Wednesday, February 13, 2008

Ulama dan Kepala Ikan

Semalam PM memberitahu pemberita bahawa parlimen tidak akan dibubarkan pada hari ini. However, tengahari ini, he announced pembubaran parlimen.

Sujan, seorang rakan lama, telah menghantar e-mail kepada e-group saya:

"Semalam kata tak mungkin bubar parlimen ari ni.
Ari ni dah bubaaaar.
Awal-awal lagi (PM) dah menipuuuu.
Betul kata Jalil, 'ikan busuk mula dari kepalanya'"


Segera saya menjawab lebih kurang begini:

“1. CORRECT, CORRECT, CORRECT dear bros and sis. Terbukti ulama dan Ulama pun pandai menipu! Dalam 24h, at least sempat juga ayam-ayam jaguh berkokok dua kali! Kalau ayam berkokok selama satu penggal dan hudud belum juga kun fa ya kun dijalankan [TG pernah berjanji, jika PAS menang, hudud akan dilaksanakan di Darul Iman sebelum ayam berkokok], ayam tentu letih.. Cucu-cicit yang sambung tugas berkokok pun entah dah beberapa generasi. Mind you, ayam biasanya dijual dalam masa 45-50 hari dari distok! 1 penggal (undangan negeri) dibahagi 50 hari... dah berapa kali ayam boleh dijual?

2. CORRECTion, CORRECTion, CORRECTion dear bro and sis. Mas Sujan buat salah, Mas Jalil buat salah. Jalil salah buat statement and Sujan salah tak kaji betul-betul samada statement Jalil betul atau salah.

Sebagai seorang yang belajar tentang pemperosesan ikan segar, salai dan kaling serta pernah kerja di tempat pemprosesan ikan segar, saya terpanggil untuk betulkan this misconception and assure you all that "ikan tidak mula busuk dari kepala". Ia mula busuk dari perut (termasuk usus). Bro and sis, di perutlah banyak bakteria! Nabi pun pernah berkata banyak penyakit berpunca dari perut! Ungkapan Melayu itu memang lari dari kebenaran. Kita ditipu ulama peribahasa.. Dalam proses pasca panen, kita perlu keluarkan gut untuk elak ikan segar dari cepat busuk! Insang dikeluarkan kerana orang tak makan insang.

Setiap kali saya beli ikan, saya make sure saya buang gut and insang and bersihkan darah dalam buccal cavity ikan sebelum simpan di freezer. Di UK dan US, ikan segar biasanya dipamer dan dijual gutless supaya shelf-lifenya panjang. Tapi kat Malaysia yang ikan dll cepat rosak, orang tak beli kalau ikan kalau ikan telah dibersihkan!

Satu lagi bro and sis..... That is why kari kepala ikan dan sop bighead carp orang gila bang. Kalau tempat mula busuk, tentulah orang dah lama hindar!

Namun kalau kata udang rosak dari kepala, then separa betullah! Sebenarnya ia mula rosak dari perut tapi malangnya perutnya berada di kepala! Itu sebablah dikatakan "otak udang"! Perut tempat punca kebusukan diletak (Allah) di kepala supaya manusia berfikir. Itulah sebabnya di Barat, tail atau sebenarnya isi sahaja sahaja yang dijual.