Monday, April 13, 2009

Allah II

1. Anak sulung saya berpeluang pulang bercuti dari Kem Simalajau Bintulu sempena Easter dan kebetulan untuk menziarah saya (yang baru diserang heart attack) dan mendapatkan rawatan susulan masalah kulitnya. Terima kasihlah Komandan kerana membenarkan anak saya berbuat demikian. (Anihnya DD juga diberikan peluang ke Genting untuk menghadiri APP 2008. Alasan anak saya pulang bercuti adalah lebih legit.)

2. Anak bercerita macam-macam yang menarik di kemnya. Tapi biarlah dia cerita di blognya nanti.

3. Namun yang menarik ialah penggunaan Allah yang meluas di kalangan pelatih Iban. Menurut anak saya, mereka juga menyanyikan nasyid-nasyid popular kita dan bukannya gospel biasa Nasara. Cuma ditambah Jesus selepas Allah. Serupa seperti yang dilakukan amoi Agnes Monica dalam satu lagunya.

4. Gerakan sebegini harus ditangani segera kerajaan agar anak dan belia Islam tidak keliru dan terhanyut. Teringat dulu ada ulama kata Islam akan bangkit dari Barat.... Anihnya penggunaan Allah dalam Nasara nampaknya bangkit dari Timur dan ada TG dari Serambi Mekah yang turut menyokong! Gerakan ini berjaya di Indonesia. Malah ada kumpulan Nasara di sana yang bersolat seperti kita malah dengan kain pelikat dan songkok!