Saturday, January 17, 2009

Camry, Atos dan Rondo

1. Dr Khir menulis di blognya "Camry dan Mercedes: Lain Bengkak, Lain Bernanah" pada 14 Jan 2009. Dia mempertahankan pembelian S350L. Saya bertanya apa dah jadi dengan S350L itu. Dan Dr Khir menjawab "Sdr seluang dan rakan rakan bloggers lain,
kereta merz 350L,itu sekarang maseh dimiliki oleh KDEB,Saya tidak pernah membeli walau satu unit kereta pun semasa dan selepas saya menjadi Menteri Besar.Sepatutnya Tan sri khalid tak perlu beli kereta Camry utk kegunaannya kerana kereta Merz itu maseh dalam keadaan yang amat baik.Saya maseh tak faham mengapa kerajaan negeri membeli sampai 15 unit Camry termasuk utk kegunaan Menteri Besar.
.

2. Syukurlah S350L itu masih disimpan KDEB. Jika Dr Khir dah dapat, lagi susah Dr Khir nak defend.

3. Namun saya fikir pembelian itu tidak wajar jika untuk kegunaan sekali-sekali serta Dr Khir pun isin-isin (malu-malu) nak guna dulu. Tok Nizar dan TS Khalid pun nampaknya isin-isin nak guna Camry dan S350L. Kalau PERLU juga guna untuk "menarik keyakinan" pelabur asing, baik sewa sahaja untuk hari-hari keramat itu.

Last year ada lawatan Menteri “Pendidikan Tinggi” Saudi. Pihak sana memohon disewakan beberapa biji S class untuk beberapa hari. Saudi yang lebih kaya itupun tak minta dibelikan S class yang hanya untuk dipakai beberapa hari.

4. Now apa nak dibuat dengan S350L itu as TS Khalid pun tak sudi nak guna atau "sedekah" kat mantan Pengerusi KDEB?

Many years ago saya tinggal di Seksyen 24 Shah Alam. Seorang jiran Melayu saya memiliki E2X0 hitam. Setiap weekdays dia guna untuk urusan bisnesnya. Dan pada weekends dia sewakan kereta itu (dia sendiri jadi drebar) kepada pengantin-pengantin Cina. Bijak jiran saya itu.

Probably Dr Khir boleh cadangkan kepada TS Khalid agar disewa sahaja S350L itu untuk pengantin-pengantin Cina pada hujung minggu dan cuti serta saudagar-saudagar Arab pada hari-hari bisnes/kerja.

5. For the time being, Dr Khir ojo upset malah harus berbangga. Udahlah pengeluarnya TOYOta (khabarnya nama asalnya Toyo's kereta), modelnya Camry pula (khabarnya nama asalnya Kamari tetapi diglamorkan jadi Camry). Pakai pula tayar TOYO, lagi terangkat martabat sedoro-sedoro kito. Nanti jika Dr Khir dapat Selangor semula, beli pula Proton/Perodua/Naza Qamry ke... Jika abah saya masih hidup, tentu dia pun akan tersenyum bangga.

6. However, Dr Khir should be upset jika Ketua Pembangkang Selangor diberikan Kia(h) Rondo.... waimah Rondo berhias! Mike Tyson probably (still) prefers Rondo?! Mungkinkah termimpi Rondo, kereta tua boleh jadi (Hyundai/Inokom) Atos?

*(Rondo ialah janda dan Atos ialah keras dalam bahasa Jawa).