Thursday, August 05, 2010

Ngomong Jerman

1. Biasanya Wak Su Gersik kalau bertandang ke rumah, sekurang-kurangnya akan tinggal selama seminggu. Wak Su kakak abah jauh lebih tinggi dari abah. Adik beradik abah lain yang tinggi-tinggi termasuk Pak Usu Hasrin, Wak Salimah, Wak Ijah, Wak Salikon...

2. Pernah Wak Su datang beberapa bulan selepas nyaie meninggal. As a curious small boy, saya bertanya "Wak, mengapa wak menangis semasa nyaie meninggal?" Cepat dia menjawab "Silit mu!" Ternganga saya dibuatnya kerana tak faham bahasa Jerman (Jowo).

3. Sebaik sahaja abah pulang dari sekolah (mengajar), saya yang curious bertanya abah "Abah, silit apa?"
"Siapa ajar perkataan ni?"
"Siang tadi saya tanya wak su kenapa dia nangis masa nyaie meninggal. Dia kata silitmu kat saya!"
"Oh silit tu maksudnya ponggong!"

4. Maka fahaman saya silit itu ponggong bertahan sampai saya dewasa dan bekerja. Sehinggalah kes Sukma, Munawar dan Azizan muncul, barulah saya tahu maksud silit sebenarnya. Rupanya abah cong saya kerana malu nak sebut makna silit sebenar!

5. Anihnya ketika saya ke sebuah gedung besar di Duisburg baru-baru saya terjumpa barangan periuk belanga, pisau dan lain-lain jenama Silit buatan Jerman. Tertawalah saya sendirian. Saya percaya wong jowo orak mahu masak dalam atau guna silit.

4. Petang tadi saya bertemu rakan Nasara lama saya. Saya tunjukkan gambar pressure cooker ni. Dia yang biasa dengan produk Jerman dan ke Jerman tiba-tiba berkata "This is a very good German brand. Germany is also known for producing Silit scapels and other surgical equipments. I wonder why this brand is not even here?"

5. Saya beritahunya maksud silit (dalam bahasa Jawa), dia tergelak "Probably that is why this brand is not here! Too hardcore!!"

6. Dan teringat pula saya seseorang yang dikatakan Mat Sabu suka silit yang insisted berubat di Alpha Clinic yang kecil. Barangkalinya klinik tu guna scaples brand silit juga. Pak cik pun terikut-ikut ke Alpha Clinic untuk check status hasil pembedahan his slipped disc. Tapi doktor tu kata surgery yang dibuat di Malaysia tu dah perfect!!

7. Kalau rajin ke www.silit.com, bolehlah dilihat slogan silit. Interesting juga "Pure Cooking Enjoyment".

Monday, June 07, 2010

Membina Masjid II

1. Sebelum melangsungkan perkahwinan, saya dan zaujah bukannya faham sangat adat dan protokol pernikahan etc. Saya pun tak pernah jadi best man untuk sesiapa. Begitu juga zaujah.

2. Satu pernikahan pasangan Melayu yang kami saksikan di US ikut stail yang tak biasa dilihat di drama-drama TV. Susah payah pengantin lelaki duduk atas cushion nak sambut akad. Jurunikah pak Arab dok tanya "Is she the one you want to marry?" Dia jawab "yes". Lepas tu dia tanya soalan yang serupa ke pengantin wanita. Terus pak arab tu kembali kat pengantin dan kata "Alhamdullillah, you're now her legal husband!"

Tercengang-cenganglah kami yang tercongok-congok tadi termasuk pengantin lelaki. Majlis walimah pun ala kadar.

3. Satu lagi "pernikahan" yang saya lihat seorang wanita Melayu (anak seorang ustaz TG terkenal) dengan pak utih di bulan Ramadhan di bawah pokok. Jurunikah pak utih pegang bible... I do I do dan kemudiannya jurunikah kata Melayu tu "You may kiss your groom!" Terkejutlah si Melayu lalu segera kiss pak utihnya.... Tercengang-cenganglah Melayu-melayu. Oh gitu kalau perempuan Melayu kahwin pak utih. Bride kena kiss the groom. Astagha!

