Sunday, February 01, 2009

Sesekali Memasak

1. Sewaktu saya tinggal di Brisbane, zaujah saya memastikan saya bergilir dengannya memasak. Saya akur.

(Saya belajar memasak dishes asas dari emak sebelum saya bekerja sementara ke US. Dishes yang emak ajar: kari, masak lemak, masak air, asam pedas, singgang, sup dan masak kicap. Sewaktu di US, saya belajar dishes baru seperti kurma, percik, nasi lemak dan masak merah dengan melihat rakan-rakan memasak. Selain dari itu, saya mengkhusus kerutup trout (asalnya just try dengan teringat cara mak masak) dan ayam panggang berkacang (saya cipta sendiri). Saya mula tackle zaujah dengan kerutup trout. Cara ayam panggang berkacang ini saya ajar kat Izaham. Sesekali dia tanya, masih masak ayam panggangkah?)

Memasak di Brisbane sungguh selesa. Sayur-sayur dan bahan memasak fresh termasuk sayur dan herba kangkung, daun kari, limau nipis, serai etc etc. Lada, bawang, halia, serai, bawang putih etc sudah dikisar dan segar. Daging kambing, ayam dan daging halal dan ikan segar.

Biasanya apa yang saya campak dalam wok, menjadi. Jarang-jarang tak jadi. Dan kalau tak jadi (biasanya saya tak boleh figure out apa salahnya), terpaksa panggil zaujah untuk membetulkan. All the time, si pakar ini dengan mudah membuat "corrective surgery"nya.

2. Malahan menjelang Raya Puasa, saya membuat kuih-kuih raya. Suatu yang sudah berpuluh tahun saya tidak buat. Anak-anak tak percaya saya boleh melakukannya.

Semasa di sekolah rendah dan sebelum meninggalkan rumah, saya suka menolong emak membuat kuih raya. Malah kalau biskut "modern", saya yang kerap mencuba resepi-resepi baru yang emak takut nak buat. Lebih-lebih lagi bila emak beli pencetak kuih "Sawa" (dipesan melalui Mak Usu dari Singapura) dan pengadun elektrik. Saya juga pandai membuat bancuhan berbagai kek (basicnya sama).

Namun bab membakar dan menentukan sama ada dah masak, biasanya Kak Long dan emak saya punya tugas.

Dan anak-anak saya terkejut dengan hasil kuih-kuih raya saya. "From now, we believe your story that you can make raya cookies and that you helped nenek while you're young!"

3. Balik Malaysia, saya jarang sekali memasak. Lebih lebih lagi sejak pindah ke rumah baru. Bukannya malas (adalah sikit kerana dapur agak besar dan rempah ratus terletak dalam pantry jauh dari "stove"). Kalau memasak, saya masak ikut selera saya. Sudahnya saya pulun lebih-lebih. Akibatnya berat badan saya naik.

4. Of late, zaujah merungut. Anak-anak pun ada menyebut-nyebut. In fact bila saya memasak sweet sour pada satu hari (zaujah mogok), yang sulung bertanya "Are you cooking your famous kerutup?" Tersedak saya (yang sedang mengupas bawang) dan tergelak dibuatnya. "Next time!"

5. But next timenya, isteri minta bake ayam yang sudah dithawnya. Anihnya entah apa yang saya campak dan marinade, hasilnya sangat sedap pula. Sebaik sahaja selesai dinner, anak-anak saya berebut mengerjakan rempah ayam yang lekat di aluminium foil (alas membakar) di dapur. Tergelak besar saya dibuatnya.

6. Jumaat lalu, saya turned 50. Isteri mengajak makan di Muara (somewhere di Pelabuhan Kelang). Kami pernah ke sana dengan arwah bapanya. Ketika itu kami belum mempunyai anak.

Things have changed since then. Muara semakin besar dan cara pengendaliannya berubah. Kami kena pilih ikan sendiri. But melihat ikan, udang, ketam yang tidak segar, saya naik cuak. Benarlah. Semua masakannya teruk. Anak-anak yang dah biasa makan makanan laut sedap pun pandai komplen.

7. Malam Sabtu esoknya saya masak kerutup jenahak dan sayur bayam masak sos tiram. Kegemaran anak sulung. Rajin pula dia menolong memasak. Kow punya kerutup dengan bahan-bahan fresh dari pasar dan belakang rumah baru. Puas hati anak sulung saya yang telah lama mengidam kerutup jenahak.

8. Dan malam ini, saya kena masak lagi. Naik malas pula. Just masak sweet sour bawal putih. Dalam seronok, anak sulung berkata "How come ayah kena masak dua hari berturut-turut?"

"Mum tak sihat!" Teringat saya sewaktu dalam pantang anak kedua, saya kena masak hari-hari. Mak mertua pun terkejut dengan lala saya.

9. Namun the no. 1 and the best chef tetap zaujah saya! Itu saya dan anak-anak tahu kerana dishes hebat saya tak sampai 5 pun. Sedangkan zaujah saya masak apa (melayu, arab, western etc) pun boleh dan sangat sedap.