1. PRU13 is just around the corner. Semoga kita berfikir panjang sebelum membuat pilihan. Kesilapan yang dilakukan walau untuk sepenggal akan menyebabkan kerosakan kepada ugama untuk beberapa generasi akan datang.
2. Saya juga pernah muda. Orang muda secara semulajadi menolak establishment. Semua kebobrokan terhadap pemerintah yang diceritakan "islamists" mudah saya percaya. Ambil secara total tanpa berfikir. Saya penolak establishment tegar berpuluh tahun. Nasib baiklah ketika itu bilangan dan peratus pengundi muda kecil. Negara tidak terjejas dengan ketegaran anti-establishment orang muda era saya.
3. Bagaimanapun situasi ini telah berubah sejak 2008. Orang muda semakin meningkat bilangan dan peratusannya. Malangnya orang muda seperti era saya muda MASIH percaya bulat-bulat fakta yang direka puak oportunis. Trend ini amat membimbangkan saya yang punya anak-anak muda. Untungnya anak-anak saya rajin berfikir dan pandai menimbang fakta dari semua pihak. Mereka tidak jumud dan tertutup minda mereka.
4. I have always menyokong pemerintahan dan pentadbiran negara secara Islam dengan hudud, qisas etc berdasarkan Quran dan Sunnah. Bagaimanapun pengalaman saya di United Kingdom berinteraksi kumpulan Dajal bertopeng ugama banyak mengajar saya berfikir. Kumpulan ini sanggup mereka fitnah kepada sesiapa yang menentang kemungkaran yang mereka lakukan. Dua rakan baik saya dibuang kerja melalui skim ini. Lima tahun mereka tiada perkerjaan, melakukan odd jobs untuk survive kehidupan menyara keluarga di UK dan kemudiannya di Malaysia. Kebetulan Dajal berada di pihak establishment dan menjadi orang yang dekat kepada tampuk pemerintahan. Kekallah saya sebagai pendokong dan pengundi tegar puak yang saya percaya sangat islamik dan berada di jalan yang benar.
5. Dajal dipecat pada 2 September 1998. Apabila puak yang nampak islamik memilih bersekongkol dengan Dajal, saya tersangat keciwa dan melakukan muhasabah diri. Setelah beristiharah, jelas saya perlu terus menolak Dajal dan sesiapa yang bersekongkol dengannya.
6. Of late Allah menunjukkan kepada saya banyak bukti-bukti yang saya telah membuat keputusan yang betul di umur 40. Anihnya di umur itu, Allah mengangkat Muhammad sebagai Rasul terakhir.
7. Satu bukti di mahkamah yang menarik ialah laporan Prof Hany Farid yang mengesahkan 99.9% pelaku dalam satu video adalah Dajal. Hany adalah pelopor forensik video digital dan authoriti utama. Saya sebagai saintis juga, kebarangkalian 99.9% adalah sangat tinggi. Kenapa tidak 100%? Itu menandakan Hany juga beriman dan mempercayai 100% adalah hak Allah.
Malangnya ramai anak muda dan pengikut tegar Dajal mempercayai bahawa video itu adalah palsu dan fitnah besar. Fenomena ini serupa ketika Rasulullah diminta menunjukkan tanda baginda seorang Rasul. Dengan kuasa Allah, bulan terbelah dua dan dicantumkan kembali. Puak musyrikin tetap engkar dan menyatakannya hanyalah "sihir yang nyata". Kisah ini diceritakan dalam Al Qamr 1-3. Kita pula apabila diberikan beberapa bukti yang nyata tetap mengatakan ia "fitnah yang nyata". Anih.
8. Saya masih ingat di tahun 1993 ketika Dajal berkempen menjatuhkan GB. Prof Sidek Baba (antara pejuang Islam) turut berkempen untuk Dajal termasuk berkempen di akademia seantero nusantara. Antara yang masih saya ingat kata-katanya bahawa Dajal memberitahunya bahawa Dr M sedang sakit terminal, kerap pengsan sebelum mesyuarat kabinet, dan umurnya dijangkakan tidak panjang. Beliau seolah memperlekehkan GB bertanya apakah kita mahu GB yang tidak punya wawasan dan pelajaran tinggi jadi PM?
Ternyata maklumat dari Dajal adalah palsu dan merupakan fitnah yang direka-reka. Dr M masih panjang umur dan diizinkan Allah masih sihat. Baru-baru ini, Allah telah membuka hijab kebenaran bagi PSB. PSB pernah ditahan di bawah ISA kerana Dajal. Saya bersyukur saya telah Allah nampakkan Dajal bertahun-tahun lebih awal dari PSB. Teringat saya pada Al Baqarah 42 "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." Allah telah memberi PSB petunjuk yang haq akhirnya. Alhamdulillah PSB sudahnya enggan menyembunyikan kebenaran yang diketahuinya. Dia memilih menolak pluralisme, hak murtad, jualan kalimah Allah, LBGT dsbnya.
9. Dalam Al Baqarah 44 Allah bertanya ".... Maka tidakkah kamu berfikir?" Saya berdoa dan berharap kepada Allah agar anak-anak muda yang sayangkan Islam dan negara diberikan keupayaan berfikir, dapat melihat kebobrokan Dajal yang sedang memusnahkan ummah dan membuat pilihan yang betul di PRU13. Untuk PRU kali ini, saya memohon agar Allah membuka mata dan minta menolak Dajal dan sekutunya. Semoga selepas ini, saudara kita yang islamik dan tertipu Dajal akan berbalik ke panggal jalan dan saya kembali menyertai jemaah Islamiah seperti Ustaz Nasha, Dr Hassan Ali, Dr Ismail Mina, Dr Yusri Mohamad dll yang telah Allah tunjukkan kebenaran. Kita mungkin tidak serasi dengan yang ada. Tapi kita perlu menolak sesuatu yang jauh lebih buruk.