4. Oleh kerana 25 tahun dulu rumah parents saya dan zaujah tiada telefon dan handphone belum wujud, maka tak dapatlah saya dan zaujah berjumpa untuk bincang nota-nota protokol nikah etc secara detail. Maklumlah bapa mertua bagi kebenaran 3 hari sebelum ramadhan dan nikah kami pada 4 syawal. Sempat jumpa dua kali... jadi malu-malu pula kita. Sekali untuk serah wang dia beli barangan hantaran lelaki ke perempuan termasuk cincin perkahwin. Saya beli barangan untuk saya untuk mudahkan masa. Mudah dia beli barangan dan cincin dia suka. Saya beli barangan yang saya suka. Kali kedua ialah exchange barangan2 tersebut.

Pernikahan cubalah kami ikut adat hantaran-hantaran ini kerana pertunangan kami tiada majlis pertunangan. Taklah sampai berpuluh-puluh dulang.

5. Abah tak turunkan apa-apa petua selain tentang rukun, akad etc. Hanya Kak Long saya menerangkan protokol tidur di rumah pengantin perempuan. Saya ambil 100%.

6. Rombongan saya adalah beberapa kereta aje. Pak-pak cik dan makcik-makcik belah emak dari Bandar Maharani. FYI mak saya saja di kalangan adik beradiknya berhijrah ke kampung.

7. Sekitar jam 11.00 pagi, selepas mengisi berbagai borang, saya pun dipaksa imam buat rehearsal akad. (Kat rumah sebelumnya abah dah ajar dan peringat semua rukun, akad etc etc.) Imam tanya "Boleh buat?" Bila saya seorang US grad jawab "Ya" lalu imam kata "Oi orang mudalah katakan. Semua kata boleh. Nanti masa akad tergagap-gagap!" Hadirin dan saksi ikut tergelak. Anyway saya pun dinikahkan Imam Mislan (bukan bapa YB Tim Menteri). Dengan sekali lafaz.

8. Lepas akad, saya pun diusung ami-ami zaujah ke bilik tidur pengantin. Saya disuruh sarungkan cincin. Selesai sarung cincin, ami-ami pun bersorak gumbira "Cium! Cium! Cium!"

Saya dan zaujah pun tercengang-cengang dan terkejut. Kami terpandang-pandang sesama sendiri.

Dalam hati saya being a US grad berkata "Eh Ina tiada pun khabag ada kiss the bride dalam adat Arab BP? Baik betul ni? Mana ada dalam Islam ni kiss the bride. Kak Long tak pun tak khabag.... Pelik pelik pelik..." Saya juga menjeling ke pak-pak arab untuk minta kepastian. Yang saya nampak mereka bersorak gumbira "Cium! Cium! Cium!" Lagilah saya kebinggungan. Dalam drama TV pun tak pernah nampak pakcik-pakcik pengantin bersorak suruh cium.

Dalam hati zaujah being a US college student terkejut "Eh sejak bila ada kiss the bride dalam keluarga kita ni..."

Ami-ami dan ati-ati galak bersorak lagi "Cium! Cium! Cium". Dan zaujah tiba-tiba mendapat ilham segera mencium tangan saya. Bertepuklah pak-pak dan mak-mak Arab kegumbiraan.

Legalah kami tersenyum kambing "Oh rupanya depa suruh zaujah cium tangan saya....."

(Bersambung...)

Saturday, June 05, 2010

Membina Masjid I

1. 24 Jun ini genaplah 25 tahun perkahwinan saya dan zaujah.

2. 25 tahun dahulu saya belum sempat setahun bekerja. Zaujah pun masih belajar di US dan mempunyai 2 tahun lagi untuk menamatkan pengajiannya.

3. 25 tahun lalu, idealistik kuat dan kewangan belum kukuh. Keduanya mahukan majlis walimah di 4 Syawal yang simple dan tidak menyusahkan ibubapa, kerabat terdekat serta jiran. Tidak mahu unsur-unsur unislamic terselit dalam pembinaan masjid kami. Idola kami masa tu pun idealistik. Pakai baju Melayu dan sandal ke mana-mana dan bersumpah tidak berubah. Nasib baik setelah sejam berdebat, bapa zaujah benarkan kami (yang ditunangkan sejak 1982) bernikah. Kalau tidak, dah nekad (ikut idola) bernikah lari di Siam!

