Wednesday, December 02, 2009

Solat Istikharah

1. TGHA (Malaysiakini hari ini): Penasihat TGNA yang gagal memberikan "nasihat undang-undang dan politik" yang betul sehingga menjerumuskan menteri besar itu dalam kontroversi dakwaan mengamalkan kronisme. (Eh ehhh...Wat happei to Kernal Mat?)

2. TGNA (Malaysiakini):Dulu masa saya lantik beliau, ada penasihat undang-undang, beliau tidak komen apa. Jadi saya lantik.

3. Barangkali ada yang terlupa solat istiharah. Bagus juga terlupa. Jadi tiada yang menyalahkan Allah kerana tidak menunjukkan siratulmustaqim atau komen apa-apa.

4. Biasanya tok-tok alim kerap end their kuliah or speech with... "Yang baik-baik itu semuanya dari Allah. Yang buruk-buruk itu kelemahan saya sendiri." So far belum dengar lagi ayat-ayat ini ...... Anak-anak menulis di blog (sendiri dan Dr Mariah) menyalahkan HM pula.

5. Dan berterusanlah melodi klasik "bangau oh bangau" .... Innalillah.... Dan Zainal Hijau pula melalak "Kita serupa...kita serupa..."

____
Dari perjalanansuci

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah
hatiku dengan takdirMu itu."