Saturday, December 05, 2009

Bidaah?


1. Ramai yang memper-tahankan doa pecah perut TGNA. Mereka mendakwa "pecah perut" bermaksud "sungguh-sungguh hati" dalam bahasa klate.

2. Malaysiakini: "Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.

3. Habis "orang itu" maksud apa pula? Kalau sungguh pecah perut bermaksud sungguh-sungguh hati, maka bukankah sepatutnya di sebut "pecah perut kita"?


4. Juak2 TGNA di cyberspace cuba mengenakan Husam dengan bertanya di mana Husam? Butakah mereka? Lihatlah foto-foto di blog Perisik Rakyat. Merata gambar Husam.Bukankah Husam yang gagah kacak di sisi kanan TGNA di majlis itu? Selimpang We Luv TG cantik di bahu beliau kerana kalau lilit di kopiah takut dikatakan perlekeh serban pula.


5. Setahu saya yang sunnah dan layak dililit di kopiah ialah serban bukannya kain We Luv TG. Malah tok-tok alim pernah mengamuk sakan menegur orang-orang Islam dan bukan Islam melilit serban di leher (dan bukan di kepala) ketika demonstrasi Palestine dan majlis "Rayuan Gaza Palestine". Mereka mendakwa orang-orang yang berbuat begitu memperlekeh serban, sunnah Rasullullah.


Kalau We Luv TG dililit di kopiah maka ianya lebih tinggi murtabatnya dari serban sunnah Rasulullah. Setahu saya di zaman Rasullullah, tiada para sahabat lilit We Luv Rasullullah di kopiah mereka. Ustaz Ismail Kamus kata sebarang innovation adalah bidaah dan bidaah hasanah tidak wujud. Semua bidaah adalah dolalah. Rasullullah murka jika melihat bidaah dilakukan.

Telah berkata : Rukaanah , aku telah mendengar Rasulullah saw berkata : Sesungguhnya perbezaan antara kita dengan Musyrikin ialah memakai serban di atas qalaanis (kopiah). Riwayat Abu Daud 32:4067 dan Imam Tirmizi

6. Siapakah "orang itu"? Kolonel Mat? I don't think TGNA maksudkan Husam sebagai "orang itu". Kelihatan setia walaupun baru keluar sepital katanya!