Friday, April 10, 2009
Susuk
1. Had a quite hectic day on Sunday April 5. Petang sempat kami ke Jusco Bukit Tinggi membeli pakaian mandi dan groceries. Lepas tu, kami rushed ke Sg Buluh mencari pokok sampel untuk ditanam di tepi kolam renang yang baharu siap. Sempat pula zaujah membeli beberapa indoor plants yang agak besar.
2. Lepas Isyak (~10.30 pm) , zaujah mengajak saya mengeluarkan pokok-pokok tersebut. Mula-mula saya angkat indoor plants. Satu agak berat dan beberapa kali rebah sebelum sempat saya naikkan ke troli. Lepas itu angkat beberapa pokok dan susun di tepi kolam. Beratnya menolak bila tayar troli terbenam di laman tak boleh cerita. Saya sempat merungut memberitahu zaujah "Fizikal abang ni bukanlah muda lagi untuk mengangkat barangan berat!"
3. Selepas 20 minit, saya merasa sakit dada. Setelah merasa sakit dada yang berterusan, saya berkata kepada zaujah "Apakah I am having a heart attack?" Zaujah telefon my gynae (adik dia). My gynae tanya "Berpeluhkah? " Zaujah jawab "Tidak." My gynae kata "Then probably bukan h.a just angina". My zaujah tidak perasan dahi saya berpeluh dan saya merasa setitik peluh meleleh dari dada ke perut.
4. Saya mohon zaujah hantar ke DEMC. I can still walked but dada terasa sakit seperti dihempap barang berat. (Biasanya saya terasa sakit sebegini kalau angkat barangan yang terlalu berat. But the pain biasa hilang selepas 30 min. ) Bila saya beritahu receptionist, segera dimasukkan ke bilik kecemasan. Saya terus minta ubat sakit jantung (diletak bawah lidah) diberikan segera. Tapi GP insisted nak buat ECG dan enzyme test dulu. Setelah nampak positive baru dia nak bagi ubat itu. Kalau MAJOR ATTACK, terlambatlah action GP itu.
5. Saya dipindahkan ke SJMC naik ambulan ditemani zaujah yang setia. Perjalanan naik Toyota Liteace ini taklah sebaik Merc Kugan. Sempat saya berfikir "Esok naik kereta jenazah pun perjalanan macam ini juga. Jenazah-jenazah yang naik van tentunya rasa macam ni. Untung Kugan dapat naik Merc ehsan satu kerajaan negeri!"
6. Masuk SJMC dibuat ECG dan enzyme test lagi. Cardio Dr Betty (an amoi) datang (in sleeveless black T and pants) around 1am dan mengesahkan kemungkinan besar saya kena "heart attack". After x-ray, I was sent to CCU and administered a drip (tak ingat apa) to thin my blood. Selepas 30 min, my BP dropped to 80/40 sampai badan naik panas dan nak termuntah-muntah dibuatnya. Nasib baik saya masa terjaga dan sempatlah memberitahu nurses masalah saya. The drip was stopped immediately dah BP saya recovered. Wonder apakah ini yang berlaku pada staf saya tapi dia ditidurkan masa itu.
7. Pagi Isnin, buat Eco dulu. Lepas tu buat angiogram. Dan terus dipasang susuk di jantung saya (3 stents dua di kiri dan 1 di kanan... elok pula macam 2 bukit di Malaya dan 1 sungai di Sarawak). Dah sahlah heart attack saya dikira agak major.
8. Saya dibenarkan pulang pada petang Rabu dan diberikan cuti 10 hari. Kena jumpa the amoi cardio on the 15 Apr semula untuk pemeriksaan susulan.
9. Doakan semoga saya cepat sembuh dan dapat beramalbakti semula seperti sediakala.