Saturday, November 06, 2010

Zakat Deepavali II: Maya Karin

1. Dua hari sebelum Deepavali, saya mendapat beberapa SMS dan panggilan kecemasan dari Kak Long "... Kau tolong jengah-jengahkan Maya Karin... Katanya ada mesyuarat tatatertib berkaitan dia. Mungkin dia akan disuruh letak jawatan. .... Ansuran rumah dan keretanya dah dua bulan tak bayar... katanya dah tak tertahan dugaan ...... Kak long dah kirim RM1,XXX! ......" Saya pun bilang dengan kak long bahawa saya akan ziarah dia pada sebelah malam.

2. Malamnya saya ajak zaujah menziarahinya. Zaujah migraine pula. Jadi saya bawa anak sulung sebagai peneman ziarahi sepupu ibu tunggal yang beranak ramai. Last jumpa lima tahun dulu dengan anak lima ketika masih bersuami. Ingatkan dia masih tinggal dekat Courts Shah Alam. Rupanya dah pindah ke pangsapuri baru di pinggiran bandar Kelang.

3. Seriau juga ke tempat itu malam-malam. Punyalah susah nak ke tempat itu. Almaklumlah beribu penduduk dalam persekitaran yang "asing" bagi kami anak beranak dengan hingar bingar budak-budak yang masih bermain di taman permainan, lifts dan koridor lepas isyak.

4. Di rumah (pangsapuri kos murah tiga bilik)nya, saya ditunjukkan surat MoH. Rupanya bukan diminta berhenti tetapi sebenarnya DIBUANG KERJA. Alasan munasabah kerana dia tidak pergi kerja selama lebih 6 bulan pada 2008. Saya pasti tentunya dia sudah diberi amaran dan diberi peluang membela diri. Namun begitu dia masih diberi peluang untuk merayu.

5. Saya bantulah dia memurni surat rayuan dan memberi idea2 menyediakan alasan kukuh seperti mangsa dera (kerana ada laporan polis dan kesihatan), baru bercerai pada tahun berkenaan, ibu tunggal anak 8 sepertimana dalam deraf, sediakan laporan kauselor atau pakar psikologi jika trauma, etc etc etc...

6. Tiba-tiba anak sulongnya membawa seorang anak kecil berpamper yang dikatakannya anaknya. Kepelikan saya bertanya "Eh pelik ni, dalam surat kata anak bungsu berumur empat tahun. Tapi budak kecik lagi! Tak mungkin 4 tahun." Muka Maya Karin berubah tapi cepat menjawab "Anak ramai Angah sampai lupa umur." Saya percaya ajelah.

7. Sebelum balik saya serahkan "zakat deepavali" kepadanya dan anak sulungnya. Taklah sebanyak zakat deepavali kak long saya. Kesian ibu tunggal anak lapan baru dibuang kerja.

8. Sewaktu perjalanan pulang saya bertanya anak "Kakak perasan tak muka makcik berubah bila ayah tanya pasal budak yang berpamper?" Anak saya kata "Ya. Pelik. Budak tu masih kecil dan makcik berpisah April 2008!" Pelik memang pelik.

9. Esoknya saya terima panggilan dari seorang sepupu rapat lagi. "Dah pergi ke rumah Maya Karin?"

"Ya."

"Dia seorang dengan anak-anak?"

"Ya."

"Dia seorang dengan anak-anak? Ada orang lain?" Diulang-ulangnya.

"Tak ada." Saya menjawab berulang.

"Ada apa-apa yang pelik?"

"Ada budak perempuan kecil berumur ~ 1-2 tahun masih berpamper. Katanya anaknya. Tapi dalam surat kata anak bungsu berumur 4 tahun. Tu yang agak pelik sikit kerana di berpisah April 2008."

"Since kau dah nampak biarlah kak story cerita sebenar....Bla bla bla.... " Terkejut beruk saya.

10. Saya segera SMS Maya Karin menyatakan kemusykilan saya tentang anak kecil itu. Selepas berdalih-dalih dia mengaku telah kahwin lain. Bengkak betul saya! Rasa tertipu kerana beriya-iya kami beri zakat deepavali dan cuba carikan dia kerja baharu, rupanya sudah ada mahram baru.

Kami fahamlah dia anak tunggal yatim piatu. Kami pun anak yatim piatu. Tapi soal nikah cerai ni kita akan maklumkan kepada pak-pak cik dan sedara mara yang masih hidup. Apa nak sorok-sorok pasal nikah? Bukan bila kesempitan wang aja baru nak cari saudara mara!!

11. Nampaknya iini kali kedua Maya Karin buat hal. Nikah dan beranak pinak tak beritahu kami.