Sunday, November 29, 2009

Almenantuya II

1. I like this...

2. Sewaktu ARB ditangkap kerana Altantuya, zaujahnya ada berkata zaujnya tidak bercita-cita menjadi PM dan menanya kenapa zaujnya ditahan? Anihnya ARB orang kuat then bakal PM.

3. Selepas Kickdefella dibuang Almenantuya, belum pula dengar keluhan zaujah Pak Sheikh berkata zaujnya tidak bercita-cita menjadi MB dan menanya kenapa zaujnya dibuang? Anihnya Kickdefella orang kuat orang yang tiba-tiba kata dia tak bercita-cita jadi MB.

4. Dan tambah menarik bila zaujah Almenantuya dan ipar Almenantuya tiba-tiba menulis panjang membela Almenantuya yang (soon) terpancung dan Almertuaya serta hentam orang yang tiba-tiba kata dia tak bercita-cita jadi MB dan orang kuatnya!

5. Zaujah Almenantuya dok syak komen-komen kat kickdefella.wordpress adalah semuanya ceritaan tukang karut Kickdefella tapi pakai puppet wayang kulit yang berlainan. I can guarantee that mine is mine and not Kickdefella’s.

6. Almertuaya dah lanjut dan letih… Allah pun dah beri banyak pertunjuk kepadanya dan rakyat jelata seantero Malaya! Hulubalang-hulubalang di peringkat pertengahan pun dah merungut keletihan nak bela Almertuaya dan Almenantuya. Ramai teman-teman pendekar saya dah jadi bisu dan pekak dan buat-buat buta!

7. Allah Maha Kaya! Beberapa bulan yang lalu Almertuaya dok tekan Hj Hadi, Ustaz Nasha, Tok Pa dan Tok Sang Ali.... sampai berdarah mulut (dan masuk IJN). La ni dunia dah terbalik..... Ustaz Nasha pula yang masuk IJN tertekan tengok Almertuaya tertekan!

8. I think Kickdefella or David Teo should turn all these interesting episodes, dramas and subplots into a box office movie or a long mini-series!

Tuesday, November 24, 2009

Dari Jempol ke Manchester

Khas buat mereka yang faham...

1. Projek-projek kelas 5E2 1976 banyak tak menjadi.... Projek-projek awal seperti "Dari ... ke Larkin", "Dari Keluang ke Pt Guntung", "Dari Semerah ke Pt Sulong".... gagal.

2. Projek terakhir "Dari Simpang Renggam ke rumah Pak Kassim" juga gagal sepertimana projek terawal "Dari Semerah ke rumah Pak Kassim" yang terbantut bila hero tukar jodol dan heroin.

3. Sesetengah projek masih kuat dalam ingatan kita.... Ada yang masih terkenang-kenang. Agaknya sebab kegagalan itu, Haji Razak Marzuki buat projek luar kotak "Dari Kota ke ..." dan berjaya. Ohh.... Ada juga projek luar kotak seperti "Dari Lenga ke ....." yang gagal. Projek luar kotak "Dari Pt Jawa ke Melaka" juga terbantut dengan bantahan heroin Larkin dan Hero Munajat.

4. Oleh kerana projek terakhir "Dari Simpang Renggam ke rumah Pak Kassim" pun gagal... Mungkin kita kena tukar strategi kot.... dari segi title...

5. Haji Nasir pun dah beri approval... So kita buat projek jodol terbalik sikit "Dari Tg Agas ke Parit Kassim" pulalah.... ambil berkat titisan airmata TG...! Heroin Tg Agas peminat TG yang setia. Pt Kassim juga peminat TG serta tinggi pengalaman dan kedudukan siasahnya dalam PAS Johor. Tg Agas masih dara. Pt Kassim baharu kemangkatan zaujah keduanya. (Zaujah pertama shahid ketika melahirkan anak mereka).



6. Kalau projek masjid ni jadi.... pahalanya tentu lebih banyak dari derma ke Surau Al Ikhsan.... Ralabu tentu setuju juga. Amin!

7. Sebut penaja... tentu ramai "Nudin Seratus" yang akan volunteer kot!

Monday, November 23, 2009

Almenantuya

1. Pernah seorang pegawai khas diambil ulama jadi menantu. Dan menantu jadi terlalu kuat. Tambah pula bila ulama jadi PM. Rakyat naik menyampah. PRU lalu hampir terbakar negara. Akhirnya ulama terpaksa berundur.

