Sunday, April 28, 2013

Mamak Kacang Putih


Hari ini saya terlihat preview kecil ini di MM hari ini. Teringat lagi kempen mengguling Ghafar Baba yang dikaitkan dengan penyakit terminal Tun Mahathir. Ini telah saya post beberapa hari yang lalu. Kebetulan beberapa hari lalu, terkeluar sendiri harapan buruk dari mulut dajjal sendiri ketika berkempen di Segamat. Alhamdulilah, Allah ingin menunjukkan bahawa dajjal tidak pandai mengira dan Tun Mahathir masih sihat pada umur 87 tahun dan bukannya 83.

Saya berharap anak-anak muda tidak terikut-ikut dengan kebiadapan dajjal. Tidak lagi menghormati orang tua yang pernah berjasa dan memberi kekayaan serta nama kepadanya.  In late 70an, pendekatan dajjal ini kelihatan betul-betul islamik serasi dengan jiwa saya. Saya masih ingat ketika beliau memberi ceramahnya selepas pulang dari Iran sebaik sahaja Revolusi Islam menumpaskan Shah Iran. Pakaiannya simple. Baju Melayu dan sandal. Menjadi keinginan semua muslim menjadikan Islam sebagai tonggak negara. Saya pun tak terkecuali sehingga sekarang.

Tetapi wang dan kuasa jelas merubah beliau.  Menipu rakyat semakin kuat. Semakin tua, bertambah teruk perangainya termasuk tabiat mengugut yang semakin menjadi-jadi (menyaman dan memenjara mereka yang menegurnya). Malangnya ramai yang terpedaya terutama anak-anak muda. Anak-anak muda yang tidak berpeluang menjalani kehidupan dari tahun 60an hingga kini. Tidak pernah merasa susah Perang Parang Panjang, Konfrontasi, 13 Mei, Kemerosotan Ekonomi dan lain-lain. Saya berdoa agar Allah memelihara negara kita dan dijauhi dari cengkaman dajjal. Semoga Allah memberi mereka kesedaran supaya tidak mensia-siakan undi dan masa depan mereka dan negara.


____
News Straits Time
Anwar turns ugly with jibe at Dr M


SEGAMAT: DATUK Seri Anwar Ibrahim on Wednesday called on former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to "just die" instead of campaigning for Barisan Nasional.
"Sudah mau mati, dah 83 tahun. Berapa la lama lagi? Kalau dah nak mati, mati saja lah (It's almost time for him to die, at 83 years old. How long more? If you are going to die, just die)," he said at a ceramah in Kampung Abdullah here.
(Dr Mahathir is actually 87 years old.)
Read more: Anwar turns ugly with jibe at Dr M