Thursday, January 01, 2009

Childhood IV

1. Ketika saya meninggalkan rumah, Kak Long saya sedang menunggu keputusan SPM. Sudah dikira dewasa.

2. Kebetulan anak sulung saya pun sedang menunggu keputusan SPMnya pada tahun ini. Beberapa tahun lalu, anak Kak Pai (Opie) sudah bernikah sebaik sahaja selesai SPM. Opie kemudiannya masuk UiTM ambil Law. By the time graduate, sudah beranak dua.

3. Semasa menunggu SPM, emak menghantar Kak Long belajar menaip dan trengkas. Anak-anak zaman ini mungkin 3idak tahu apa itu trengkas! Seingat saya Kak Long tidak pernah dihantar belajar menoreh.

4. Saya mengenal erti "kesusahan hidup emak dan abah" sewaktu saya dalam Std 3. Ini akan saya cerita kemudian kerana cerita susah berkebun belum selesai.

5. Di sekeliling rumah pertama kami, abah tanam banyak pokok kelapa. Abah tanam sebagai reserve gula. Kalau ada perang ke tiada bekalan gula sedunia, abah berangan mengambil nira (seperti masa zaman Jepunnya) agar anak-anak tak susah kempunan gula.

6. Saya ingat pokok kelapa pertama yang mula berbuah ialah yang bersebelahan dengan rumah Kiam. Pernah 2-3 kali, abah panjat ambil nira dari pokok tu. Just nak bagi anak merasa bagaimana rasa nira.

7. Abah dan emak sangat bermurah hati. Kalau Mak Long, Mak Mah PJ dan Pak Usu datang akan dibekalkannya kelapa. Mereka adalah adik beradik emak dan abah yang berkereta ketika itu.

8. Bila pokok-pokok kelapa lain berbuah, biasanya penuhlah kereta "waksegan" Mak Mah dan Mak Long setiap kali mereka menziarah kami. Biasanya abah akan sabit dan cop kelapa. Bila kami dah besar dan bertenaga sikit, saya dan kak long menolong sekadar terdaya.

9. Abah pernah buat kopra dari hasil kebun. Saya tak ingat sangat samada dari hasil sekeliling rumah atau kebun Sg Sudah. Abah kopek dan pecahkan kelapa. Emak dan anak-anak (bukan Kak Long seorang) akan menolong mengeluarkan isi kelapa dan menjemurnya di tepi jalan.

10. Abah menjual kopra di kilang minyak di Pt Pecah.

11. Pada saya membuat dan menjual kopra dari hasil kebun ini bukannya berniaga. Ia adalah satu pekerjaan kampung serupa macam Wak Miah menjual getah dan biji koko.

12. Kadang-kadang Mak Mah, jiran pembuat nasi lemak kukus, datang membeli kelapa yang kami kutip (bila gugur) di sekeliling. Biasanya abah akan copkan kelapa. Kalau kebetulan abah tiada di rumah, kak long atau saya tolong copkan. Bila saya meninggalkan rumah, adik saya Ahmad mengambilalih tugas mengcop kelapa.

13. Adakala bila Mak Mah datang tiada kelapa dalam simpanan. Terpaksalah saya menyabit kelapa-kelapa matang. Kak Long tidak pernah menyabit kelapa. Dia tolong kutip.

14. Menyabit kelapa kerja mudah. Yang paling payah ialah untuk menaik dan menegakkan galah sabit. Galah bila rebah, terasa ambat berat untuk ditegakkan. Badan saya tidaklah besar mana. Otot di lengan pun tak sebengkak mana. Biasanya saya akan angkat galah dan meletakkan pangkalnya di satu batang pokok. Kemudian akan angkat galah itu bermula dari bahagian sabit. Pokok sebagai sandaran. Bila galah sudah tegak, barulah senang untuk dibawa menyabit kepala. Kadang-kadang bila miss dahan kelapa dan sudut galah melebihi 30 darjah, hujung bahagian sabit galah akan menjadi berat. Saya yang kecil tak akan terdaya menegakkannya semula "in air". Terpaksalah mengulang prosedur menegakkan galah yang rebah.

