Tuesday, January 13, 2009

Childhood VII

1. Seingat sebulan sebelum Mak Usu kahwin, kambing-kambing nenek pulang ke bandar. Ada yang dijual dan ada yang disimpan untuk kenduri.

2. Mak Usu juga ada minta abah pelihara seorang lembu. Lembu ini disembelih di Pt Gantung pada petang (sehari sebelum kenduri)dan dagingya dihantar ke rumah nenek di awal pagi.

3. Selepas projek kambing, abah dan emak adalah pelihara berbagai haiwan kecil secara kecilan. Selain ayam, mereka pernahlah menternak itek jawa, itek serati, angsa, burung merpati dan tekukur. Bila burung lari ke reban jiran dan itek sudah pandai terbang keluar kandang, mereka berhenti memelihara ungas bukan-ayam.

4. Dan saya masih ingat sewaktu saya dalam berpantang berkhatan... ayam-ayam kena penyakit. Setiap hari keluarga makan ayam sakit yang disembelih. Dan saya hanya kecur air liur ajelah... Elok saya lepas pantang, ayam-ayam semuanya sudah disembelih.

5. "Passionate" emak pada ayam peliharaannya berpanjangan sehinggalah emak sudah tidak kuat berjalan kaki. Biasanya selepas pulang dari kerja, emak akan khayal melayan ayam di reban. Terpaksalah saya mengingatkan "Mak dah masuk maghrib ni..." Wonder jika emak pernah berkecil hati pasal ingatan ini.