Wednesday, January 28, 2009

Seorang Zin


1. Zin adalah seorang dari 3 kerani di unit saya.

Sebelum hujung tahun ini, saya mendapat aduan ada kerani-kerani di unit saya rajin ponteng. Pemontengan staf sokongan sukar didetect kerana kedatangan dan cuti adalah secara on-line yang diluluskan Ketua HR dan bukan Ketua Unit. Dan bila saya checked fail kerani lain, saya terpaksa check fail Zin.

Benarlah ada kerani yang ponteng tanpa cuti dan MC. Malah ada yang habis cuti. Zin selalu MC dari beberapa klinik berlainan. Ada beberapa hari tak kerja tanpa cuti tetapi bolehlah ditolak cuti baki. Dan saya nasihatilah mereka.

2. Zin pernah mengadu bahawa ramai orang tidak percaya dia mengidap multiple penyakit mainly kencing manis dan darah tinggi. Termasuk mantan Big Boss. Katanya hanya seorang pegawai sahaja yang percaya. Rupanya yang percaya itu kemudiannya diketahui mengidap penyakit yang sama tapi lebih kritikal dan terpaksa undergo dialysis 2 kali seminggu.

3. Itulah sekali saya rasa dia mengadu orang tak percaya dia. Sejak saya menjadi Ketua unit di tempat dia bekerja, saya kerap dengar aduan dan cerita mengenai dia. Saya diam aja kerana saya nampak reasonablelah hasil kerjanya dan tidak pernah dia mengatakan buruk tentang orang lain.

4. Rabu 21 Jan 2009 petang, saya diberitahu oleh pegawai tadbir saya "Zin di CCU! Dia SMS sat tadi!" Saya kata "Esok kita ziarah, ya!"

5. Pagi Khamis 22 Jan 2009, saya mengajak pegawai-pegawai unit saya menziarahi sahabat kami Zin yang dikhabarkan berada di CCU Hospital.

Pegawai Tadbir saya menjawab "Saya dah cuba SMS dia banyak kali. Tapi dia tak angkat handphonenya. Jangan-jangan dah keluar dan dah balik!"

Saya berkata "Kau ni pun betullah... Dah masuk CCU, macam mana nak jawab telefon."

"Tapi Doc, semalam dia masih SMS dengan saya dari CCU. Dia kata nurses kat situ muda-muda dan cun!"

"Setahu saya, kalau dah masuk CCU adalah beberapa peralatan yang disambungkan kepadanya. Macam mana dia nak main SMS by now. Mai pergi masa lunch!"

7. Lunch hari itu kami menziarahi beliau. Saya lihat ramai pegawai-pegawai MARDI (rakan-rakan isterinya) berada di situ. Kami merupakan kumpulan pertama pegawai dari organisasi kami. Masuk 2 orang at a time. Saya lihat Zin tidur. Kakinya terkeluar selimut dan kami selimutkan. Sebelum balik, saya sentuh jari kanannya.. Dia terkejut, membuka mata seketika tetapi tertidur semula. Ternyata terlalu mengantuk.

8. Balik pejabat, saya minta pegawai-pegawai dari unit lain menziarahinya. Saya kata "Malulah rakan-rakan kita baru 6 orang ziarah, tapi dari MARDI dah ramai!"

9. Pagi Jumaat 23 Jan 2008 ketika saya sedang bersiap untuk pergi kerja di luar, saya menerima call dari PA (sambilan) saya "Doc, Zin telah meninggal dunia pukul 6.10 pagi tadi!" Terkedu saya.

10. Saya tidak jadi menghadiri satu mesyuarat penting di luar dan turun menziarahi jenazah. Selesai memandikan dan mengkafankan jenazah (sebelum solat jenazah), Imam yang menguruskan jenazah berkata "Sungguh mudah sekali jenazah ini diuruskan. Jarang sekali saya bertemu jenazah sebegini. Badannya lembut dan mudah diurus. Besar kemungkinan arwah semasa hayatnya tidak gemar atau tidak pernah memburuk-burukkan orang."

MasyaAllah.

Zin masih in his early 50s. The only son. He was supposed to accompany his father performing haj this year partially sponsored by one of his sisters. But ada sisternya yang tak setuju. His father baru beberapa hari pulang dari mengerjakan haji. Now I am still wondering if Zin collected lots of free pahalas from those peoples who said not nice things about him too....

