Friday, February 29, 2008
Wes Kadong Ngono
1. Setiap pagi saya melalui Jalan Lombong (Kelang) untuk ke Pejabat. Jalan ini merupakan satu jalan di Selangor Maju yang masih rosak-rosak. Namun sejak tiga hari yang lalu, gah terbentang banner ini di salah satu kampung di situ. Nampaknya wong di kampung itu sudah naik taraf.... Mereka berkempen in English. Agaknya berkat guna BI in S&T subjects.
2. Di Berita Harian hari semalam pula, tertera berita di bawah pula.... It seems that wong Kluang belum ngomong bahasa 'wong bule'. Teman saya bilang, salah tulis tu.. sepatutnya ditulis 'wes kadong ngono' dan disebut sambung 'wes kadongono'.
_____
BH: Pengundi tidak harus bersikap 'wes kado ngono'
KLUANG: Pengundi tidak seharusnya mengamalkan sikap 'wes kado ngono' atau 'semuanya sudah ada' kerana ia akan terus meletakkan masyarakat dalam kemunduran walaupun kerajaan berusaha sedaya upaya membantu meningkatkan taraf hidup rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan.
`Wes kado ngono' adalah bahasa Jawa yang dihuraikan lebih lanjut membawa maksud 'berpuas hati dengan apa yang ada sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mahu berusaha' atau tidak menghargai usaha yang dilaksanakan kerajaan.
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Johan Jaaffar, berkata pengundi perlu sedar kerajaan melaksanakan pelbagai pendekatan untuk mengubah taraf hidup sehingga segelintir rakyat negara ini khususnya Bumiputera tersenarai antara yang terkaya di negara ini.
Katanya, masih ada bersikap tidak ambil peduli dan tidak memanfaatkan peluang yang disediakan kerajaan untuk memajukan diri.
"Sikap 'wes kado ngono' ini sudah lama wujud dan ia tidak sesuai lagi diamalkan dalam masyarakat hari ini kerana kita perlu berubah untuk bersama bersaing dalam arus perdana pembangunan negara," katanya ketika berceramah pada Program Ramah Mesra Gerakan Persatuan Wanita (GPW), di Felda Kahang Timur, di sini, malam kelmarin.
Johan yang juga kolumnis Berita Minggu, berkata pengundi perlu sedar sikap berpuas hati itu juga boleh membuatkan seseorang itu melupakan sumbangan kerajaan sehingga mereka terpengaruh dengan propaganda pihak tertentu supaya menukar kerajaan sedia ada.