1. Baru-baru ini saya bertemu dengan anak saudara di majlis perkahwinan adik saya. Semasa bertanya khabar, beliau berkata "Dah lama Pak Ngah tak menulis di blog?"
2. Saya terkejut kerana tidak pernah menjangka ada anak saudara generasi muda membaca tulisan saya. Malah saya tidak menjangka ada orang yang membaca tulisan saya. Saya sekadar menjawab "Sibuk sikit. Setakat menulis di FB aje."
3. Anak saudara ini, Amy merupakan anak sulung sepupu saya. Merupakan graduan UiTM. Baru berkahwin.
4. Ibubapanya, Abang Ya dan Kak Nik, tidak berpeluang memasuki universiti (seperti ibubapa saya). Kejayaannya belajar di universiti telah menjadi contoh kepada adik-adiknya. Adiknya yang kedua sedang mengikut program PhD di UiTM juga. Abang Ya memberitahu beliau bercita-cita untuk menjadi seorang profesor. Kejayaan anak-anak di bidang akademik dan kerjaya tentu membanggakan Abang Ya sekeluarga dan kami. Sebaik-baik peninggalan ibubapa ialah memberikan pelajaran yang terbaik kepada anak-anak. Sebaik-baik anak ialah yang mengambil peluang belajar betul-betul. Alhamdullillah anak-anak ini tahu untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada. Abang Ya beruntung mendapat anak-anak yang baik.