mengumpul dana membina surau.

5. Untuk sahabat "so islamic" yang menyindir kami yang tidak pergi dan menyumbang (sindirnya memilih membina Masjid Gaza!), lupakah sahabat kita yang sering berkokok "amal makruf nahi mungkar"? Ke sekarang dah boleh selit-selit mungkar untuk tujuan makruf?

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. " AlBaqarah 42

".... Maka tidakkah kamu berfikir?" Al Baqarah 44.


Foto: Shahidah 2010

Thursday, May 27, 2010

Tanjung Pagar

1. Sifat pemurah kita berterusan dan menjadi warisan... Pak Lah sedekah Batu Putih serta Blok L(ah) dan M(enantu). Tok Jib serah Tanjung Pagar dan insyaAllah Woodlands.

2. Hari ini merupakan kali kedua zaujah bertanya "Ada orang nak potong rumput. Nak ambil?"

Kali pertama, beberapa minggu dulu, dia telefon dari rumah ketika saya berada di somewhere.

3. Selama ini saya dan anak-anak yang memotong rumput. Dulu-dulu zaujah pernah buat atau menolong. Agaknya kerana pernah bentan memotong rumput sebaik keguguran (tak sabar tunggu saya buat), dia dah buat lagi. Dah tukar kepakaran.. water jetting foyer, terrace dan drains.

4. Sudah banyak kali pemotong-pemotong expatriate mengecek saya hendak memotong rumput di rumah. Malangnya rumput karpet kami hanya tumbuh panjang di keliling pagar. Tepi dan belakang dah tak banyak rumput. Not worth mengupah. Lagi pun mesen pemotong mereka dah masuk banyak padang rumput lain yang berbagai jenis. Mengikut pengalaman lalu, benih-benih rumput dari padang-padang itu akan tertebar di laman kita. Di rumah kami yang pertama (sudah dijual), rumput karpet akhirnya ditawan cow grass.

5. Pernah sekali saya mengupah hanya untuk mencabut rumput liar. Tapi tak sempurna kerana expat Bangladesh tidak memakai peralatan yang betul. Hanya cabut pakai tangan. Akat tak tercabut dengan sempurna. Tak berkesan. Malangnya anak-anak sudah tidak rajin mencabut. Sibuk berfacebook.

6. Pernah sekali zaujah mengupah 2 expat Indonesia untuk membuat weeding di kalangan pokok-pokok bunganya serta menanam beberapa pokok baru. Anihnya zaujah serahkan kepada depa untuk "design layout" tanaman. What can you expect.... Rosak! Bengkak mata saya setiap kali memandangnya.

7. Bila zaujah dah mula kerap bertanya samada nak hire pemotong expat, tentu ada maksud tersirat. Barangkali kerana hasil kerja saya dan anak-anak sudah bertambah tidak mencapai kualiti yang diharapnya... atau kerana kesihan melihat ketuaan saya seperti KTMB.

Kebetulan of late bila ada kelapangan, hujan pula. So merbahaya jika mengguna electric mower dan trimmer. Nak meracun lalang yang dah menceroboh pun tak boleh. Bila cuaca elok, kita sibuk pula.

8. Dan saya akui bahawa saya sudah lama tidak membaja pokok-pokok bunganya.. Sudah serik. Takut kalau ada pokok terlayu atau apa, disalahkan ..... Lagipun yang mempunyai green hands di kalangan kami hanya my dearest zaujah. Membaja pokok bukannya berat sangat! Bagus untuk zaujah melepaskan peluh. Namun saya masih membeli baja-bajanya. Dan setiap kali sebelum zaujah membeli pokok-pokok baharu, saya mengingatkannya "Kalau sanggup beli, mestilah sanggup dan rajin merumput dan membaja. Kalau malas, kesian pokok!" Saya setakat tolong tanamkan sahaja....

9. Yes, suatu hari expat-expat ini akan berjaya juga menawan Tanjung (dalam) Pagar saya yang seciput di Tanjung Johor. May be I should be thinking to sell the electric mowing machine and trimmer, tong racun, fertilizer spreader etc etc... atau sedekahkan sahaja peralatan-peralatan itu...

