1. Petang 10 Zulhijah setelah beristirehat sebentar (selepas menghantar daging qurban), kami sekeluarga pulang ke rumah mertua di BP.
2. Berhampiran dengan Pt Kangkung, suasana trafik tiba-tiba menjadi perlahan. Rupanya seekor Great Dane tua (setelah saya check) yang sangat besar ~ 3 kaki tinggi macam dalam komik Scoobedoo, kurung kering, lemah dan berkurap berkurap dengan rantai perak di leher sedang berjalan di atas jalanraya menghala ke Batu Pahat. Beberapa penduduk kampung keluar ke tepi jalan menyaksikan anjing itu. Sepanjang umur saya membesar di kampung, inilah pertama kali saya melihat seekor Great Dane di kampung. Kalau di US, UK atau Kota Kemuning, pernahlah lihat Great Dane ini. Ada seekor saya jumpa di Kota Kemuning, sudah mencapai 3 kaki tinggi walaupun baru berusia 1.5 setengah. Rupa ia cepat membesar. Telinganya akan mengelebeh ke bawah jika tidak ditrim.
3. Hari ini, saya terlihat gambar anjing yang serupa di Star. Star menyatakan ianya seekor Doberman. Doberman paling besar adalah di sekitar 24-26 inci tinggi aje. Dan bentuk badan dan rupanya berlainan sedikit dari Great Dane yang lebih besar.
4. Saya menunjukkan gambar tersebut kepada zaujah "Eh jangan-jangan anjing ini (mungkinkah Great Dane? Dah berkurang serta dari angle lain, susah nak kenal) adalah anjing yang kita nampak di Parit Kangkung itu".
Zaujah segera menidakkan "Bukan. Anjing ini kecil. Doberman. Baru 2 tahun. Anjing yang kita nampak dulu greyhound. Much bigger and older!"
"Eh greyhound lain sikit."
Zaujah berkeras "It was definitely a greyhound that we saw di Pt Kangkung and not this Doberman!" Zaujah saya ini seorang yang multitalented. Kebetulan kami baru balik dari Kuching. Hebat juga zaujah saya. Sejak bercuti 3 hari di Kuching, sudah jadi pakar anjing juga.
BTW, my zaujah's grandpa, a Hadrami, used to keep a pet/guard dog. In fact one of her cousins keeps several hunting dogs.
Gambar yang di atas sekali: Great Dane. Gambar tengah: Doberman kurap di Star dan Doberman sihat. Gambar bawah: Greyhound