2. Now berlaku lagi ulama ambil menantu jadi CEO syarikat GLC yang dipengerusinya. Menantu jadi kuat. Ulama jadi rabun duniawi. Cakap jadi mengarut of late. Rakyat jadi gelisah.

3. Anihnya TG yang mahu dilucutkan jawatan dulu (sampai berdarah mulut!) yang membantu ulama ini meleraikan kerabunan. Ulama ini akhirnya menyuruh menantu berhenti kerja.

Nampaknya ulama mudah dicong menantu sekular! Kata paku dulang serpih....

Saturday, November 21, 2009

Qurban II


1. Tahun sudah kecoh kes MB Selangor qurban 46 lembu dibiayai GLC negeri.

2. Nampaknya amalan ini tidak berkurangan... malah semakin hebat. Yang ini (dari Utusan) sebanyak 457 pula. Lebih 401. Hebat dalam keadaan ekonomi kini! But bonus tahun ini bagaimana boleh elek Dato' Seri?

Biasanya ke mana-mana kementerian DS pergi, staff naik gaji atau dividen (peneroka Felda). Harapan kami tinggilah "% bonus naik" tahun ini. Kalau PRU tahun ini ..... Arghhhhh Khir Toyo lebih tahu kesannya.

Ambil Berkat 2

1. Tulisan saya pasal berkat (seluar dalam) menarik perhatian junior-junior saya di sekolah menengah dulu. More than 33 years ago. Ada yang menanya jika seluar dalam bapa (i.e. saya) berberkat juga.

2. Pertanyaan itu mengingkatkan saya suatu peristiwa semasa di Form 5. Bilik kecil kami terletak betul-betul di bawah surau (asal) di blok B. Blok B ini mengadap Asrama Perempuan dan Dewan Makan. Kalau tak silap, kami berlapan aje yang mendiami bilik itu pada tahun itu iaitu Hj Aminol Huda (orang kuat PAS Johor), Ir Hj Adbul Jalil "Godak" Mohamed (anak Ahmad Jusoh, Sri Maharani Ghazal), saya, Sivanesan, Halim Samsi, Hj Shafie (sudah haji semasa kecil), Said Ahmad dan satu budak Melaka yang saya lupa namanya (dia ni penyenyap sikit!)

Hari Khamis biasanya roomates rajin buat buat laundry. Masa tu Jumaat dan Sabtu cuti sekolah di Johor. Depa sidai spender-spender kat tingkap nako paling bawah menghala asrama perempuan dan padang menonton wayang depan dewan makan kerana ampaian di pantry dah penuh. Malam tu seperti biasa selepas bacaan yassin ada tayangan wayang gambar.

Saya dan sebahagian roomates biasanya menonton dari bilik. Ketika tayangan, saya susun spender-spender tu ke seluruhan bahagian tingkap. Setelah siap, saya on lampu buat sesaat. Riuh penonton! Saya tak pasti samada depa riuh pasal lampu menyala atau ternampak spender-spender tu.

Agaknya excited dengan response penonton, Halim Samsi budak Pontian Form 1 yang menonton di padang bersama mereka naik ke bilik beberapa minit. Dia tanya siapa yang nyalakan lampu tadi. Roomates kata saya. Tak lama kemudian dia menyalakan lampu bilik meniru saya. Dan riuh lagi penonton. Kami di bilik segera memarahi Halim.

Kira-kira 5 minit kemudian, lampu menyala lagi. Penonton menjerit lagi. Kami pun menjerit memarahinya. Rupa-rupanya Mr Khiew, seorang guru dan warden kami, yang menyalakan.

Dia tanya "Siapa yang nyalakan lampu sebentar tadi?" Kami cepat-cepat tunjuk Halim. Halim cepat-cepat menunjuk saya "Abang itu mulakan dulu!" Khiew took a swing at me. Nasib baik sempat saya elak swing hokinya dan sempat menjawab "Tak sengaja menyalakan!" Alhamdullillah dia terima jawapan saya dan tak mengulangi hayunannya... Kalau Cikgu Jalil "Podowae" Ishak, seorang lagi warden, pastilah lembek sayalah dikerjakannya!


3. Selepas memadam lampu, Mr Khiew panggil Jalil Godak. Dia suruh kumpulkan semua spender kami dan hantar bilik dia.

4. Risaulah kami sebilik. You are talking about 1 week punya spender setiap orang! Kalau diserahkan semua, tubelesslah kami ke kelas sehingga termampu beli yang baru!!

