Friday, December 11, 2009

Sebelum Solat Jumaat

Sebelum solat Jumaat tadi, saya terserempak Haji ARO Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS yang kebetulan menziarahi anak dan cucunya yang setaman saya. Taman yang dia bangunkan ini.

Sempat saya bertanya "Bukankah dulu Tuan Haji yang dikatakan akan menjadi Penasihat Ekonomi Selangor? Apa dah jadi? Ke Tuan Haji menolak kerana gajinya seringgit sebulan?"

"Ha ha.... Itulah bijaksananya Khalid Ibrahim. Lantik DSAJ jadi Penasihat Ekonomi and now DSAJ dok perintah (control) dia!" Tersenyum lebar Tuan Haji ini sambil mendokong seorang cucu kembarnya.

Saya tak tahulah samada itu statement sour grape ke apa. Dalam hati saya berkata "Betullah desas-desus pembangkang bahawa DSAJ adalah MB dan Raja de facto Selangor sekarang!" Tapi tidak mungkinlah Timbalan Husam Musa ini membuat fitnah pula. Orang PAS kan semua PASti ke syurga. Tak mungkinlah bakal ahli syurga berbohong!

Seingat saya sewaktu Nabi Yusof jadi Penasihat Ekonomi Firaun, tiadalah diceritakan sampai baginda perintah dan control Firaun. Mungkin ada benarnya kenyataan ARO itu kerana tak beberapa lama kemudian Khalid dok khabag amaun dan perks Penasihat boleh dinaikkan lagi.