15. Menjual kelapa kepada Mak Mah ini, jika difikirkan baik-baik, sebenarnya hanyalah a community service sahaja.

(Bersambung...)

Wednesday, December 31, 2008

Childhood lll

1. Walaupun abah ada beberapa kebun getah, seingat saya, dia tidak pernah membawa atau mengajar anaknya menoreh.

2. Abah ada satu toolbox yang diperbuat dari kayu dan digantung dlm bilik tidurnya. Dalam kotak tersebut ada beberapa barangan yang dilarang anak-anak menyentuh. Antaranya pisau sembelihan, razor, pisau grafting dan pisau toreh. Dia benarkan saya guna pisau sembelihan ketika mengajar saya sembelih ayam i.e. beberapa hari sebelum berangkat ke Seattle in 1980. Suatu penurunan ilmu yang simbolik. Anihnya saya tidak pernah berkesempatan menyembelih ayam sewaktu tinggal di US.


3. Di belakang rumah ada kebun getah tua Cina Bukit Mor. Kebun ini ditoreh Wak Sipan. Beberapa tahun saya (dan mungkin ada beradik lain) memerhatikan bagaimana Wak Sipan menoreh. Dari pendidikan, memerhatikan Wak Sipan mengajar saya menoreh sehingga aras Psikomotor 2 iaitu Set. Sesekali saya melihat bagaimana Sanad menoreh ketika dibawa abah ke kebun. Saya juga memerhatikan bagaimana abang Wahid dan abang Nan mengasah pisau toreh.

4. Dalam perang, colateral damages adalah orang awam. Colateral damages duduk di hadapan atau bersebelahan kebun getah ialah jatuhan buah getah matang. Seperti cluster bombs, biji-biji getah bertaburan di kawasan rumah.

5. Beberapa minggu, biji-biji ini bercambah. Biasanya abah yg menebas. Namun ada kala abah tidak sempat sampai ada beberapa yang terbesar. Ada satu di sebelah rumah, emak guna sebagai sebahagian tiang ampaian. Adalah dalam 4" diameter.

5. Teringin pula saya nak praktik ilmu-ilmu torehan Wak Sipan. Cubaan ini perlu dirancang bila abah atau emak tiada di rumah. Kalau tak, masak saya kena rotan. Dan cubitan emak lagi dahsyat.

6. Peluang terbaik ialah pada hari Sabtu bila abah dan emak berkursus di bandar. Petang baru pulang.

7. Setelah mereka pergi, saya ambil pisau toreh dari toolbox dan lebihan sudu dan cawan getah di dapur. Saya asah pisau toreh, pasang sudu dan cawan. Siap, saya toreh pokok 4" itu. Kak Long ikut mencuba.

8. Selesai bermain menoreh, saya simpan pisau toreh semula supaya tidak diketahuan!

(Bersambung...)

Monday, December 29, 2008

Childhood II

1. Semua kebun abah (pusaka dan yang dibelinya bersama emak) kecuali di Sg Sudah asalnya ditanam pokok getah. Kebun di Sg Sudah ditanam pokok kelapa.

2. Semua (mungkin kecuali di bukit) ditoreh sepupu-sepupu saya dari suatu keluarga. Bertahun-tahun. Yang paling lama ialah Sanad. Janjinya hasil bagi separuh kerana abah keluar benih, baja, cukai dan upah pancah. Dan Sanadlah yang diberi keutamaan sekiranya ada kebun yang getah daranya sudah boleh ditoreh. Torehannya cantik. Pokok baru banyak getah!

3. Biasanya bila mula kerja di kebun getah baru, rajinlah ayah dibayar RM30 sebulan. Selepas tiga-enam bulan, sudah mula liat bayar bahagian hasil abah. Biasanya bila ayah tanya, dijawabnya "Bulan ni banyak kali hujan, Man (Pak Cik)!" "Bulan ni daun luruh, Man!" Dalam setahun, barangkali sekali dua sahaja abah dapat hasilnya.

