Thursday, January 08, 2009

Childhood VI

1. Abah dan emak pernah beberapa kali menjalankan aktiviti penternakan secara sambilan.

2. Sebelum saya belum boleh mengingat, abah menjalankan ternakan ayam pedaging. Beliau berguru dengan Jaafar "Ayam". Selepas beberapa batches kena penyakit ayam, abah gave up. Setelah saya masuk sekolah, Jaafar Ayam sudah tidak menjalankan aktiviti menternak ayam. Mereka sudah beternak ayam sebelum Lau (Leung Hup). Jika telah berjaya, mungkin syarikat mereka sudah segagah Leung Hup agaknya.

3. Lepas tu mak hanya ternak ayam kampung secara kecilan. Bila dekat raya, mak simpan semua telur untuk buat kuih muih raya. Yang hairannya telur zaman itu tahan beberapa bulan. Telur ayam penelur sekarang mudah berkulat kalau tidak disimpan dalam fridge. Bila perlu wang, mak akan jual ayam-ayam jantannya ke Panjang.

Panjang, apek jiran depan rumah, bekerja mengumpul ayam dari kampung sekitar untuk dijual ke Bandar Maharani. Panjang seorang hardcore communist yang yakin Mao Tze Tong akan menjajah Malaya. Beliau tidak membeli sebarang harta waimah rumah kerana yakin bila MTT ke Malaya, semua harta akan dibahagi rata. So he enjoyed all his money kerana berpendapat rugi beli jika komunis akan bahagi-bahagi. Sampai mati, Panjang menyewa rumah Benggali Aziz.

4. Nenek saya di bandar memelihara banyak kambing. Di zaman sekarang, nenek dikatogerikan sebagai urban farmer. Biasanya kambing dibiarkan mencari makan sendiri. Kadang-kadang bila hujan, Pak Unggal anak bungusunya terpaksa mencari rumput dan daunan untuk diberi kepada kambing. Bila Pak Unggal dah melebihi 17 tahun, dia semakin menjadi segan dan malas menjaga kambing.

5. Setahun dua sebelum Mak Usu berkahwin, abah dan emak bersetuju untuk menjaga kambing-kambing nenek. Masa itu saya dalam Std 1 ke dah nak masuk Std 1. Bersusah payah abah buat reban kambing. Abah beli batang-batang kelapa (dari Parit Gantung) dan pinang untuk dibuat galas serta lantai dan tiang reban. Saya masih ingat Sanad dan beberapa sepupu saya menolak batang-batang kelapa dari Pt Gantung ke rumah menggunakan batang-batang getah kecil sebagai rollers. My cousins diupah membina reban.

6. Bila reban siap, emak dan abah bawa kambing bandar tu ke rumah kami. Guess naik apa? Believe it or not, they all naik teksi (diikat kaki dan disusun dalam bonet terbuka). Pasti they all enjoyed the ride.

7. Reban kambing sebesar ruang tamu kami beratap nipah itu sejuk. Saya suka masuk ke reban main pondok-pondik. Terasa ia seperti wakaf gergasi.

8. Kebetulan, keluarga Kak Idah (pembantu rumah kami) juga ada membela kambing. Kak Idah banyak mengajar kami cara-cara menyambut anak kambing, menyapu iodine ke pusat anak kambing, menyediakan susu tiruan bagi anak kambing yang kematian emak etc etc.. Pendekata bertambahlah kambing-kambing nenek.

9. Biasa di awal pagi, abah, emak atau Kak Idah akan membawa kambing untuk makan di tepi jalan berikat. Petang atau bila hujan, Kak Long dan saya akan membantu Kak Idah membawa kambing pulang ke reban.

(Bersambung......)