Sunday, November 23, 2008

Wrong Neighborhood III


1. Di Star Metro 22 November 2008 tersiar gambar ini dan berita "Village head accused of building his house on another man's land".

2. Yang menariknya jarak antara sisi bumbung 3 rumah itu lebih kurang 3 kaki sahaja dan pagar dan dinding probably less then 4 feet.

3. Benar juga kata zaujah saya. Jika nak rumah rapat-rapat, baik jadi setinggan atau duduk di "kampung-kampung baru" pinggir bandar atau rumah teres sahaja di mana bumbung berteme bumbung, dinding bertemu dinding.

4. Bos saya juga mengalami nasib yang sama. Beli banglo besar di Jeram. Tup-tup jiran belakang buat extension tanpa mendapat kebenaran Majlis Daerah Sepang dan beliau. Jarak antara dinding baru belakang rumah Pak Haji tu dan pagar belakang bersama hanya 2 kaki. Bumbung khabarnya ngam-ngam atas pagar. Kalau tak ada gutter, pasti air akan mencurah-curah masuk ke kawasan belakang rumah bos. Bos perli Haji tu, kalau saya pun extend macamana tuan buat, pastinya kita boleh buka tingkap dan bersalaman dari rumah masing-masing sahaja.

It is sad jika ada warga banglo bermentaliti setinggan or kampung baru. Lebih malang kalau warga tersebut berasal dari bandar. Namun saya rasa my jiran wants a wooden deck terrace tapi kawasan terhad...

4. Dan atap anjung wooden deck jiran dah siap. Pasang tak simetrikal dengan pintu sliding, atap tak simetrikal dengan tiang yang dibina, baru dua hari atap genting dah melendut di tengah..... Dan kami terpaksa memandangnya dari teres kami.. Sakit mata memandang yang tak simetrikal dan melendut.... Ni kes siapa dengki siapa.....

We are thinking of planting cinnamon trees to tutup the view of the anjung from our terrace.

5. But my family had a good laugh that Friday night mengusik each other dengan "apalah you nak dengki..."!