Kad undangan pun setakat kad fotokopi. No (fancy) pix. Tiada kad yang ditempah di Bandung atau London.

4. Majlis di rumah zaujah simple. Saya memandu kereta sendiri, a used Galant Sigma JX 1818. Tiada kompangan menyambut rombongan kecil kami. Nikah dan jamuan. Tiada persandingan. Tiada makan berdamai. Menu pengantin serupa menu jemputan. Pengantin pun tidak bersongket dan bertanjak!

Tiada gamelan. Tiada musik rakaman. Tiada live music dari band atau artis AF atau rockers Sajoha. Tiada door gift atau bunga telur.

5. Balik ke Muar, saya memandu sendiri dengan zaujah di sisi. Majlis di rumah saya juga simple. Hampir serupa. Tiada kompang. Tiada music. Tiada gemalan. Tiada ghazal. Tiada door gift atau telur pindang.

Yang sedikit lain cuma ada majlis makan berdamai memenuhi hajat emak dan mak utih. Makan pun bersila. Tiada meja VVIP dan hiasan bunga murah atau mahal.

Menu yang lebih dari jemputan lain hanyalah opor ayam. Tiada udang putih besar! Itupun tak boleh pulun banyak kerana Wak Janah melingas memerhatikan kami supaya tak memalukan keluarga (kerana pengantin pelahap!).

Opor Mak Utih memang sedap. Zaujah dan saya terkilan tak dapat merasa sepuasnya. Kat US mana nak dapat. Kat Malaysia, bukan hari-hari boleh dapat atau dijual kat gerai ayam golek ke Kenny Rogers. Mak Utih pun bukan buat setiap hari! Saya pun cuma pernah sekali makan di meja VVIP-Pengantin ketika mewakilkan sepupu (wali) di majlis anaknya. Opor tiada dalam menu kerabat Perak!

6. Majlis walimah (di rumah) saya jauh lebih kecil dari majlis walimah Kak Long saya yang khabarnya grand dengan rebah lembu seekor dan berpuluh-puluh kalau tak beratus ayam. Saya di US masa tu. Yalah anak sulong... Abah pun ada hajat dan jemputannya. Emak ada hajat dan jemputannya. Nenek pun ada hajat dengan program-program.

7. Yang baiknya selepas majlis, tiada yang mengeluh kepenatan. Tiada yang sumbangan yang hilang. Tiada barangan lain hilang... etc etc. Kami bersyukur parents dan mertuas sudi mengikut kaedah kami.

FYI, kaedah majlis walimah adik-adik dan abang zaujah selepas itu juga sesimple majlis kami. Malah perabot pengantin kami terus digunakan sehingga majlis adiknya yang terakhir. Tak tahulah ini dikira sempoi atau kedekut!

8. Lepas kenduri di rumah, tiada pula kami berfoto-foto romantik dan dramatik. Tiada dokong mendokong di taman atau stesen keretapi. Baju pengantin (kurung dan Melayu) hanyalah dua pasang. Tiada gaun labuh berjela...

(Bersambung)

Friday, May 28, 2010

Malam Amal

1. Kelmarin satu majlis makan malam amal dibuat alumni high school saya. Ramai rakan sedarjah saya mengajak saya turut serta. Sebahagian semacam marah serta menyindir kerana tidak pergi dan menyumbang sponsor meja dari platinum sehingga gold.

2. Tujuan utama malam amal ialah untuk mengutip dana membina surau. Tujuan sampingan untuk tabung pendidikan sekolah.

3. Saya tiada masalah tentang hal menyumbang pembinaan surau. Namun apabila dikutip melalui majlis amal, itu ada masalah sedikit kepada saya. Majlis amal biasanya diselit dengan acara hiburan. Yalah takkan dengar ucapan dan makan aje. Dan saya berpendapat adalah tidak patut hiburan dicampur adukkan dalam pengutipan tabung surau. End tidak menghalalkan means! Waimah tujuan itu murni. Waimah majlis itu disertai zaujah Mufti Serambi Mekah dan bekas ustaz kita. Saya pasti mereka yang diundang itu tidak tahu pengisian majlis amal itu.

4. Ternyata majlis itu sah disulami acara persem-bahan hiburan dari kalangan pelajar sekolah dan artis jemputan. Biasanya di majlis begini antara ada artis di kalangan alumni. Dan kita duduk bersama terhibur berhijab dan togel mengumpul dana membina surau.

