2. Pernah, sewaktu berumur 4-5 tahun, saya dan emak balik beberapa malam ke rumah nenek di bandar. Rasanya sebab nenek buat kenduri. Tak ingat kenduri apa Biasanya kalau nenek buat kenduri doa selamat ke apa, dia jemput saudara mara semua di sekitar Muar dan Mersing.
3. Bila nak balik ke kampung, emak menyuruh saya mengambil tudungnya di ampaian di sebelah ruang makan. Saya memanjat kerusi dan mengambil tudung emak. Sebaik sahaja saya membawa turun tudung itu, saya digigit banyak serangga yang belum pernah saya lihat. Saya terus menjerit dan menangis "Aduh aduh mak! Ulat tajam! Ulat tajam! Ulat tajam........ " Emak dan ramai kaum kerabat saya meluru cemas kepada saya dan kemudian memberikan bantuan membuang ulat-ulat tajam itu sambil ketawa terbahak-bahak!

5. Dan anak saya lega mendengar cerita saya itu. Dia tak jadilah termalu sangat.