4. Dan abah yang pemurah, masih terus sabar. Sudahlah tak dapat hasil, abah bayar pula upah pancah dan baja kepadanya. Kadang-kadang abah tambah lagi. Upah bina reban dan baiki atap nipah dapur.

5. Berpuluh tahun abah bersabar. Dan saya berasa sangat hairan melihat rumah sepupu saya itu membesar setiap tahun dan jauh lebih besar dari rumah kami! Tertanya juga dari mana dia dapat wang sedang kebun getah yang ditorehnya selalu "tiada hasil". Dan saya menyedapkan hati "Barangkali dia menang ekor!" Sepupu saya ini di masa muda suka main ekor.

6. Namun beberapa tahun sebelum pencen, abah buat replanting di satu kebun 7 ekar di Pt Jamil. Dia planned betul-betul supaya pokok boleh ditorehnya sendiri sebaik dia pencen. Semasa replanting itu, abah tanam ubi dan beberapa jenis sayur untuk beberapa tahun di kebun itu. Sayur biasanya untuk dimakan sendiri dan disedekah kepada jiran atau saudara mara mana yang sempat.

7. Ubi ada yang abah jual. Biasanya kepada Apek Kiam, jiran lama kami yang telah berpindah dekat pekan. Buat apa ubi itu, tak tahulah kami. Dulu semasa duduk sebelah rumah kami, dia pelihara babi. Harumnya astagha! Kerana itu semua tingkap rumah yang menghadap rumah Kiam ditutup.

8. Cucu Kiam akan datang selepas solat Jumaat. Dia datang naik basikal, brek (basikalnya akan drift di jalan batu kerewil), bunyikan loceng basikal dan berkata "Cikgu, ooooobiiiii!". Selepas memerhatikan beberapa minggu, saya decided untuk mengusik (mengenakan) abah pada satu Jumaat. Semasa kecil, saya ni pandai meniru (imitate) suara orang. Hari itu cucu Kiam tak datang macam biasa. Saya pun ambil basikal "jaguar" abah (supaya kedengaran seperti basikal cucu Kiam), kayuh dan masuk semula ke rumah dengan agak laju. Saya brek dan drift, bunyikan loceng basikal dan berkata ""Cikgu, ooooobiiiii!" sebiji macam yang dibuat cucu Kiam. Abah yang sedang berbaring di ruang tamu, bingkas bangun ke pintu. Kerana tidak melihat cucu Kiam, dia bertanya saya "Mana cucu Kiam tu?".

Dan saya ketawa besar mengatakan "Itu sayalah, Abah!" Dan nasib baik abah boleh ambil joke saya itu. Dia pun tergelak sama sambil berkata "Aku dengar sebiji macam suara cucu Kiam!" Dan abah masih ingat peristiwa lucu itu sehingga sebelum saya ke Wales in 1999.

9. Setelah pokok besar, puas Sanad mengecek abah untuk menoreh pokok-pokok baru itu tapi abah enggan beri.

10. Selepas pencen, abah mula menoreh kebun getah dara itu. Barangkali kerana sudah berpuluh tahun tidak menoreh (sejak berpindah ke Pt Jawa), abah akan demam 3 hari setiap sehari dia keluar menoreh. Jadi abah buat sekerap aja dan tak bangkit buat getah keping. Zaman ini begitulah norma getah ditoreh, untuk dibuat sekerap. Abah telah mendahului zaman. Malangnya masa tu getah sekerap tak setinggi sekarang. Kalau tidak silap saya, hampir setahun dia buat begitu.

11. Sudahnya dapat juga Sanad menoreh. Kalinya abah lebih baik hati. Dia tukar strategi dengan harapan Sanad akan lebih bermotivasi memberi bahagian hasilnya secara lebih konsisten. Perjanjiannya abah ambil 1/3 hasil sahaja. Seperti dulu-dulu, abah hanya dapat hasil untuk beberapa bulan pertama. Lepas tu liatlah nak dapat hasil bahagian abah. Strategi abah tak menjadi!