5. Untuk sahabat "so islamic" yang menyindir kami yang tidak pergi dan menyumbang (sindirnya memilih membina Masjid Gaza!), lupakah sahabat kita yang sering berkokok "amal makruf nahi mungkar"? Ke sekarang dah boleh selit-selit mungkar untuk tujuan makruf?

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. " AlBaqarah 42

".... Maka tidakkah kamu berfikir?" Al Baqarah 44.


Foto: Shahidah 2010

Thursday, May 27, 2010

Tanjung Pagar

1. Sifat pemurah kita berterusan dan menjadi warisan... Pak Lah sedekah Batu Putih serta Blok L(ah) dan M(enantu). Tok Jib serah Tanjung Pagar dan insyaAllah Woodlands.

2. Hari ini merupakan kali kedua zaujah bertanya "Ada orang nak potong rumput. Nak ambil?"

Kali pertama, beberapa minggu dulu, dia telefon dari rumah ketika saya berada di somewhere.

3. Selama ini saya dan anak-anak yang memotong rumput. Dulu-dulu zaujah pernah buat atau menolong. Agaknya kerana pernah bentan memotong rumput sebaik keguguran (tak sabar tunggu saya buat), dia dah buat lagi. Dah tukar kepakaran.. water jetting foyer, terrace dan drains.

4. Sudah banyak kali pemotong-pemotong expatriate mengecek saya hendak memotong rumput di rumah. Malangnya rumput karpet kami hanya tumbuh panjang di keliling pagar. Tepi dan belakang dah tak banyak rumput. Not worth mengupah. Lagi pun mesen pemotong mereka dah masuk banyak padang rumput lain yang berbagai jenis. Mengikut pengalaman lalu, benih-benih rumput dari padang-padang itu akan tertebar di laman kita. Di rumah kami yang pertama (sudah dijual), rumput karpet akhirnya ditawan cow grass.

5. Pernah sekali saya mengupah hanya untuk mencabut rumput liar. Tapi tak sempurna kerana expat Bangladesh tidak memakai peralatan yang betul. Hanya cabut pakai tangan. Akat tak tercabut dengan sempurna. Tak berkesan. Malangnya anak-anak sudah tidak rajin mencabut. Sibuk berfacebook.

6. Pernah sekali zaujah mengupah 2 expat Indonesia untuk membuat weeding di kalangan pokok-pokok bunganya serta menanam beberapa pokok baru. Anihnya zaujah serahkan kepada depa untuk "design layout" tanaman. What can you expect.... Rosak! Bengkak mata saya setiap kali memandangnya.

7. Bila zaujah dah mula kerap bertanya samada nak hire pemotong expat, tentu ada maksud tersirat. Barangkali kerana hasil kerja saya dan anak-anak sudah bertambah tidak mencapai kualiti yang diharapnya... atau kerana kesihan melihat ketuaan saya seperti KTMB.

Kebetulan of late bila ada kelapangan, hujan pula. So merbahaya jika mengguna electric mower dan trimmer. Nak meracun lalang yang dah menceroboh pun tak boleh. Bila cuaca elok, kita sibuk pula.

8. Dan saya akui bahawa saya sudah lama tidak membaja pokok-pokok bunganya.. Sudah serik. Takut kalau ada pokok terlayu atau apa, disalahkan ..... Lagipun yang mempunyai green hands di kalangan kami hanya my dearest zaujah. Membaja pokok bukannya berat sangat! Bagus untuk zaujah melepaskan peluh. Namun saya masih membeli baja-bajanya. Dan setiap kali sebelum zaujah membeli pokok-pokok baharu, saya mengingatkannya "Kalau sanggup beli, mestilah sanggup dan rajin merumput dan membaja. Kalau malas, kesian pokok!" Saya setakat tolong tanamkan sahaja....

9. Yes, suatu hari expat-expat ini akan berjaya juga menawan Tanjung (dalam) Pagar saya yang seciput di Tanjung Johor. May be I should be thinking to sell the electric mowing machine and trimmer, tong racun, fertilizer spreader etc etc... atau sedekahkan sahaja peralatan-peralatan itu...