Saturday, June 05, 2010

Membina Masjid I

1. 24 Jun ini genaplah 25 tahun perkahwinan saya dan zaujah.

2. 25 tahun dahulu saya belum sempat setahun bekerja. Zaujah pun masih belajar di US dan mempunyai 2 tahun lagi untuk menamatkan pengajiannya.

3. 25 tahun lalu, idealistik kuat dan kewangan belum kukuh. Keduanya mahukan majlis walimah di 4 Syawal yang simple dan tidak menyusahkan ibubapa, kerabat terdekat serta jiran. Tidak mahu unsur-unsur unislamic terselit dalam pembinaan masjid kami. Idola kami masa tu pun idealistik. Pakai baju Melayu dan sandal ke mana-mana dan bersumpah tidak berubah. Nasib baik setelah sejam berdebat, bapa zaujah benarkan kami (yang ditunangkan sejak 1982) bernikah. Kalau tidak, dah nekad (ikut idola) bernikah lari di Siam!

Kad undangan pun setakat kad fotokopi. No (fancy) pix. Tiada kad yang ditempah di Bandung atau London.

4. Majlis di rumah zaujah simple. Saya memandu kereta sendiri, a used Galant Sigma JX 1818. Tiada kompangan menyambut rombongan kecil kami. Nikah dan jamuan. Tiada persandingan. Tiada makan berdamai. Menu pengantin serupa menu jemputan. Pengantin pun tidak bersongket dan bertanjak!

Tiada gamelan. Tiada musik rakaman. Tiada live music dari band atau artis AF atau rockers Sajoha. Tiada door gift atau bunga telur.

5. Balik ke Muar, saya memandu sendiri dengan zaujah di sisi. Majlis di rumah saya juga simple. Hampir serupa. Tiada kompang. Tiada music. Tiada gemalan. Tiada ghazal. Tiada door gift atau telur pindang.

Yang sedikit lain cuma ada majlis makan berdamai memenuhi hajat emak dan mak utih. Makan pun bersila. Tiada meja VVIP dan hiasan bunga murah atau mahal.

Menu yang lebih dari jemputan lain hanyalah opor ayam. Tiada udang putih besar! Itupun tak boleh pulun banyak kerana Wak Janah melingas memerhatikan kami supaya tak memalukan keluarga (kerana pengantin pelahap!).

Opor Mak Utih memang sedap. Zaujah dan saya terkilan tak dapat merasa sepuasnya. Kat US mana nak dapat. Kat Malaysia, bukan hari-hari boleh dapat atau dijual kat gerai ayam golek ke Kenny Rogers. Mak Utih pun bukan buat setiap hari! Saya pun cuma pernah sekali makan di meja VVIP-Pengantin ketika mewakilkan sepupu (wali) di majlis anaknya. Opor tiada dalam menu kerabat Perak!

6. Majlis walimah (di rumah) saya jauh lebih kecil dari majlis walimah Kak Long saya yang khabarnya grand dengan rebah lembu seekor dan berpuluh-puluh kalau tak beratus ayam. Saya di US masa tu. Yalah anak sulong... Abah pun ada hajat dan jemputannya. Emak ada hajat dan jemputannya. Nenek pun ada hajat dengan program-program.

7. Yang baiknya selepas majlis, tiada yang mengeluh kepenatan. Tiada yang sumbangan yang hilang. Tiada barangan lain hilang... etc etc. Kami bersyukur parents dan mertuas sudi mengikut kaedah kami.

FYI, kaedah majlis walimah adik-adik dan abang zaujah selepas itu juga sesimple majlis kami. Malah perabot pengantin kami terus digunakan sehingga majlis adiknya yang terakhir. Tak tahulah ini dikira sempoi atau kedekut!

8. Lepas kenduri di rumah, tiada pula kami berfoto-foto romantik dan dramatik. Tiada dokong mendokong di taman atau stesen keretapi. Baju pengantin (kurung dan Melayu) hanyalah dua pasang. Tiada gaun labuh berjela...

(Bersambung)