Saturday, January 17, 2009

Camry, Atos dan Rondo

1. Dr Khir menulis di blognya "Camry dan Mercedes: Lain Bengkak, Lain Bernanah" pada 14 Jan 2009. Dia mempertahankan pembelian S350L. Saya bertanya apa dah jadi dengan S350L itu. Dan Dr Khir menjawab "Sdr seluang dan rakan rakan bloggers lain,
kereta merz 350L,itu sekarang maseh dimiliki oleh KDEB,Saya tidak pernah membeli walau satu unit kereta pun semasa dan selepas saya menjadi Menteri Besar.Sepatutnya Tan sri khalid tak perlu beli kereta Camry utk kegunaannya kerana kereta Merz itu maseh dalam keadaan yang amat baik.Saya maseh tak faham mengapa kerajaan negeri membeli sampai 15 unit Camry termasuk utk kegunaan Menteri Besar.
.

2. Syukurlah S350L itu masih disimpan KDEB. Jika Dr Khir dah dapat, lagi susah Dr Khir nak defend.

3. Namun saya fikir pembelian itu tidak wajar jika untuk kegunaan sekali-sekali serta Dr Khir pun isin-isin (malu-malu) nak guna dulu. Tok Nizar dan TS Khalid pun nampaknya isin-isin nak guna Camry dan S350L. Kalau PERLU juga guna untuk "menarik keyakinan" pelabur asing, baik sewa sahaja untuk hari-hari keramat itu.

Last year ada lawatan Menteri “Pendidikan Tinggi” Saudi. Pihak sana memohon disewakan beberapa biji S class untuk beberapa hari. Saudi yang lebih kaya itupun tak minta dibelikan S class yang hanya untuk dipakai beberapa hari.

4. Now apa nak dibuat dengan S350L itu as TS Khalid pun tak sudi nak guna atau "sedekah" kat mantan Pengerusi KDEB?

Many years ago saya tinggal di Seksyen 24 Shah Alam. Seorang jiran Melayu saya memiliki E2X0 hitam. Setiap weekdays dia guna untuk urusan bisnesnya. Dan pada weekends dia sewakan kereta itu (dia sendiri jadi drebar) kepada pengantin-pengantin Cina. Bijak jiran saya itu.

Probably Dr Khir boleh cadangkan kepada TS Khalid agar disewa sahaja S350L itu untuk pengantin-pengantin Cina pada hujung minggu dan cuti serta saudagar-saudagar Arab pada hari-hari bisnes/kerja.

5. For the time being, Dr Khir ojo upset malah harus berbangga. Udahlah pengeluarnya TOYOta (khabarnya nama asalnya Toyo's kereta), modelnya Camry pula (khabarnya nama asalnya Kamari tetapi diglamorkan jadi Camry). Pakai pula tayar TOYO, lagi terangkat martabat sedoro-sedoro kito. Nanti jika Dr Khir dapat Selangor semula, beli pula Proton/Perodua/Naza Qamry ke... Jika abah saya masih hidup, tentu dia pun akan tersenyum bangga.

6. However, Dr Khir should be upset jika Ketua Pembangkang Selangor diberikan Kia(h) Rondo.... waimah Rondo berhias! Mike Tyson probably (still) prefers Rondo?! Mungkinkah termimpi Rondo, kereta tua boleh jadi (Hyundai/Inokom) Atos?

*(Rondo ialah janda dan Atos ialah keras dalam bahasa Jawa).

Thursday, January 15, 2009

Pecal dan Kerisi

1. Dua hari lepas, saya pederas pecal, ayam kampung goreng dan air Indo Cafe ais di sebuah warong dekat sebuah surau. Mak Datuk... Makan sayur dan ayam pun kena RM7.50.

2. Semalam saya lunched di sebuah kedai makan tua dekat sebuah masjid tua pula. Cuba berjimat, saya ambil nasi 1/4, tauge, kerisi goreng berlada dan teh ais pula. Mak Datuk.. Harganya RM7.50 juga. Bagaimana kerisi pun boleh jadi mahal! Setahu saya kerisi ni dah kira hampir-hampir trash untuk buat keropok.