Monday, April 26, 2010

Astora Jabat

Bulan lepas, saya membawa beberapa pelajar saya melawat ladang kupang di Melaka. Sementara menunggu bot di jeti, YB Datuk ADUN yang kebetulan sedang memantau pembinaan jeti tambahan datang menemui pelajar-pelajar saya untuk bermesra(walaupun tak dijemput). Biasanya orang politik. Kena mesra dan tersenyum.

Sambil menanya khabar, dia menghulur jabat kepada pelajar-pelajar saya. Yang lelaki membalas. Namun pelajar-pelajar saya yang berhijab enggan menyambut huluran jabatnya. Tiba-tiba dia naik angin (barangkali malu besar!).

"Siapa pegawai pembimbing pelajar-pelajar ini?" dengan suara yang agak tinggi.

"Saya, Datuk!" dengan senyuman lebar.

"Awak patut tarbiyahkan pelajar-pelajar awak. Pemimpin boleh bersalaman dengan rakyat yang bukan mahramnya. Tidak haram sebab tidak terbit syahwat, bla bla bla..... Budak-budak ni tak faham hukum...bla bla...."

Saya senyum sahaja. Benarlah dia tak kenyet mata atau merenyeh kat pelajar-pelajar wanita saya. Maklumlah dia buta sebelah mata. Kalau mengenyet, tentu langsung tak nampak apa-apa.

YB kemudiannya beredar ke warong bersama orang-orangnya. Saya bangga dengan pendirian tegas pelajar-pelajar wanita saya. Saya harap naiwatu mereka betul. Bukan kerana YB separa OKU, kurang hensem dan pakai S class 80an!

Foto (Minaq Jinggo): Pak Syeikh menjabat zaujah Kamalanathan di Hulu Selangor disaksikan Umar Abdul Aziz Al-Penang dan Ustaz Xavier (Zubir?) Al-Andalasia.

Saturday, April 24, 2010

Buah Cempedak Di Luar Pagar

1. PRK Hulu Selangor ini agak menarik... Teringat saya sebuah pantun lama.

Buah cempedak di luar pagar; calun satu katak, kenapa banyak katak lompat keluar (pagar)?

Rupanya katak-katak biru muda ini ada bermacam-macam rupa.

2. Ada yang bermata merah. Yang ini dikatakan spesies Dr Halili atau Ezam. Akhirnya jenis ini lompat ke rumah merah. Ada yang lepas jawatan TKM, ada yang masih YB, ada yang dapat jadi Senator....


3. Ada yang bermata dan tapak tangan hijau. Yang ini spesies mantan reformis ARO. Akhirnya jenis ini lompat ke rumah hijau. Jenis yang ini so far tidak pernah dikutuk sahabat sepakat. Malah kita beri mereka jawatan. Ada yang jadi Timbalan Lajnah. Ada yang jadi YB.

4. Ada yang bermata hitam dan bertompok hitam. Spesies ini spesies mabuk. Lagi kuat mabuk, lagi banyak tompok hitamnya. Bila dah masuk rumah kita, dia jadi tak pandai lompat keluar. Kecuali bila rumah dan pagar kita roboh.






5. Ada juga yang mata hitam hijau. Badan tak bertompok. Yang ini spesies naif yang ada kecenderongan kehijauan. Mudah kena tipu katak-katak biru yang lain. Namun spesies inilah yang kuat berbunyi bila excited.


6. Ada juga yang belakangnya hitam bergaris kuning di tangan dan badan. Jenis ini jenis beracun. Ada yang panggil spesies ini spesies Nalla. Yang jenis ini bila lompat keluar, mungkin buat rumah baru atau balik rumah lama.

