1. Sifat pemurah kita berterusan dan menjadi warisan... Pak Lah sedekah Batu Putih serta Blok L(ah) dan M(enantu). Tok Jib serah Tanjung Pagar dan insyaAllah Woodlands.
2. Hari ini merupakan kali kedua zaujah bertanya "Ada orang nak potong rumput. Nak ambil?"
Kali pertama, beberapa minggu dulu, dia telefon dari rumah ketika saya berada di somewhere.
3. Selama ini saya dan anak-anak yang memotong rumput. Dulu-dulu zaujah pernah buat atau menolong. Agaknya kerana pernah bentan memotong rumput sebaik keguguran (tak sabar tunggu saya buat), dia dah buat lagi. Dah tukar kepakaran.. water jetting foyer, terrace dan drains.
4. Sudah banyak kali pemotong-pemotong expatriate mengecek saya hendak memotong rumput di rumah. Malangnya rumput karpet kami hanya tumbuh panjang di keliling pagar. Tepi dan belakang dah tak banyak rumput. Not worth mengupah. Lagi pun mesen pemotong mereka dah masuk banyak padang rumput lain yang berbagai jenis. Mengikut pengalaman lalu, benih-benih rumput dari padang-padang itu akan tertebar di laman kita. Di rumah kami yang pertama (sudah dijual), rumput karpet akhirnya ditawan cow grass.
5. Pernah sekali saya mengupah hanya untuk mencabut rumput liar. Tapi tak sempurna kerana expat Bangladesh tidak memakai peralatan yang betul. Hanya cabut pakai tangan. Akat tak tercabut dengan sempurna. Tak berkesan. Malangnya anak-anak sudah tidak rajin mencabut. Sibuk berfacebook.
6. Pernah sekali zaujah mengupah 2 expat Indonesia untuk membuat weeding di kalangan pokok-pokok bunganya serta menanam beberapa pokok baru. Anihnya zaujah serahkan kepada depa untuk "design layout" tanaman. What can you expect.... Rosak! Bengkak mata saya setiap kali memandangnya.
7. Bila zaujah dah mula kerap bertanya samada nak hire pemotong expat, tentu ada maksud tersirat. Barangkali kerana hasil kerja saya dan anak-anak sudah bertambah tidak mencapai kualiti yang diharapnya... atau kerana kesihan melihat ketuaan saya seperti KTMB.
Kebetulan of late bila ada kelapangan, hujan pula. So merbahaya jika mengguna electric mower dan trimmer. Nak meracun lalang yang dah menceroboh pun tak boleh. Bila cuaca elok, kita sibuk pula.
8. Dan saya akui bahawa saya sudah lama tidak membaja pokok-pokok bunganya.. Sudah serik. Takut kalau ada pokok terlayu atau apa, disalahkan ..... Lagipun yang mempunyai green hands di kalangan kami hanya my dearest zaujah. Membaja pokok bukannya berat sangat! Bagus untuk zaujah melepaskan peluh. Namun saya masih membeli baja-bajanya. Dan setiap kali sebelum zaujah membeli pokok-pokok baharu, saya mengingatkannya "Kalau sanggup beli, mestilah sanggup dan rajin merumput dan membaja. Kalau malas, kesian pokok!" Saya setakat tolong tanamkan sahaja....
9. Yes, suatu hari expat-expat ini akan berjaya juga menawan Tanjung (dalam) Pagar saya yang seciput di Tanjung Johor. May be I should be thinking to sell the electric mowing machine and trimmer, tong racun, fertilizer spreader etc etc... atau sedekahkan sahaja peralatan-peralatan itu...