Monday, November 16, 2009

Ambil Berkat

1. Saya suka ayat ini "Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat."

2. Sementelah kira-kira 12 tahun yang lalu, seorang kerabat saya revealed sesuatu yang mengejutkan saya. "Kakak ni teringin nak ada anak perempuan setelah mendapat tiga anak lelaki. Ada "orang" beri petua kalau nak anak perempuan kena "curi" seluar dalam seorang budak perempuan belum baligh dan simpan! Jadi kakak "curi" seluar anak perempuan kau (anak sulung saya). Alhamdullillah akhirnya Allah kurniakan kakak anak perempuan. Ni kakak kena beritahulah (minta halalkan?)."

Saya terkedu kerana kami bertiga tidak pernah perasan ada seluar dalam anak yang diciluk kerabat! Tentunya kerabat ini bukan curi tetapi nak ambil berkat (anak perempuan saya). Hmmm selepas dapat dua anak perempuan, tak terfikir oleh saya nak curi spender anak lelakinya. Anak ketiga saya tak sempat kami tahu jantinanya.

Kedua kerabat saya ni dan zaujnya adalah anak ustaz-ustaz (tapi taklah sampai taraf kiyai). Tentulah mahir pasal berkat. Malah zaujnya sekarang kerap diminta membaca khutbah-khutbah raya di surau qariahnya.

3. Now dah terbukti keberkatan anak perempuan sulung saya, sukalah saya hebahkan bahawa kami bersedia menerima tajaan pakej haji (untuk kami berempat) bagi tahun depan atau sebarang tahun akan datang kepada sesiapa-siapa yang berhajat. Tajaan pakej umrah pun boleh kami pertimbangkan. Kot-kot Hj Nash Rahmat 7XX dan lain-lain saudagar besar Sajoha 200 ke berapa ratus atau Dato' 57 nak taja? Untungnya tak akan timbul fitnah kerana saya tidak memegang apa-apa jawatan penting!

p/s Dato' 57 ni anak sepupu saya. Kacau... seorang lagi anak sepupu saya Dato' juga. Dan kedua-dua Dato' ini sepupu.