Thursday, April 23, 2009

Capati Ali

1. 11 April 2009, saya menerima SMS dari Samad "Badan makin naik? Nak jaga badan dan kesihatan? Mkn capati special n lembut"Recipe Khas Ali Capati" di Kedai Makanan Laut Adam depan Econsave. Insy kalau amal 2 bln blh lihat berat badan turun. Buka 5 ptg~10.00 mlm. Tlg pjangkan".

2. Malangnya saya masih cuti sakit. Tak kuasa nak ke kedai itu.

3. Semalam saya ke restoran itu membeli sebungkus nasi ayam dan tahu bakar. Sewaktu menunggu, nampak seorang lelaki India (agaknya Ali) dan seorang remaja lelaki yang agak gelap. Mungkin darah campur. Kedua-duanya memakai kopiah tabligh. Lelaki India (mentor) mengajar remaja itu(protegee) membuat campuran yang saya kira "capati". Mula-mula dimasukkan 1 kg tepung atta (bahan capati). Diramas. Kemudian 1 kg tepung gandum. Diramas. Kemudian ditambah 400ml minyak masak (dari karung plastik. Minyak murah. Tak pasti minyak sauran campur ke apa). Diramas. Kemudian saya nampak seorang budak kecil kecil darah India bawa 1 liter air.

4. Saya ni pernahlah belajar buat capati dengan Santokh Singh (bekas pemain hoki Selangor di tahun 70an) sewaktu tinggal di Seattle. Kami cuma pakai tepung atta, sedikit air dan garam. Mudah, tak berminyak. Yang ini barulah benar-benar sihat. Zaujah juga pernah belajar buat capati dengan isteri Aziz Khan (Pakistani UK). Serupa macam yang saya belajar.

5. Justru saya musykil resipi istimewa Ali itu. Pertama tak guna 100% atta yang tinggi serat dan baik untuk kesihatan. Kedua dicampur tepung gandum yang boleh mengemukkan. Paling teruk sekali dia tambah minyak yang pastinya menggemukkan!! Apalagi tambah cecah kari dhal, tentu banyak lagi kalori. No wonder kena tunggu 2 bulan baru berat badan boleh susut sikit. Rupanya capati Ali berkalori tinggi!!

6. Mungkin Samad perlu bagi tahu Ali bahawa capatinya bukan capati tulin!