5. Alhamdullillah, Jalil Godak panjang akal. Maka dia arah Halim Samsi pergi cari spender-spender lusuh yang jatuh di semua pantri! Dia didenda kerana buka lampu kali kedua as kali pertama kita jawab "tak sengaja ternyala".

Dapat pula si Halim kumpulkan dalam bilangan yang agak munasabah. Esoknya Jalil Godak hantar spender-spender tu kat Khiew.

6. Saya bagi pihak kami sebilik Halim Samsi memohon maaf kepada sesiapa yang terhilang spender pada malam itu. Namun tuan-tuan harus berbangga, kerana berkat menyimpan spender-spender tuan-tuan, Mr Khiew terbuka hati jadi Abdul Malik (sekarang Tuan Haji lagi..). Hebat berkat tuan-tuan!

Just curious, Malik Khiew ada berapa anak lelaki?

p/s Tulisan ini telah membuatkan Said Ahmad mengubungi saya (dalam tulisan asal saya terlupa nama dia dan Hj muda itu). Seorang junior later memaklumkan "...sekurang-kurangnya Malik Khiew ada dua lelaki!". Memang berkatlah seluar dalam ini rupanya!

Monday, November 16, 2009

Ambil Berkat

1. Saya suka ayat ini "Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat."

2. Sementelah kira-kira 12 tahun yang lalu, seorang kerabat saya revealed sesuatu yang mengejutkan saya. "Kakak ni teringin nak ada anak perempuan setelah mendapat tiga anak lelaki. Ada "orang" beri petua kalau nak anak perempuan kena "curi" seluar dalam seorang budak perempuan belum baligh dan simpan! Jadi kakak "curi" seluar anak perempuan kau (anak sulung saya). Alhamdullillah akhirnya Allah kurniakan kakak anak perempuan. Ni kakak kena beritahulah (minta halalkan?)."

Saya terkedu kerana kami bertiga tidak pernah perasan ada seluar dalam anak yang diciluk kerabat! Tentunya kerabat ini bukan curi tetapi nak ambil berkat (anak perempuan saya). Hmmm selepas dapat dua anak perempuan, tak terfikir oleh saya nak curi spender anak lelakinya. Anak ketiga saya tak sempat kami tahu jantinanya.

Kedua kerabat saya ni dan zaujnya adalah anak ustaz-ustaz (tapi taklah sampai taraf kiyai). Tentulah mahir pasal berkat. Malah zaujnya sekarang kerap diminta membaca khutbah-khutbah raya di surau qariahnya.

3. Now dah terbukti keberkatan anak perempuan sulung saya, sukalah saya hebahkan bahawa kami bersedia menerima tajaan pakej haji (untuk kami berempat) bagi tahun depan atau sebarang tahun akan datang kepada sesiapa-siapa yang berhajat. Tajaan pakej umrah pun boleh kami pertimbangkan. Kot-kot Hj Nash Rahmat 7XX dan lain-lain saudagar besar Sajoha 200 ke berapa ratus atau Dato' 57 nak taja? Untungnya tak akan timbul fitnah kerana saya tidak memegang apa-apa jawatan penting!

p/s Dato' 57 ni anak sepupu saya. Kacau... seorang lagi anak sepupu saya Dato' juga. Dan kedua-dua Dato' ini sepupu.

Saturday, November 14, 2009

Tetamu Allah

1. TGNA kata di Star “I have decided not to go because a newspaper highlighted the story about me accepting the sponsorship and other matters. Although I yearn to carry out my pious duties there, it’s okay. I wish all those going to Mecca to make full use of the opportunity and do good. It’s okay if I am not sponsored. I am not hard-up because I have my own money and the (state) government can also give me money."

2. TGNA kata (Malaysiakini) ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu "Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Quraisy Malaysia"

Ekoran itu Dr Novandri menulis "Nik Aziz Sama Dengan Nabi?".

3. Namun saya teringat pula ucapan seorang penaja buku Travelog Haji di majlis pelancarannya. Penaja memberitahu hadirin bahawa pada tahun itu dia telah diundang Al Malik Saudi untuk mengerjakan haji. Sesampai di Jeddah Airport pada hari ke Arafah(orang sibuk berniaga), sudah tiada sebarang kenderaan dan airport lenggang. Kenderaan Al Malik pun tiada. Misslah dia haji tahun itu dan hanya dapat umrah. Dia menyimpulkan bahawa kalau bukan diterima menjadi tetamu Allah, maka tak dapatlah menunaikan haji walaupun sudah sampai di Jeddah sebagai tetamu Al Malik.