7. Ada banyak lagi spesies, tak larat nak cerita semua.

8. Bagaimanapun katak ini haram dimakan berdasarkan hadis berikut.

Narrated AbdurRahman ibn Uthman:
When a physician consulted the Prophet (peace_be_upon_him) about putting frogs in medicine, he forbade him to kill them. Abu Daud 28: 3862

Sunday, April 18, 2010

Cupcakes

1. Malam tadi ada ada drama "Cinta Kek Cawan" di TV3. Tak ingat samada saya tonton sampai habis.

2. Elok-elok saya berehat di bilik tengahari ni, anak bongsu saya merayu-rayu saya membantunya membuat cupcakes. (Bahan-bahan telah dibelinya semalam. Plan asal akan membuat cupcakes bersama ibunya.) Pelik juga biasa tengah-tengah hari minggu begini dia akan terperap di bilik berfacebook. Maklumlah saya memberinya access net hanya pada hari minggu.

3. Kerana ibunya berkerja hari ini dan kakaknya keluar belajar memandu, terpaksalah saya membantu sehingga kakaknya pulang. Nasib baiklah masa kecil-kecil dulu saya menolong ibu setiap menjelang raya membuat cookies and cakes. Berguna juga untuk mengajar anak bungsu itu membuat cupcakes (sebenarnya saya belum pernah buat cupcakes). Saya cuma assume kaedahnya serupa membuat kek.

4. Setelah membancuh dan mengisi dalam bekas-bekas cupcakes. Saya pergi menonton TV. Dari kecil itu pun kerja saya. Buat kuih sehingga siap bancuh, cetak cookies atau masuk ke bekas kek. Bab memasak di oven itu kerja ibu dan Kak Long saya. Kakaknya, telah pulang dari kelas memandu, menolongnya menjaga oven.

5. Sedap juga plain cupcakesnya yang dihasilkan kami. Lepas masak sibuk dia dan kakaknya membuat icing dan menghias cupcakes. Resipi icing kakaknya. Lepas makan beberapa cupcakes saya leka menonton channel 734.

6. Dah lewat petang, sewaktu saya membuka fridge untuk mencari jus red carrot, saya terkejut besar melihat hiasan cupcakes yang dihasilkan anak dara 13 tahun. Hasil dari percubaan pertama.

7. Isteri saya juga terkejut dengan hiasannya. Kakaknya juga terkejut setelah hanya mengajarnya membancur icing dan warna serta kaedah melukis icing. Ini adalah sebahagian cupcakes yang dihasilkannya.

Wednesday, March 31, 2010

Laknat Allah


1. Sahabat-sahabat saya berbangga menunjukkan keratan akhbar ini semalam melalui e-mail , bulletin board alumni dan facebook. Mereka menyelar 1M tak takut laknat Allah. Tersenyum kambing saya.

2. Seorang junior membalas tulisan seorang bro dari Parlimen Carlsberg "Bro M (saya) sudah suruh tutup Carlsberg.

3. Lalu saya sambung begini:

1. Betul(lah) tu (saya dah lama suruh tutup Carlsberg. Saya pun tak faham kenapa YB belum mahu tutup Carlsberg tapi ghairah nak bina kuil besar di kawasan Melayu).

2. Barangkali mereka (orang Brunei) lebih takut kerana cuma ada satu sultan dan satu mufti. Kita lebih berani kerana ada banyak sultan, banyak mufti dan banyak tuan-tuan guru dan tok-tok guru yang hebat. Tu yang kita kurang takut laknat Allah. (Doa kita belum habis serakaat pun hujan yang berebut turun!)

Malah kerajaan TG(HA) kita dulu pun pernah tambah lesen hamar. Alasan lazim keperluan memenyu kufr dzimmi.

Mungkin juga kufr dzimmi Brunei beriman kepada Allah sepertimana rakan-rakan Borneo kita. Bilangan kufr dzimmi mereka sahih tak seramai kufr dzimmi kita. Tu yang kita wajib tambah lesen!

Tok San Li pernah nak jadikan Shah Alam hamar free. Tapi ada rakan-rakan sekapal tak setuju. Tu yang kita sokong mereka mempercayai Allah. La ni Tok San senyap sepi. Mungkin bila dah mempercayai dan nak guna senang nak beriman.

