1. Sebelum melangsungkan perkahwinan, saya dan zaujah bukannya faham sangat adat dan protokol pernikahan etc. Saya pun tak pernah jadi best man untuk sesiapa. Begitu juga zaujah.
2. Satu pernikahan pasangan Melayu yang kami saksikan di US ikut stail yang tak biasa dilihat di drama-drama TV. Susah payah pengantin lelaki duduk atas cushion nak sambut akad. Jurunikah pak Arab dok tanya "Is she the one you want to marry?" Dia jawab "yes". Lepas tu dia tanya soalan yang serupa ke pengantin wanita. Terus pak arab tu kembali kat pengantin dan kata "Alhamdullillah, you're now her legal husband!"
Tercengang-cenganglah kami yang tercongok-congok tadi termasuk pengantin lelaki. Majlis walimah pun ala kadar.
3. Satu lagi "pernikahan" yang saya lihat seorang wanita Melayu (anak seorang ustaz TG terkenal) dengan pak utih di bulan Ramadhan di bawah pokok. Jurunikah pak utih pegang bible... I do I do dan kemudiannya jurunikah kata Melayu tu "You may kiss your groom!" Terkejutlah si Melayu lalu segera kiss pak utihnya.... Tercengang-cenganglah Melayu-melayu. Oh gitu kalau perempuan Melayu kahwin pak utih. Bride kena kiss the groom. Astagha!
4. Oleh kerana 25 tahun dulu rumah parents saya dan zaujah tiada telefon dan handphone belum wujud, maka tak dapatlah saya dan zaujah berjumpa untuk bincang nota-nota protokol nikah etc secara detail. Maklumlah bapa mertua bagi kebenaran 3 hari sebelum ramadhan dan nikah kami pada 4 syawal. Sempat jumpa dua kali... jadi malu-malu pula kita. Sekali untuk serah wang dia beli barangan hantaran lelaki ke perempuan termasuk cincin perkahwin. Saya beli barangan untuk saya untuk mudahkan masa. Mudah dia beli barangan dan cincin dia suka. Saya beli barangan yang saya suka. Kali kedua ialah exchange barangan2 tersebut.
Pernikahan cubalah kami ikut adat hantaran-hantaran ini kerana pertunangan kami tiada majlis pertunangan. Taklah sampai berpuluh-puluh dulang.
5. Abah tak turunkan apa-apa petua selain tentang rukun, akad etc. Hanya Kak Long saya menerangkan protokol tidur di rumah pengantin perempuan. Saya ambil 100%.
6. Rombongan saya adalah beberapa kereta aje. Pak-pak cik dan makcik-makcik belah emak dari Bandar Maharani. FYI mak saya saja di kalangan adik beradiknya berhijrah ke kampung.
7. Sekitar jam 11.00 pagi, selepas mengisi berbagai borang, saya pun dipaksa imam buat rehearsal akad. (Kat rumah sebelumnya abah dah ajar dan peringat semua rukun, akad etc etc.) Imam tanya "Boleh buat?" Bila saya seorang US grad jawab "Ya" lalu imam kata "Oi orang mudalah katakan. Semua kata boleh. Nanti masa akad tergagap-gagap!" Hadirin dan saksi ikut tergelak. Anyway saya pun dinikahkan Imam Mislan (bukan bapa YB Tim Menteri). Dengan sekali lafaz.
8. Lepas akad, saya pun diusung ami-ami zaujah ke bilik tidur pengantin. Saya disuruh sarungkan cincin. Selesai sarung cincin, ami-ami pun bersorak gumbira "Cium! Cium! Cium!"
Saya dan zaujah pun tercengang-cengang dan terkejut. Kami terpandang-pandang sesama sendiri.
Dalam hati saya being a US grad berkata "Eh Ina tiada pun khabag ada kiss the bride dalam adat Arab BP? Baik betul ni? Mana ada dalam Islam ni kiss the bride. Kak Long tak pun tak khabag.... Pelik pelik pelik..." Saya juga menjeling ke pak-pak arab untuk minta kepastian. Yang saya nampak mereka bersorak gumbira "Cium! Cium! Cium!" Lagilah saya kebinggungan. Dalam drama TV pun tak pernah nampak pakcik-pakcik pengantin bersorak suruh cium.
Dalam hati zaujah being a US college student terkejut "Eh sejak bila ada kiss the bride dalam keluarga kita ni..."
Ami-ami dan ati-ati galak bersorak lagi "Cium! Cium! Cium". Dan zaujah tiba-tiba mendapat ilham segera mencium tangan saya. Bertepuklah pak-pak dan mak-mak Arab kegumbiraan.
Legalah kami tersenyum kambing "Oh rupanya depa suruh zaujah cium tangan saya....."
(Bersambung...)