Thursday, January 01, 2009

Childhood IV

1. Ketika saya meninggalkan rumah, Kak Long saya sedang menunggu keputusan SPM. Sudah dikira dewasa.

2. Kebetulan anak sulung saya pun sedang menunggu keputusan SPMnya pada tahun ini. Beberapa tahun lalu, anak Kak Pai (Opie) sudah bernikah sebaik sahaja selesai SPM. Opie kemudiannya masuk UiTM ambil Law. By the time graduate, sudah beranak dua.

3. Semasa menunggu SPM, emak menghantar Kak Long belajar menaip dan trengkas. Anak-anak zaman ini mungkin 3idak tahu apa itu trengkas! Seingat saya Kak Long tidak pernah dihantar belajar menoreh.

4. Saya mengenal erti "kesusahan hidup emak dan abah" sewaktu saya dalam Std 3. Ini akan saya cerita kemudian kerana cerita susah berkebun belum selesai.

5. Di sekeliling rumah pertama kami, abah tanam banyak pokok kelapa. Abah tanam sebagai reserve gula. Kalau ada perang ke tiada bekalan gula sedunia, abah berangan mengambil nira (seperti masa zaman Jepunnya) agar anak-anak tak susah kempunan gula.

6. Saya ingat pokok kelapa pertama yang mula berbuah ialah yang bersebelahan dengan rumah Kiam. Pernah 2-3 kali, abah panjat ambil nira dari pokok tu. Just nak bagi anak merasa bagaimana rasa nira.

7. Abah dan emak sangat bermurah hati. Kalau Mak Long, Mak Mah PJ dan Pak Usu datang akan dibekalkannya kelapa. Mereka adalah adik beradik emak dan abah yang berkereta ketika itu.

8. Bila pokok-pokok kelapa lain berbuah, biasanya penuhlah kereta "waksegan" Mak Mah dan Mak Long setiap kali mereka menziarah kami. Biasanya abah akan sabit dan cop kelapa. Bila kami dah besar dan bertenaga sikit, saya dan kak long menolong sekadar terdaya.

9. Abah pernah buat kopra dari hasil kebun. Saya tak ingat sangat samada dari hasil sekeliling rumah atau kebun Sg Sudah. Abah kopek dan pecahkan kelapa. Emak dan anak-anak (bukan Kak Long seorang) akan menolong mengeluarkan isi kelapa dan menjemurnya di tepi jalan.

10. Abah menjual kopra di kilang minyak di Pt Pecah.

11. Pada saya membuat dan menjual kopra dari hasil kebun ini bukannya berniaga. Ia adalah satu pekerjaan kampung serupa macam Wak Miah menjual getah dan biji koko.

12. Kadang-kadang Mak Mah, jiran pembuat nasi lemak kukus, datang membeli kelapa yang kami kutip (bila gugur) di sekeliling. Biasanya abah akan copkan kelapa. Kalau kebetulan abah tiada di rumah, kak long atau saya tolong copkan. Bila saya meninggalkan rumah, adik saya Ahmad mengambilalih tugas mengcop kelapa.

13. Adakala bila Mak Mah datang tiada kelapa dalam simpanan. Terpaksalah saya menyabit kelapa-kelapa matang. Kak Long tidak pernah menyabit kelapa. Dia tolong kutip.

14. Menyabit kelapa kerja mudah. Yang paling payah ialah untuk menaik dan menegakkan galah sabit. Galah bila rebah, terasa ambat berat untuk ditegakkan. Badan saya tidaklah besar mana. Otot di lengan pun tak sebengkak mana. Biasanya saya akan angkat galah dan meletakkan pangkalnya di satu batang pokok. Kemudian akan angkat galah itu bermula dari bahagian sabit. Pokok sebagai sandaran. Bila galah sudah tegak, barulah senang untuk dibawa menyabit kepala. Kadang-kadang bila miss dahan kelapa dan sudut galah melebihi 30 darjah, hujung bahagian sabit galah akan menjadi berat. Saya yang kecil tak akan terdaya menegakkannya semula "in air". Terpaksalah mengulang prosedur menegakkan galah yang rebah.

15. Menjual kelapa kepada Mak Mah ini, jika difikirkan baik-baik, sebenarnya hanyalah a community service sahaja.

(Bersambung...)