3. Tulah yang hebat kita. Masa memerintah (Darul penyu) tambah lesen hamar. Masa memerintah (Darul Carlsberg wal Anchor) kilang hamar belum mahu ditutup. Kita tumpang berkat hitaqullah Brunei ajalah gamaknya. Kita kebal laknat gayanya. Bagan Serai pun masih kebal nampaknya.

4. Begitulah cerita 7 hari 7 malam.


4. Di facebook another sahabat, seorang Dato memaparkan ini

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ” Hadith Riwayat Anas

5. Agaknya lesen ditambah TG kerana penambah lesen tak termasuk dalam hadith di atas kot!

Wednesday, March 24, 2010

Haji Mustafa

1 March 2010

1. Lewat petang semalam, saya dan isteri baru keluar hendak menziarahi ibu mertua yang kebetulan berada di rumah adik ipar apabila jiran sebelah rumah Dr N called.

"Ni nak beritahu, Mustafa belakang rumah you meninggal pukul 4.30 petang ni. Dilanggar model plane."

"Eh betul ke ni?"

"Ya saya berada di rumah mayat Hospital Putrajaya sekarang. Malam ini akan diadakan yassin di rumahnya. Tolong beritahu jiran-jiran semua!"

2. Saya yang masih di taman perumahan kami, berpatah semula menemui dan menelefon/SMS jiran-jiran lain. Jiran-jiran kebingungan.

3. Sebelum isyak saya dan isteri ke rumah Mustafa. Benarlah dia telah meninggal. Saya rasa dah lebih dua bulan kami tak berjumpa di atas kesibukan masing-masing. Dia sering outstation lately.

4. Rupanya pagi semalam dia bergegas seorangan untuk bermain model airplanes around 10.30am. Lupa wallet, handphone dan kunci kereta. Guna spare key. Biasanya dia pergi jam 7 pagi. Walaupun ditegah zaujah, dia kegianan.

5. Sedang beliau bercangkung menguruskan airplanenya, dia dilanggar sebuah airplane lain yang kemungkinan hilang kawalan around 11am. Parah di kepala. Pemain-pemain lain mengalami masalah menghubungi waris beliau. Nasib baik ada geran kereta di kereta.

6. Beliau dikatakan koma sejak 2.30 pm sehinggalah meninggal pada 4.30 pm (Hospital Putajaya). Di majlis yassin, kami dikhabarkan jenazah akan dibawa ke rumah setelah selesai autopsi kira-kira jam 12 tengahari.

7. Namun awal pagi tadi, N jiran sebelahnya SMS "Jenazah pulang jam 5 pagi tadi. Kita akan urus jenazah sebentar lagi".

8. Setibanya di rumah Mustafa, sudah agak ramai orang kampung Jalan Kebun di situ selain rakan-rakan arwah. Bro-bro karkun yang volunter bersungguh-sungguh memandikan dan menguruskan jenazah.

9. Setelah dikafan dan disolat, jenazah dikirim ke Ipoh untuk pengebumian selepas zohor or asar. Darahnya masih menjejes walaupun sudah dimandikan dan dikafankan.

10. Haji Mustafa is only 48.

Sudin Ajaib

18 Mac 2010

1. Semalam saya balik lewat sikit. Baru nak dinner, sekumpulan jemaah datang ke rumah. Dengan berkain gombang, saya keluar menyambut mereka. Ahli-ahli ziarah ni bukanlah jiran-jiran karkun Jalan Kebun yang kerap atau pernah ziarah ke rumah saya. First time jumpa mereka bertiga kerana saya jarang ke Masjid Al Falah mereka kerana lebih suka ke Alhijrah yang lebih dekat. Saya dapat tahu kemudiannya bahawa ini kali kedua mereka "menerjah" dalam minggu ini.

2. Dan bila jurucakap kumpulan (Lupa terma tablighnya. First and last saya ikut buat ziarah adalah di tahun 83) bertanya "Siapa nama abang?" Saya segera menjawab dengan bersahaja "Sudin Ajaib!"