3. Agaknya sewa di lokasi dekat surau atau masjid tinggi kot!

Tuesday, January 13, 2009

Childhood VII

1. Seingat sebulan sebelum Mak Usu kahwin, kambing-kambing nenek pulang ke bandar. Ada yang dijual dan ada yang disimpan untuk kenduri.

2. Mak Usu juga ada minta abah pelihara seorang lembu. Lembu ini disembelih di Pt Gantung pada petang (sehari sebelum kenduri)dan dagingya dihantar ke rumah nenek di awal pagi.

3. Selepas projek kambing, abah dan emak adalah pelihara berbagai haiwan kecil secara kecilan. Selain ayam, mereka pernahlah menternak itek jawa, itek serati, angsa, burung merpati dan tekukur. Bila burung lari ke reban jiran dan itek sudah pandai terbang keluar kandang, mereka berhenti memelihara ungas bukan-ayam.

4. Dan saya masih ingat sewaktu saya dalam berpantang berkhatan... ayam-ayam kena penyakit. Setiap hari keluarga makan ayam sakit yang disembelih. Dan saya hanya kecur air liur ajelah... Elok saya lepas pantang, ayam-ayam semuanya sudah disembelih.

5. "Passionate" emak pada ayam peliharaannya berpanjangan sehinggalah emak sudah tidak kuat berjalan kaki. Biasanya selepas pulang dari kerja, emak akan khayal melayan ayam di reban. Terpaksalah saya mengingatkan "Mak dah masuk maghrib ni..." Wonder jika emak pernah berkecil hati pasal ingatan ini.

Monday, January 12, 2009

Wrong Neighborhood IV

1. Kira-kira dua minggu dulu, sebuah kereta with a loud exhaust tiba-tiba parked outside our house dekat-dekat tengah malam. A suspiciously (Indon) looking man came out of the car, started smoking and calling someone on his mobile.

2. Within 15 minutes, another man came in another car. The later joined the earlier man, squatting depan rumah my next door neighbor. Both were seen talking while pointing to several houses including mine.

3. We have never seen those men before. My zaujah switched on our spots lights and alarm (for a while) but they just stayed there. Buat de aje. I then began calling the neighbors to raise alarm. Semua tak jawab. Bet dah tidur. So I left voice messages on their mobiles.

4. Finally Z, a lawyer responded after 0.5 hour. I told him to look out. He did so and was also suspicious of the two men. I asked Z to stand-by (post a look out) so that I could approach those men.

5. I buka pintu depan dan berdiri di situ. Selepas nampak Z telah stand by, I went to the gate to cautiously approach those men. Those men kata tengah tunggu kawan dari Bukit Jelutong yang akan masuk rumah next to jiran depan rumah. I told Z about it but we both decided to keep a watch just to make sure things are OK.

6. Dekat 1 pagi, an Estima with a family came but they all stayed in the car. Tak lama selepas itu, a 1-ton lorry came and parked di driveway rumah tersebut. A Stream juga sampai. Then mereka semua sambil bercakap-cakap keluar masuk ke rumah tersebut.

7. By then jiran depan rumah terbangun dan checked his voice message. He switched on his porch lites and SMSed me “”They are moving furniture hse nxt door. Why at midnite, beats me. Anyway thnks for the message.”

8. Not until yesterday, saya tak berkesempatan berjumpa the new neighbor tersebut. I went to his house several times to undang for majlis tahlil at my house. But failed. Jiran depan rumah volunteered to sampaikan undangan on my behalf.

9. On the tahlil night, I went to his house again to convey the undangan. But no one was at home. Lepas tahlil, my next door neighbor kata ada jumpa dia sewaktu ke rumah kami. He mentioned about the undangan. But the new neighbor kata tak akan pergi “Mana proper jemput through neighbors. Kenapa tak jemput sendiri?”

10. Pelik juga. Pindah tengah malam-pagi buta tanpa notis serta membuat neighbors terjaga, risau dan tidak cukup tidur adalah manis dan proper pula? Anyway, semalam bila berkesempatan bertemunya, saya terpaksa meminta maaf kerana tidak berpeluang mengundangnya sendiri ke rumah saya.