1. Alhamdullillah saya dan zaujah telah selamat menyempurnakan ibadah haji dan umrah dan kembali ke tanah air.
2. Satu hari Di Masjidul Haram, saya tersentuh membaca Baqarah 11-12:
Dan bila dikatakan kepada mereka: 'Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi'. Mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.
Dan otak saya pun terfikir-fikir:
Mereka lakukan kerosakan di Afghanistan, Iraq, Palestine, Lebanon, Somalia dll atas alasan awal menghapus terorisme, membawa keamanan dunia dan menegakkan demokrasi.
Dan bro and sis pun tidak lagi membicarakan tentang majlis syura tetapi kebersihan demokrasi;
Bro and sis tidak lagi berkokok [lebih awal dari ayam] tentang hudud tetapi kesucian perundangan warisan kerabat Lord Reid;
[Barangkali kerana bro and sis semakin tidak berani melangkah mayat Karpal yang mati-mati belum mahu berhenti!]
Bro and sis tidak lagi berketuk ghairah mahukan pemerintahan Islam ala Khalifah, Ayatollah atau Mullah Omar tetapi pemerintahan alternatif walaupun masih kabur siapakah BOSS sebenarnya;
[Barangkali bro and sis pasrah bahawa hajat mahukan PM ulama sudah tercapai walaupun kerap tertidur. Atau bro and sis sudah malu alah kerana dulu-dulu di hujung 90an pernah tumpang gumbira Indonesia mendapat Presiden Ulama (yang juga kerap tertidur) dan diyakinkan akan mendapat PM ULAMA yang akan mengkuburkan MahaFiraun. Ternyata ULAMA hanya setakat dapat jadi MB dan KP sepenggal saja.]
Malah bro and sis lebih tertarik dengan bisikan simbol yang sekejap feudal Melayu berabad dan sekejap demokrasi sejagat;
[Barangkali bro and sis teralpa simbol Islam dan sunnah Rasul.]
Malah bro and sis berebut memenangi hati kaum kerabat Hindraf dan Sique;
[Barangkali bro and sis reda kerana mursyidul partner bro and sis sudah sanggup ke kuil Kallumalai Gunung Cheroh untuk berThaipusam dan mungkin berbhangra. Namun apakah puak-puak ini akan ambil pot tentang bro and sis jika bro and sis mahu tambahan nikmat bangsa bro and sis?]
Merekakah (kufr) yang tidak sedar atau bro and siskah yang tidak mahu sedar tentang ’kerosakan’ mereka buat itu?