Terkedu dan terbisu ketiga-tiga bro ini buat beberapa ketika. Mereka ternyata kebingungan dan nampak bimbang jika saya benar-benar Sudin Ajaib. Mereka tidak tahu nak react apa. Saya biarkan mereka melayan perasaan mereka beberapa ketika.

Akhirnya saya memecah keheningan malam "Relax ya akhi, saya menguji tuan-tuan sahaja!"

Ternyata mereka tidak kenal Sudin Ajaib dan bimbang sekiranya saya benar-benar Sudin Ajaib sejemaah mereka, apa yang perlu mereka nak cakapkan kepada rakan karkun mereka.

3. Tujuan ziarah mereka standardlah. Mengajak saya join majlis ilmu di masjid al Falah. But tujuan tersirat yang saya sedia maklum selepas bayan di masjid ialah untuk mengajak "keluar".

Saya khabarkan bahawa saya an early drop out kerana clusterphobic!

BTW saya dimaklumkan oleh bro sepejabat yang masih aktif bahawa SA sudah mufarakah dari jemaah.

Thursday, March 11, 2010

Hebatnya Tok Jijan


1. Hari ini hari terakhir kursus kami di Darul Jelapang. Petang ni exco Tok Jijan akan menutup majlis.

2. Bro-bro kami dari US memilih untuk memakai baju Melayu. Hebat pengaruh Tok Jijan. Namun depa khuatir nak memakai kopiah. Kot-kot nanti Zul Kulim mengamuk!

3. Anyway on the way back di airport Alor Setar, jumpa Ustaz Nasha. Sempat juga saya tunjukkan dia foto ini. Tersengih-sengih Ustaz Nasha bila saya usik "Kalau tambah kopiah, lagi hebat mereka ni ye ustaz!" Kebetulan ustaz tak memakai kopiah petang itu.

4. Sewaktu berjalan keluar KLIA, Ustaz Nasha sempat tunjuk SMS TP Johor yang menjemputnya ke majlis walimah TP minggu ini. Kata ustaz, orang macam bro haji ini ramai muslimat minat! Dulu pun masa kat SMSJ pun ramai adik-adik dan sebaya yang minat!

5. Anyway Selamat Pengantin Baru lagi Haji Aminol.

Saturday, February 27, 2010

Animal Story

Kalau benarlah cerita ini...... Seorang wajib dipancung, seorang wajib direjam... Yang dipancung wajib disebat (atau direjam) terlebih dahulu!

___
Perangai binatang
Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM dan MD FUZI ABD LATEH
am@hmetro.com.my
Harian Metro 2010/02/28

KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.

........
Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.


Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.


“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
.............................

Thursday, February 25, 2010

Menantu


1. Tahniah kepada sahabat saya, Aminolhuda akan menerima menantu pada 26 Februari 2010 di Pt Kasim Darat.

2. Tahniah kepada sahabat saya itu yang akan menjadi seorang menantu pada minggu hadapannya di Masjid UTM. Ini merupakan perkahwinannya yang ketiga setelah kewafatan dua zaujahnya yang terdahulu.

3. Nampaknya adik saya, Cikgu Ahmad masih belum kelewatan.

Saturday, January 16, 2010

Budak Kampung


1. Seorang sahabat mengadu tentang anaknya. Masih belajar di matrikulasi. Esok hari jadinya. Dia mahu handphone baharu sebagai hadiah harijadinya. (Birthday lepas sudah dapat handphone idaman yang dibeli di Singapura.) Harga handphone idamannya agak mahal membuat emaknya terkedu. Lebih mahal dari handphone hadiah harijadinya (dari suami).

Emaknya yang musykil bertanya "Kawan baik awak pakai handphone apa?" Dia enggan memberitahu tetapi memberi alasan "Dia budak kampung! dan terus merajuk masuk ke bilik tidur.

2. Emak dan ayahnya terkedu. Si suami berkata "Kita juga budak kampung. Tak layak dan mampulah kita belikan dia handphone yang mahal"