4. Sebut pasal Quraisy....Biasanya Quraisy di Malaysia ini mestilah Syed dan Sheikh dan al-alnya! Apakah Syed Kickdefella, Syed Al Bar dan syed-syed antara Quraisy Malaysia yang dimaksudkan itu?

5. Setahu saya Rasullullah seorang Quraisy juga. Harap tidak timbullah cerita TGNA hina keluarga baginda!

6. Sewaktu mengakui menerima pakej 65K, TGNA ada menyebut "Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat."

Maka agaknya bertuah berkatlah sesiapa yang dapat peruntukan pakej TG itu! Semoga dia dapat menjadi tetamu Allah tahun ini!

Wednesday, November 11, 2009

LabaikaAllahu malabaik....

Minggu lalu beberapa kawan berbincang apakah adil mereka yang berada dan berpeluang menyertai rombongan VIP mengerjakan haji, dapat kemudahan 1st class (yang rate sekarang RM120K tetapi hanya membayar kurang dari rate pakej untuk 2 sebilik? Kami tertanya siapakah yang sebenarnya membayar segala lebihan kemudahan itu seperti khemah istimewa di Arafah dan Mina dengan makanan hebat berhidang etc etc? Penyimpan LUTH yang lain seperti kami?

Tup-tup di Star....

Wednesday November 11, 2009
RM65,000 for haj is not graft, says Nik Aziz

KOTA BARU: PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat deems it all right to accept sponsorship from individuals to perform the haj, saying it is not an act of corruption.

As such, the Kelantan Mentri Besar said he would accept an all-paid-for trip at a cost of RM65,000 borne by an individual for him to go to Mecca on Nov 18, where he is expected to stay for two weeks.

Nik Aziz said he was of the opinion that sponsoring such a trip could not be deemed as a bribe, saying it would only be bribery if the person offering to pay wanted something in return.

He said he had received numerous offers from many people who were willing to pay for the trip.


Kacau....kacau.... Di blog kickdefella terdapat pula pendedahan anak dan menantu pun dapat spoonsor pakej RM65K.... MasyaAllah....

Friday, November 06, 2009

Assalamualaikum Ustaz

1. Sepanjang separuh minggu ini saya menghadiri satu konferensi antarabangsa di PWTC.

2. Satu hari, selepas sessi petang sebelum pulang, saya solat asar di surau PWTC. Sebaik sahaja saya keluar, kelihatan seorang lelaki India separuh umur berkopiah tabligh tersenyum lebar berjalan segera ke arah saya dan menyapa "Assalamualaikum Ustaz!"

"Waalaikumsalam.... Maaf, saya bukan ustaz seperti yang disangka..." Saya tidak memakai kopiah waimah serban atau songkok.

"Saya manalah tahu. Saya saudara baru!" jawabnya lancar dalam loghat Melayu sambil terus tersenyum.

Saya diam dan menjangka ayat-ayat beliau yang seterusnya.

"Saya nak minta sedikit derma....." sengih si India itu.

"Maaf... saya dah terlambat ni.." jawab saya dengan nada tegas dan segera beredar. Dalam hati, bengkak dan marah. Kenapa? Bukan sebab dia panggil saya ustaz. Tapi sebab bau beer yang kuat keluar dari mulut si India itu. Kemungkinannya beer Shah Alam Darul Carlsberg!

3. Kejadian serupa pernah saya alami di Masjid Subang waktu selepas asar juga. At least saudara "baharu" yang telah "beroperasi Islam"nya hampir 10 tahun... tidak berbau beer atau mabuk.Tapi sebab mulut si India tadi berbau beer. Kemungkinnya beer Shah Alam Darul Carlsberg!

Dalam kes ini, seorang jemaah tetap kariah masjid menjerit kepada saya "Jangan beri dia wang!" Beliau kemudiannya menceritakan bahawa si lelaki India 30an yang cukup sifat ini dah hampir 10 tahun berbuat kerja ini. Kariah dah menolong beliau banyak kali termasuk membelikan mesen rumput dsb supaya beliau dapat mencari pendapatan sendiri. Tapi mesen rumput dijual dsb dan masih memilih untuk meminta-minta.