Wednesday, December 09, 2009

Doa Pecah Perut

Harap-harap bukanlah sebab doa pecah perut Siti Aishah... Ada kawe ambo ghoyak comei lotei sungguh mek amoi ni. Kot-kot ada Haji-haji yang sudi mengambilnya sebagai pengganti atau tambahan...

Semoga TGNA berdoa sampai pecah perut (peribahasa klate bermaksud sunguh-sunguh) agar YB Melor cepat tubit dari penyakit.
_______
Star Esok
Melor assemblyman falls ill in Mecca

KOTA BARU: Melor assemblyman Wan Ismail Wan Jusoh, who is facing a RM3mil munta'ah (alimony) claim from his ex-wife, has fallen ill while performing the haj pilgrimage in Mecca.

Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said he was not sure what the sickness was but prayed for Wan Ismail's recovery so that he could return home as scheduled.

"I got to know about it from my officer yesterday (Tuesday). Wan Ismail is sick in Mecca and he is a bit tired and I pray for his recovery," he told reporters here Wednesday.

Nik Abdul Aziz was asked about Wan Ismail's condition as he was said to have fallen sick and was vomiting in Mecca.

Wan Ismail's former second wife, Siti Aishah Chou Abdullah, 25, from Cambodia has sought RM3mil in alimony in the interest of her welfare and that of their two children under the Kelantan Islamic Family Law Enactment 2002.

Saturday, December 05, 2009

Bidaah?


1. Ramai yang memper-tahankan doa pecah perut TGNA. Mereka mendakwa "pecah perut" bermaksud "sungguh-sungguh hati" dalam bahasa klate.

2. Malaysiakini: "Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.

3. Habis "orang itu" maksud apa pula? Kalau sungguh pecah perut bermaksud sungguh-sungguh hati, maka bukankah sepatutnya di sebut "pecah perut kita"?


4. Juak2 TGNA di cyberspace cuba mengenakan Husam dengan bertanya di mana Husam? Butakah mereka? Lihatlah foto-foto di blog Perisik Rakyat. Merata gambar Husam.Bukankah Husam yang gagah kacak di sisi kanan TGNA di majlis itu? Selimpang We Luv TG cantik di bahu beliau kerana kalau lilit di kopiah takut dikatakan perlekeh serban pula.


5. Setahu saya yang sunnah dan layak dililit di kopiah ialah serban bukannya kain We Luv TG. Malah tok-tok alim pernah mengamuk sakan menegur orang-orang Islam dan bukan Islam melilit serban di leher (dan bukan di kepala) ketika demonstrasi Palestine dan majlis "Rayuan Gaza Palestine". Mereka mendakwa orang-orang yang berbuat begitu memperlekeh serban, sunnah Rasullullah.


Kalau We Luv TG dililit di kopiah maka ianya lebih tinggi murtabatnya dari serban sunnah Rasulullah. Setahu saya di zaman Rasullullah, tiada para sahabat lilit We Luv Rasullullah di kopiah mereka. Ustaz Ismail Kamus kata sebarang innovation adalah bidaah dan bidaah hasanah tidak wujud. Semua bidaah adalah dolalah. Rasullullah murka jika melihat bidaah dilakukan.

Telah berkata : Rukaanah , aku telah mendengar Rasulullah saw berkata : Sesungguhnya perbezaan antara kita dengan Musyrikin ialah memakai serban di atas qalaanis (kopiah). Riwayat Abu Daud 32:4067 dan Imam Tirmizi

6. Siapakah "orang itu"? Kolonel Mat? I don't think TGNA maksudkan Husam sebagai "orang itu". Kelihatan setia walaupun baru keluar sepital katanya!

Almenantuya III


1. Boss SPRM dah mohon pencen hujung tahun ini.

2. Almenan-tuya dah buat annoucement mengundur diri tapi belum hantar surat letak jawatan. Nak tunggu Krismas dulu. Guna delay technique gamaknya.

3. Perut siapalah yang bakal pecah? Tapi janganlah ghairah sangat berdoa kemudharatan untuk orang lain. Kalau TG pun rajin berdoa begini... manalah contoh insan bertaqwa? Hanya tukang sihir sahaja yang kerap mendoakan kemudharatan kepada orang.

4. Many years ago, Fadhil Noor berdoa besar dan ghairah untuk melihat Tun M main tahi (nyanyuk). Tup-tup Fadhil Noor yang dijemput Allah terlebih dahulu.Tun M masih sihat fizik dan minda. Allah Maha Penyayang.

5. Doalah yang baik-baik untuk semua orang.

Wednesday, December 02, 2009

Solat Istikharah

1. TGHA (Malaysiakini hari ini): Penasihat TGNA yang gagal memberikan "nasihat undang-undang dan politik" yang betul sehingga menjerumuskan menteri besar itu dalam kontroversi dakwaan mengamalkan kronisme. (Eh ehhh...Wat happei to Kernal Mat?)

2. TGNA (Malaysiakini):Dulu masa saya lantik beliau, ada penasihat undang-undang, beliau tidak komen apa. Jadi saya lantik.

3. Barangkali ada yang terlupa solat istiharah. Bagus juga terlupa. Jadi tiada yang menyalahkan Allah kerana tidak menunjukkan siratulmustaqim atau komen apa-apa.

4. Biasanya tok-tok alim kerap end their kuliah or speech with... "Yang baik-baik itu semuanya dari Allah. Yang buruk-buruk itu kelemahan saya sendiri." So far belum dengar lagi ayat-ayat ini ...... Anak-anak menulis di blog (sendiri dan Dr Mariah) menyalahkan HM pula.

5. Dan berterusanlah melodi klasik "bangau oh bangau" .... Innalillah.... Dan Zainal Hijau pula melalak "Kita serupa...kita serupa..."

____
Dari perjalanansuci

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah
hatiku dengan takdirMu itu."

Tuesday, December 01, 2009

Ada Ubi Ada Batas I

1. Diam ubi berisi... diam batas membalas? Mungkin akan ada harinya...

2. Kadok yang naik melepasi junjung kan jatuh terkulai juga...