Thursday, April 30, 2009

Ulat Tajam

1. Apparently my youngest daughter is deeply embarrased with the black wood incidence. Dan saya ceritakan hal saya dan ulat tajam.

2. Pernah, sewaktu berumur 4-5 tahun, saya dan emak balik beberapa malam ke rumah nenek di bandar. Rasanya sebab nenek buat kenduri. Tak ingat kenduri apa Biasanya kalau nenek buat kenduri doa selamat ke apa, dia jemput saudara mara semua di sekitar Muar dan Mersing.

3. Bila nak balik ke kampung, emak menyuruh saya mengambil tudungnya di ampaian di sebelah ruang makan. Saya memanjat kerusi dan mengambil tudung emak. Sebaik sahaja saya membawa turun tudung itu, saya digigit banyak serangga yang belum pernah saya lihat. Saya terus menjerit dan menangis "Aduh aduh mak! Ulat tajam! Ulat tajam! Ulat tajam........ " Emak dan ramai kaum kerabat saya meluru cemas kepada saya dan kemudian memberikan bantuan membuang ulat-ulat tajam itu sambil ketawa terbahak-bahak!

4. Rupanya ulat tajam itu adalah kerengga! Depa semua terbahak-bahak kerana lucu mendapati budak kampung tak kenal kerengga. Untuk masa yang lama, saya kerap diusik dua pupu saya dari Pt Bakar dengan panggilan Ulat Tajam setiap kali berjumpa di kenduri-kenduri nenek atau Mak Long di bandar! Buat masa itu, rasa malas nak balik bandar (rumah nenek)!

5. Dan anak saya lega mendengar cerita saya itu. Dia tak jadilah termalu sangat.

A Black Wood

1. Two nights ago (just before dinner), my youngest daughter said "What is that black wood doing on the kitchen sink?"

(About half an hour before that, I saw a charcoal sitting on the sink. I asked my zaujah "Where's this charcoal come from?" "Oh it was from the orchid pot. I rearranged the plants and took out one of the charcoals.)

2. Saya dan zaujah pun tergelak besar. Lebih-lebih lagi saya "That's is not a black wood! That thing is charcoal!" My daughter was puzzled and deeply embarrased.

3. We did not blame her. Probably she has not seen a Malaysian charcoal or an "arang" before. If she did, mungkin masa terlalu kecil. During our stay in Australia, we used either charcoal briquettes, gas or electric to barbeque our lamb, chicken etc. Dan yang paling kerap adalah penggunaan activated carbon pills bila sakit perut or kena cirit birit. Sejak pulang kami cuma electric grill untuk barbeque kebab, ayam atau lamb. Tak merasalah dia melihat arang selain carbon pills!

Thursday, April 23, 2009

Capati Ali

1. 11 April 2009, saya menerima SMS dari Samad "Badan makin naik? Nak jaga badan dan kesihatan? Mkn capati special n lembut"Recipe Khas Ali Capati" di Kedai Makanan Laut Adam depan Econsave. Insy kalau amal 2 bln blh lihat berat badan turun. Buka 5 ptg~10.00 mlm. Tlg pjangkan".

2. Malangnya saya masih cuti sakit. Tak kuasa nak ke kedai itu.

3. Semalam saya ke restoran itu membeli sebungkus nasi ayam dan tahu bakar. Sewaktu menunggu, nampak seorang lelaki India (agaknya Ali) dan seorang remaja lelaki yang agak gelap. Mungkin darah campur. Kedua-duanya memakai kopiah tabligh. Lelaki India (mentor) mengajar remaja itu(protegee) membuat campuran yang saya kira "capati". Mula-mula dimasukkan 1 kg tepung atta (bahan capati). Diramas. Kemudian 1 kg tepung gandum. Diramas. Kemudian ditambah 400ml minyak masak (dari karung plastik. Minyak murah. Tak pasti minyak sauran campur ke apa). Diramas. Kemudian saya nampak seorang budak kecil kecil darah India bawa 1 liter air.

4. Saya ni pernahlah belajar buat capati dengan Santokh Singh (bekas pemain hoki Selangor di tahun 70an) sewaktu tinggal di Seattle. Kami cuma pakai tepung atta, sedikit air dan garam. Mudah, tak berminyak. Yang ini barulah benar-benar sihat. Zaujah juga pernah belajar buat capati dengan isteri Aziz Khan (Pakistani UK). Serupa macam yang saya belajar.

5. Justru saya musykil resipi istimewa Ali itu. Pertama tak guna 100% atta yang tinggi serat dan baik untuk kesihatan. Kedua dicampur tepung gandum yang boleh mengemukkan. Paling teruk sekali dia tambah minyak yang pastinya menggemukkan!! Apalagi tambah cecah kari dhal, tentu banyak lagi kalori. No wonder kena tunggu 2 bulan baru berat badan boleh susut sikit. Rupanya capati Ali berkalori tinggi!!