12. Sudahnya, sebelum saya ke Wales, abah mengambil keputusan tebang pokok-pokok getah dan diganti dengan kelapa sawit.

(Bersambung...)

Sunday, December 28, 2008

Childhood I

1. Kadang-kadang kenangan dan ingatan childhood saya ada yang berbeda dengan Kak Long saya.

2. Benar saya meninggalkan rumah sejak berumur 16 tahun. Tapi itu tidak bermakna saya tidak pernah merasa kesusahan kehidupan sepanjang 16 tahun bersama abah, emak dan keluarga. Malah sejak keluar rumah, saya bekerja keras di sekolah dan universiti untuk pastikan saya senantiasa mendapat kejayaan yang cemerlang. Usaha saya lebih berhasil ketika di universiti.

3. Barangkali kakak dan adik beradik saya tidak tahu bahawa saya kerap dibawa abah menolongnya berkebun di tanah di Pt Jamil (darat atau di bukit) di setiap cuti sekolah.

4. Saya sudah didedahkan dengan kerja perkebunan sejak kecil. Mulanya dari umur sebelum sekolah (4-6 tahun) sebagai pemerhati. Biasanya abah akan pergi di awal pagi. Emak akan membawa saya selepas 9.00 pagi. Kami naik bas Lian Hoe (sekarang sudah tiada) ke Parit Jamil. Dari sana, kami akan berjalan kaki ke Pt Jamil Darat. Biasanya di separuh perjalanan, saya sudah kepenatan dan kehausan. Emak akan mengajak singgah sekejap di rumah Mak Uda untuk secawan teh cair manis buah. Kemudian ke kebun getah abah. Dan biasanya saya akan segera diserang nyamuk kebun getah. Antara adik beradik, saya antara yang paling banyak kali digigit nyamuk kebun getah.

5. Abah ada dua keping tanah di situ. Satu kebun rambutan dan getah serta nurseri pokok getah abah. Abah beli tanah ini. Sekeping lagi adalah tanah pusaka abah dan dikongsi 4 adik-beradik lelakinya yang terakhir (Salikon, Zaidin dan Hasrin). Tanah bahagian abang dan adiknya telah dijual kepada Jusoh, seorang polis. Namun berkat azamnya yang tinggi beliau berjaya membeli kesemua bahagian tanah itu dari Jusoh.

6. Sebelum masuk sekolah, saya jadi pemerhati di nurseri anak getah. Abah menyediakan anak-anak getah kahwin secara sambilan. Mata tunas biasanya diberi RISDA (apa namanya pada masa itu saya tak ingat). Saya rasa abah jual anak-anak benih tu kerana kebun abah tiada yang ditanam semula ketika itu. Barangkali kepada RISDA semuanya. Saya tidak ingat sangat kerana saya masih kecil. Nurseri, kebun getah dan rambutan sudah jadi kebun sawit sekarang. Ia sudah jadi milik adik saya, Adib.

7. Di musim rambutan, abah jual rambutannya kepada Cina jual buah-buah dekat Balai Polis Pt Jawa. Biasanya apek itu akan datang ke rumah mengambil rambutan yang telah dituai abah.

8. Apakah ini dikira berniaga? Tidak tahulah saya. Namun abah menceritakan dia pernah menternak ayam semasa saya belum boleh mengingat (<4 tahun). Beberapa kali (batches) ayamnya diserang penyakit, abah berhenti menternak ayam dalam cubaannya menternak ayam secara komersil. Ini diceritakannya kepada saya bila saya tanya pasal jangkasuhu dalam kotak kayu peralatannya. Pada saya cubaan ini dikira masih bertani.

