1. Kejadian serban We Luv TG mengingatkan saya kepada cerita Kak Sarijah ketika saya mengunjunginya di suatu raya bersama arwah abah, emak dan zaujah. Saya tak ingat bila... Masa itu abah dah kena stroke tapi dah boleh jalan sikit-sikit.
2. Kak Sarijah bercerita, beliau pernah mengunjungi Wak Duan yang sudah mula sakit tua di Parit Pecah. Sebelum balik, Wak Duan memberikan sehelai serban dan memintanya menyampaikan kepada Imam Pt Bulat. Saya tak ingat namanya.
3. Sekembalinya dari rumah Wak Duan, dia singgah di rumah pak imam tersebut. Beliau menyampaikan salam Wak Duan dan menyerahkan serban itu. Pak Imam tidak mahu menerimanya. Puas Kak Sarijah memujuk, pak imam tetap berkeras menolaknya.
4. Kak Sarijah naik cuak pula dan singgah di rumah maknya dan menggantungkan serban itu di bawah rumah itu. Pada suatu hari datang seorang pemuda kampung tersebut bertanyakan pasal serban itu. Dia meminta izin untuk mengambil serban itu kerana rumah tersebut sering ditinggalkan kosong. Dari sia-sia saja serban yang masih elok itu tersidai di bawah rumah, Kak Sarijah membenarkan pemuda itu mengambilnya.
5. Namun keesokan harinya, awal-awal lagi pemuda tersebut memulangkan serban tersebut. "Keras!" katanya dan enggan berserita apa yang berlaku. Ekoran dari itu, Kak Sarijah terpaksa memulangkan semula serban terbut kepada Wak Duan.
6. Sewaktu pulang, saya bertanya abah apa maksudnya serban tersebut. Abah kata kemungkinan Wak Duan mahu memberi "ilmu"nya kepada imam yang dirasakan boleh "membawa" ilmu itu. Wak Duan adalah seorang pawang separa masa. Ternyata imam tak sudi. Dan "ilmu" tersebut terlalu berat dan tidak sesuai untuk pemuda itu. Mungkin ada sesuatu yang berlaku kepada pemuda itu di waktu malam sehingga beliau takut untuk menyimpan serban itu.
7. Saya tidak tahu samada kes itu kes serupa penurunan saka atau tidak. Abah seperti berkata demikian. Dan saya tidak ingat siapakah yang akhirnya mengambil serban Wak Duan. Pernah seorang anaknya memberitahu saya dia ada mempelajari sikit-sikit ilmu ayahnya. Apakah dia sekarang pemegang serban itu?