6. Mungkin Samad perlu bagi tahu Ali bahawa capatinya bukan capati tulin!

Wednesday, April 22, 2009

Cuci-Cuci Malaysia VI

1. Pada 15 April, Fairus merayu Mursyidulnya dan kepemimpinan PKR membersihkannya. Tiada seorang pemimpinnya waimah tudung clad ladies tampil berapi-api membelanya.

2. Tup-tup semalam dia dibersihkan oleh SPRM dari fitnah (menurut Fairus) little Napoleon partinya sendiri. Wonder apakah beliau masih ingin "mendedahkan" kerana belum dibersihkan oleh PKR, Tok Hassan dan TG? Wonder apakah PR endorses penyucian sebegini serta ketoyyibannya tanpa mengadap TG?

3. Interesting sandiwara dunia ini. Mungkin esok ada yang akan mendakwa cucian ini kerja Tok Jib dan TS Udin (bukan Tok Udin Pagoh... nanti tersedak pula Agrobank Cheras) pula! Maka tidak akan dikira suci murni nor toyyiba!! Tapi kalau kerja Tok Jib tentulah Fairus dah melompat Selat Penang!!!

4. Tambah intesting bila Fairus menyuruh "orang-orang" bertaubat! Persis King Singh!! Hebat rakyat Darul Umar Abdul Aziz ini!

_____

Utusan Malaysia 23 April 2009
Mohammad Fairus dibebas

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

PULAU PINANG 22 April - Bekas Timbalan Ketua Menteri I (TKM I) Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengesahkan kes siasatan rasuah membabitkannya telah ditutup.

Beliau berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubunginya dan memaklumkan perkara tersebut.

Menurutnya, berita itu merupakan hadiah cukup bermakna kepadanya lebih-lebih lagi beliau baru sahaja menerima kurniaan anak keenam, seorang bayi lelaki yang selamat dilahirkan semalam.

''Saya telah dihubungi petang ini dan dimaklumkan kes ditutup, sekali gus saya bersih dan tidak bersalah atas tuduhan yang telah dilemparkan selama ini. Saya bersyukur kerana tidak akan didakwa.

''Alhamdulillah ini adalah kemenangan untuk keluarga serta rakyat yang selama ini telah menyokong dan mempercayai saya. Ini adalah satu keajaiban,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau meletakkan jawatan sebagai TKM I dan Exco Pembangunan Keusahawanan & Koperasi, Penerangan & Perhubungan Masyarakat berkuat kuasa 8 April dan surat peletakannya diterima Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 21 Mac lalu.

Pada 26 Mac pula, Mohammad Fairus ditahan di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan kemudiannya dibebaskan setelah SPRM mengambil keterangannya.

Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizuddin Ahmat yang mendakwa terdapat pemimpin PKR negeri terbabit dalam penyelewengan membabitkan kuari di Seberang Perai dekat sini.

Ekoran itu, beliau turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada 16 April lalu yang membuka satu lagi pilihan raya kecil diadakan.

Mengulas lanjut, Mohammad Fairus berkata, ia jelas membuktikan bahawa semua yang berlaku adalah tohmahan berniat jahat untuk menjatuhkannya.

''Saya gembira kerana nama telah dibersihkan dan kini jelas apa yang berlaku adalah fitnah semata-mata. Saya akan kekal sebagai pejuang rakyat dan akan terus berbuat demikian.

''Dengan kuasa Allah kebenaran telah terbukti, justeru kepada mereka yang telah membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya itu, cepat-cepatlah bertaubat," ujarnya.

Saturday, April 18, 2009

Cuci-cuci Malaysia V

1. YB Haji Zul, Dr Khir dan Hamdy, kiss your own asses! Tok Hassan Ali seperti akur saranan saya. InsyaAllah lepas umrah ini, Liz bukan sahaja suci murni malah toyyiba juga kot! Kot dapat lebih berkat lagi ada yang masuk Islam. Masuk Islam tentunya lebih tinggi murtabatnya dari dimasukki Islam!

2. Fairus should have taken a similar move instead of resigning! Alahai... Silap-silap Fairus akan pula meraung "Saya tidak dibersihkan kerana I haven't got that thing between my legs!" Kesian Fairus, tiada wanita bertudung berapi-api datang membela beliau.

3. TG juga memakai susuk seperti saya. He did his susuking several years earlier.
_____

The Star
Sunday April 19, 2009
Wong says thank you to Nik Aziz


KOTA BARU: Scandal-rocked Selangor exco member Elizabeth Wong thanked PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat for understanding her predicament.


In a 45-minute meeting with the Kelantan Mentri Besar at his official residence, Wong said they also had discussions on raced-based politics and current issues.

“I had a cordial meeting with Tok Guru.

“I want to thank him for understanding my predicament. The other reason I met him was to wish him bon voyage for his trip to Mecca to perform his umrah on Monday,” Wong said after attending a briefing for Kelantan PKR chiefs by Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yesterday.