9. Dan abah pernah bercerita.. Di zaman Jepun, abah tanam padi huma di Pt Jamil, buat gula dari nira kelapa dan dia berniaga pisang sampai ke Lenga berbasikal. Abah beli pisang dari orang kampung. Abah ada sebuah stor dalam tanah untuk peram pisangnya dengan karbait sebelum menjualnya dengan berbasikal. Dia berhenti kerana dua sebab. Pertama, susah nak jual pisang kerana semua orang tak berduit. Kedua, berlaku letupan di stor apabila seorang kakaknya menjengok setor membawa pelita!

10. Saya mula kena merumput mulai Darjah 2. Guna tajak kecil. Seingat saya bermula di kebun getah 1 ekar yang abah beli dari Abangnya Salikon. Kebun ini jadi 2 ekar bila abah beli dari bahagian Mak Uda secara ansuran. (Kebun ini dah jadi kebun Kak Long sekarang). Pokok-pokoknya masih kecil dan abah merumput sendiri di musim cuti sekolah untuk ditabur baja. Bab merumput ni, saya kerap menanya abah kerana keletihan "Sudah (cukup besar)abah?" Dan abah akan terus menjawab "Belum!" sehingga keluasan tak berumput yang cukup besar disiapkan. Pada umur itu, abah akan siap 5-8 pokok untuk setiap pokok yang saya siapkan. Jari jemari meletup (blistered) tu biasalah.

11. Dari Darjah dua sehingga Tingkatan 3, saya kena ikut abah merumput dan membaja di beberapa kebun getah abah. Dua di bukit, satu kebun Adib dan last sekali kebun 7 ekar di Pt Jamil. Sekarang ini semuanya sudah jadi kebun sawit dan telah dibahagi-bahagi kepada kami 4 beradik.

(Bersambung...).

Wednesday, December 24, 2008

Macam Anjing dengan Bayang-Bayang….


1. Semasa di sekolah rendah dulu, ada cerita dalam sebuah buku teks Dewan tentang “Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang!”. Probably cerita itu diambil dari cerita Inggeris “The Dog and The Shadow”. Of late ditukar tajuknya kepada “The Dog and His Reflection”. The latter lebih tepat kerana yang dilihat anjing ialah refeksinya dan bukan bayang-bayang!

2. Awal bulan November, satu penganjur kursus telah berjumpa saya dan berbincang memohon saya menyediakan dan mengajar satu kursus selama dua hari.

3. Saya telah menyediakan kandungan dan modul kursus dua hari itu. Sewaktu perbincangan akhir, saya mencadang seorang rakan dijemput sama. Saya ni bangsa tak suka “kemut” semua. In fact, saya sangat bermurah hati mencadangkan rakan saya mengajar 80% of the course.

4. Kursus tersebut dilaksanakan pada hujung minggu lalu. Kerana komitment tersebut, saya tidak jadi bercuti di Kuching dan hanya berada di sana demi tugas pada 16-19 Disember. Sabtu siap masuk office buat persediaan untuk my 20% part. Hanya selepas jam 3, I found out that my colleague itu pulun keseluruhan modul. Dia kata penganjur minta dia ajar semua, pengajur kata my colleague kabhag I will be in Kuching sepanjang kursus dan dia boleh ajar semua.

5. Siapa yang bercakap benar tidak tahulah saya. But penganjur komplen kat saya, my colleague datang 1 jam lambat.

6. Dan saya teringat, I lost a RM 0.5 million project beberapa tahun lalu kerana the same colleague told my partner that I would be leaving for Australia.

7. May be rakan saya perlu semua untuk kahwinkan anaknya next year!

8. Kebetulan this week, 2 rakan yang baru saya bawa ke dalam projek RM 0.75 juta saya sudah mula mengadakan meeting berasingan dengan the company's MD. Nampaknya they are trying to kick me out even though the project was my idea. Tauke company kebetulan rakan baik saya. Dia pun nak mula syak......

9. Nampaknya orang TAMAK selalu tidak rugi rupanya! Anjing pun dah bertambah bijak.