1. Pada 15 April, Fairus merayu Mursyidulnya dan kepemimpinan PKR membersihkannya. Tiada seorang pemimpinnya waimah tudung clad ladies tampil berapi-api membelanya.
2. Tup-tup semalam dia dibersihkan oleh SPRM dari fitnah (menurut Fairus) little Napoleon partinya sendiri. Wonder apakah beliau masih ingin "mendedahkan" kerana belum dibersihkan oleh PKR, Tok Hassan dan TG? Wonder apakah PR endorses penyucian sebegini serta ketoyyibannya tanpa mengadap TG?
3. Interesting sandiwara dunia ini. Mungkin esok ada yang akan mendakwa cucian ini kerja Tok Jib dan TS Udin (bukan Tok Udin Pagoh... nanti tersedak pula Agrobank Cheras) pula! Maka tidak akan dikira suci murni nor toyyiba!! Tapi kalau kerja Tok Jib tentulah Fairus dah melompat Selat Penang!!!
4. Tambah intesting bila Fairus menyuruh "orang-orang" bertaubat! Persis King Singh!! Hebat rakyat Darul Umar Abdul Aziz ini!
_____
Utusan Malaysia 23 April 2009
Mohammad Fairus dibebas
Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my
PULAU PINANG 22 April - Bekas Timbalan Ketua Menteri I (TKM I) Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengesahkan kes siasatan rasuah membabitkannya telah ditutup.
Beliau berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubunginya dan memaklumkan perkara tersebut.
Menurutnya, berita itu merupakan hadiah cukup bermakna kepadanya lebih-lebih lagi beliau baru sahaja menerima kurniaan anak keenam, seorang bayi lelaki yang selamat dilahirkan semalam.
''Saya telah dihubungi petang ini dan dimaklumkan kes ditutup, sekali gus saya bersih dan tidak bersalah atas tuduhan yang telah dilemparkan selama ini. Saya bersyukur kerana tidak akan didakwa.
''Alhamdulillah ini adalah kemenangan untuk keluarga serta rakyat yang selama ini telah menyokong dan mempercayai saya. Ini adalah satu keajaiban,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau meletakkan jawatan sebagai TKM I dan Exco Pembangunan Keusahawanan & Koperasi, Penerangan & Perhubungan Masyarakat berkuat kuasa 8 April dan surat peletakannya diterima Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 21 Mac lalu.
Pada 26 Mac pula, Mohammad Fairus ditahan di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan kemudiannya dibebaskan setelah SPRM mengambil keterangannya.
Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizuddin Ahmat yang mendakwa terdapat pemimpin PKR negeri terbabit dalam penyelewengan membabitkan kuari di Seberang Perai dekat sini.
Ekoran itu, beliau turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada 16 April lalu yang membuka satu lagi pilihan raya kecil diadakan.
Mengulas lanjut, Mohammad Fairus berkata, ia jelas membuktikan bahawa semua yang berlaku adalah tohmahan berniat jahat untuk menjatuhkannya.
''Saya gembira kerana nama telah dibersihkan dan kini jelas apa yang berlaku adalah fitnah semata-mata. Saya akan kekal sebagai pejuang rakyat dan akan terus berbuat demikian.
''Dengan kuasa Allah kebenaran telah terbukti, justeru kepada mereka yang telah membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya itu, cepat-cepatlah bertaubat," ujarnya.