Wednesday, December 10, 2008

Zulhijah III

1. 9 Zulhijah kami masih di rumah. Mertua called entah berapa kali menyuruh kami balik segera ke kampung. Kami bertolak selepas 2 petang. Hujan di sebahagian perjalanan. Nasib baik balik petang. Kalau pagi, mungkin kami terperangkap dalam kesesakan akibat kemalangan bas yang mengorbankan 10 nyawa.

2. Sampai di kampung, hanya ada keluarga adik zaujah. Dua anak perempuan mertua beraya di KL. Anak lelaki tunggal singgah di sebelah pagi dan bergegas balik ke Ulu Yam untuk menguruskan majlis korban di kawasannya. Seorang lagi anak perempuannya beraya di Muar dahulu.

3. Mertua tidak masak-masak besar seperti selalu. Alasan beliau "Malas aku nak masak. Semua anak-anak sudah mula sakit-sakit. Tak boleh makan beryani, tak boleh makan kambing, tak boleh makan daging etc etc". Beryani kambing biasanya merupakan makanan raya wajib bagi keluarga Al Jabri ini. Tapi saya suspect beliau kurang semangat kerana 2 anak-anak yang sama-sama menunaikan haji bersama tak balik beraya tahun ini. Mungkin juga beliau letih seharian mencuci rumah pada 8 Zulhijah. Tiada mood nak menyuruh zaujah memasak.

4. 10 Zulhijah, hujan turun mulai 11 malam sampai hampir tengahari. Sempat juga saya joined solat aiduladha dalam hujan yang masih turun. Sampai dah rakaat kedua. Makmum just 2 baris. But khatib masih bersemangat berkhutbah sampai terbatuk-batuk kekeringan tekak!

5. Lepas Zohor kami pulang ke Muar. Semasa melintasi rumah Kak Long, ternampak Innova adik, Cikgu Ahmad. Kami decided to join them there as we thought tiada siapa di rumah emak. Rupanya mereka sedang membahagi-bahagi daging korban. 2 ekor biri-biri.

6. Saya memilih mengikut adik menghantar daging korban ke Parit Jamil, Pt Pecah dan Pt Kedondong. Sudah lama saya tidak menjengok saudara mara di kampung-kampung itu. Di Pt Pecah, ada 2 keluarga sepupu saya. Sempat juga berjumpa keluarga mereka. Abang Mil tak jumpa. Rupanya baru sahaja mengahwinkan anaknya. Meriah khabarnya. Keluarga sepupu dari Seremban pun pulang. Saya tak diundang pula. Mungkin tiada dalam bajet!

7. Sampai rumah Long, zaujah dan anak sudah ke rumah emak. Sampai sana, kelihatan zaujah sudah naik angin puspusnya. Saya pun hairan. Mungkin kelaparan agaknya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, terpaksa saya ikut mereka bergegas pulang ke rumah mertua.

8. Sampai di rumah mertua, masih sempat pula zaujah memasak sup biri-biri korban adik dan Long. Dan saya dipaksa ke pekan membeli daun saderi dan roti. Nasib baik ada kedai mamak yang masih dibuka! Jika tidak, lebih ramailah yang kena angin puspus!!