Wednesday, December 31, 2008

Childhood lll

1. Walaupun abah ada beberapa kebun getah, seingat saya, dia tidak pernah membawa atau mengajar anaknya menoreh.

2. Abah ada satu toolbox yang diperbuat dari kayu dan digantung dlm bilik tidurnya. Dalam kotak tersebut ada beberapa barangan yang dilarang anak-anak menyentuh. Antaranya pisau sembelihan, razor, pisau grafting dan pisau toreh. Dia benarkan saya guna pisau sembelihan ketika mengajar saya sembelih ayam i.e. beberapa hari sebelum berangkat ke Seattle in 1980. Suatu penurunan ilmu yang simbolik. Anihnya saya tidak pernah berkesempatan menyembelih ayam sewaktu tinggal di US.


3. Di belakang rumah ada kebun getah tua Cina Bukit Mor. Kebun ini ditoreh Wak Sipan. Beberapa tahun saya (dan mungkin ada beradik lain) memerhatikan bagaimana Wak Sipan menoreh. Dari pendidikan, memerhatikan Wak Sipan mengajar saya menoreh sehingga aras Psikomotor 2 iaitu Set. Sesekali saya melihat bagaimana Sanad menoreh ketika dibawa abah ke kebun. Saya juga memerhatikan bagaimana abang Wahid dan abang Nan mengasah pisau toreh.

4. Dalam perang, colateral damages adalah orang awam. Colateral damages duduk di hadapan atau bersebelahan kebun getah ialah jatuhan buah getah matang. Seperti cluster bombs, biji-biji getah bertaburan di kawasan rumah.

5. Beberapa minggu, biji-biji ini bercambah. Biasanya abah yg menebas. Namun ada kala abah tidak sempat sampai ada beberapa yang terbesar. Ada satu di sebelah rumah, emak guna sebagai sebahagian tiang ampaian. Adalah dalam 4" diameter.

5. Teringin pula saya nak praktik ilmu-ilmu torehan Wak Sipan. Cubaan ini perlu dirancang bila abah atau emak tiada di rumah. Kalau tak, masak saya kena rotan. Dan cubitan emak lagi dahsyat.

6. Peluang terbaik ialah pada hari Sabtu bila abah dan emak berkursus di bandar. Petang baru pulang.

7. Setelah mereka pergi, saya ambil pisau toreh dari toolbox dan lebihan sudu dan cawan getah di dapur. Saya asah pisau toreh, pasang sudu dan cawan. Siap, saya toreh pokok 4" itu. Kak Long ikut mencuba.

8. Selesai bermain menoreh, saya simpan pisau toreh semula supaya tidak diketahuan!

(Bersambung...)