1. Tulisan saya pasal berkat (seluar dalam) menarik perhatian junior-junior saya di sekolah menengah dulu. More than 33 years ago. Ada yang menanya jika seluar dalam bapa (i.e. saya) berberkat juga.
2. Pertanyaan itu mengingkatkan saya suatu peristiwa semasa di Form 5. Bilik kecil kami terletak betul-betul di bawah surau (asal) di blok B. Blok B ini mengadap Asrama Perempuan dan Dewan Makan. Kalau tak silap, kami berlapan aje yang mendiami bilik itu pada tahun itu iaitu Hj Aminol Huda (orang kuat PAS Johor), Ir Hj Adbul Jalil "Godak" Mohamed (anak Ahmad Jusoh, Sri Maharani Ghazal), saya, Sivanesan, Halim Samsi, Hj Shafie (sudah haji semasa kecil), Said Ahmad dan satu budak Melaka yang saya lupa namanya (dia ni penyenyap sikit!)
Hari Khamis biasanya roomates rajin buat buat laundry. Masa tu Jumaat dan Sabtu cuti sekolah di Johor. Depa sidai spender-spender kat tingkap nako paling bawah menghala asrama perempuan dan padang menonton wayang depan dewan makan kerana ampaian di pantry dah penuh. Malam tu seperti biasa selepas bacaan yassin ada tayangan wayang gambar.
Saya dan sebahagian roomates biasanya menonton dari bilik. Ketika tayangan, saya susun spender-spender tu ke seluruhan bahagian tingkap. Setelah siap, saya on lampu buat sesaat. Riuh penonton! Saya tak pasti samada depa riuh pasal lampu menyala atau ternampak spender-spender tu.
Agaknya excited dengan response penonton, Halim Samsi budak Pontian Form 1 yang menonton di padang bersama mereka naik ke bilik beberapa minit. Dia tanya siapa yang nyalakan lampu tadi. Roomates kata saya. Tak lama kemudian dia menyalakan lampu bilik meniru saya. Dan riuh lagi penonton. Kami di bilik segera memarahi Halim.
Kira-kira 5 minit kemudian, lampu menyala lagi. Penonton menjerit lagi. Kami pun menjerit memarahinya. Rupa-rupanya Mr Khiew, seorang guru dan warden kami, yang menyalakan.
Dia tanya "Siapa yang nyalakan lampu sebentar tadi?" Kami cepat-cepat tunjuk Halim. Halim cepat-cepat menunjuk saya "Abang itu mulakan dulu!" Khiew took a swing at me. Nasib baik sempat saya elak swing hokinya dan sempat menjawab "Tak sengaja menyalakan!" Alhamdullillah dia terima jawapan saya dan tak mengulangi hayunannya... Kalau Cikgu Jalil "Podowae" Ishak, seorang lagi warden, pastilah lembek sayalah dikerjakannya!
3. Selepas memadam lampu, Mr Khiew panggil Jalil Godak. Dia suruh kumpulkan semua spender kami dan hantar bilik dia.
4. Risaulah kami sebilik. You are talking about 1 week punya spender setiap orang! Kalau diserahkan semua, tubelesslah kami ke kelas sehingga termampu beli yang baru!!
5. Alhamdullillah, Jalil Godak panjang akal. Maka dia arah Halim Samsi pergi cari spender-spender lusuh yang jatuh di semua pantri! Dia didenda kerana buka lampu kali kedua as kali pertama kita jawab "tak sengaja ternyala".
Dapat pula si Halim kumpulkan dalam bilangan yang agak munasabah. Esoknya Jalil Godak hantar spender-spender tu kat Khiew.
6. Saya bagi pihak kami sebilik Halim Samsi memohon maaf kepada sesiapa yang terhilang spender pada malam itu. Namun tuan-tuan harus berbangga, kerana berkat menyimpan spender-spender tuan-tuan, Mr Khiew terbuka hati jadi Abdul Malik (sekarang Tuan Haji lagi..). Hebat berkat tuan-tuan!
Just curious, Malik Khiew ada berapa anak lelaki?
p/s Tulisan ini telah membuatkan Said Ahmad mengubungi saya (dalam tulisan asal saya terlupa nama dia dan Hj muda itu). Seorang junior later memaklumkan "...sekurang-kurangnya Malik Khiew ada dua lelaki!". Memang berkatlah seluar dalam ini rupanya!