Friday, May 28, 2010

Malam Amal

1. Kelmarin satu majlis makan malam amal dibuat alumni high school saya. Ramai rakan sedarjah saya mengajak saya turut serta. Sebahagian semacam marah serta menyindir kerana tidak pergi dan menyumbang sponsor meja dari platinum sehingga gold.

2. Tujuan utama malam amal ialah untuk mengutip dana membina surau. Tujuan sampingan untuk tabung pendidikan sekolah.

3. Saya tiada masalah tentang hal menyumbang pembinaan surau. Namun apabila dikutip melalui majlis amal, itu ada masalah sedikit kepada saya. Majlis amal biasanya diselit dengan acara hiburan. Yalah takkan dengar ucapan dan makan aje. Dan saya berpendapat adalah tidak patut hiburan dicampur adukkan dalam pengutipan tabung surau. End tidak menghalalkan means! Waimah tujuan itu murni. Waimah majlis itu disertai zaujah Mufti Serambi Mekah dan bekas ustaz kita. Saya pasti mereka yang diundang itu tidak tahu pengisian majlis amal itu.

4. Ternyata majlis itu sah disulami acara persem-bahan hiburan dari kalangan pelajar sekolah dan artis jemputan. Biasanya di majlis begini antara ada artis di kalangan alumni. Dan kita duduk bersama terhibur berhijab dan togel mengumpul dana membina surau.

5. Untuk sahabat "so islamic" yang menyindir kami yang tidak pergi dan menyumbang (sindirnya memilih membina Masjid Gaza!), lupakah sahabat kita yang sering berkokok "amal makruf nahi mungkar"? Ke sekarang dah boleh selit-selit mungkar untuk tujuan makruf?

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. " AlBaqarah 42

".... Maka tidakkah kamu berfikir?" Al Baqarah 44.


Foto: Shahidah 2010