Wednesday, January 28, 2009

Seorang Zin


1. Zin adalah seorang dari 3 kerani di unit saya.

Sebelum hujung tahun ini, saya mendapat aduan ada kerani-kerani di unit saya rajin ponteng. Pemontengan staf sokongan sukar didetect kerana kedatangan dan cuti adalah secara on-line yang diluluskan Ketua HR dan bukan Ketua Unit. Dan bila saya checked fail kerani lain, saya terpaksa check fail Zin.

Benarlah ada kerani yang ponteng tanpa cuti dan MC. Malah ada yang habis cuti. Zin selalu MC dari beberapa klinik berlainan. Ada beberapa hari tak kerja tanpa cuti tetapi bolehlah ditolak cuti baki. Dan saya nasihatilah mereka.

2. Zin pernah mengadu bahawa ramai orang tidak percaya dia mengidap multiple penyakit mainly kencing manis dan darah tinggi. Termasuk mantan Big Boss. Katanya hanya seorang pegawai sahaja yang percaya. Rupanya yang percaya itu kemudiannya diketahui mengidap penyakit yang sama tapi lebih kritikal dan terpaksa undergo dialysis 2 kali seminggu.

3. Itulah sekali saya rasa dia mengadu orang tak percaya dia. Sejak saya menjadi Ketua unit di tempat dia bekerja, saya kerap dengar aduan dan cerita mengenai dia. Saya diam aja kerana saya nampak reasonablelah hasil kerjanya dan tidak pernah dia mengatakan buruk tentang orang lain.

4. Rabu 21 Jan 2009 petang, saya diberitahu oleh pegawai tadbir saya "Zin di CCU! Dia SMS sat tadi!" Saya kata "Esok kita ziarah, ya!"

5. Pagi Khamis 22 Jan 2009, saya mengajak pegawai-pegawai unit saya menziarahi sahabat kami Zin yang dikhabarkan berada di CCU Hospital.

Pegawai Tadbir saya menjawab "Saya dah cuba SMS dia banyak kali. Tapi dia tak angkat handphonenya. Jangan-jangan dah keluar dan dah balik!"

Saya berkata "Kau ni pun betullah... Dah masuk CCU, macam mana nak jawab telefon."

"Tapi Doc, semalam dia masih SMS dengan saya dari CCU. Dia kata nurses kat situ muda-muda dan cun!"

"Setahu saya, kalau dah masuk CCU adalah beberapa peralatan yang disambungkan kepadanya. Macam mana dia nak main SMS by now. Mai pergi masa lunch!"

7. Lunch hari itu kami menziarahi beliau. Saya lihat ramai pegawai-pegawai MARDI (rakan-rakan isterinya) berada di situ. Kami merupakan kumpulan pertama pegawai dari organisasi kami. Masuk 2 orang at a time. Saya lihat Zin tidur. Kakinya terkeluar selimut dan kami selimutkan. Sebelum balik, saya sentuh jari kanannya.. Dia terkejut, membuka mata seketika tetapi tertidur semula. Ternyata terlalu mengantuk.

8. Balik pejabat, saya minta pegawai-pegawai dari unit lain menziarahinya. Saya kata "Malulah rakan-rakan kita baru 6 orang ziarah, tapi dari MARDI dah ramai!"

9. Pagi Jumaat 23 Jan 2008 ketika saya sedang bersiap untuk pergi kerja di luar, saya menerima call dari PA (sambilan) saya "Doc, Zin telah meninggal dunia pukul 6.10 pagi tadi!" Terkedu saya.

10. Saya tidak jadi menghadiri satu mesyuarat penting di luar dan turun menziarahi jenazah. Selesai memandikan dan mengkafankan jenazah (sebelum solat jenazah), Imam yang menguruskan jenazah berkata "Sungguh mudah sekali jenazah ini diuruskan. Jarang sekali saya bertemu jenazah sebegini. Badannya lembut dan mudah diurus. Besar kemungkinan arwah semasa hayatnya tidak gemar atau tidak pernah memburuk-burukkan orang."

MasyaAllah.

Zin masih in his early 50s. The only son. He was supposed to accompany his father performing haj this year partially sponsored by one of his sisters. But ada sisternya yang tak setuju. His father baru beberapa hari pulang dari mengerjakan haji. Now I am still wondering if Zin collected lots of free pahalas from those peoples who said not nice things about him too....