Friday, November 07, 2008

Negeri Umar Abd Aziz: A Short Ziarah


1. Pagi tadi saya terpaksa bergegas selesai solat subuh ke KLIA. Ada flight 7.30 pagi ke negeri Umar Abd Aziz. Semasa nak boarding terserempak Ustaz Abd Ghani Samsuddin, mantan YDP PUM.

2. Flying business class, buat saya teringat Umar. Ehsan host bayar flight. Masa flight tak perasan pula AGS duduk mana. Masa nak keluar tak nampak pula dia. Barangkali AGS fly economy sehumble Umar.

3. Keluar di Balai Ketibaan, saya pergi ke tandas dahulu. Selesai urusan penting, saya keluar mencari kenderaan host. Tak nampak pun. Yang saya ternampak hanyalah wira putih Pejabat Mufti Pulau Pinang.

4. Setelah lebih 10 minit mencari, saya kembali ke dalam Balai Ketibaan. Belum sempat saya selesai mendail nombor telefon host (bertanyakan pasal kenderaan), terdengar suara seorang lelaki bertanya di belakang saya "Prof......?" Saya menoleh dan mendapati seorang anak muda memegang kertas terpampang nama saya. Saya menjawab "Ya" dan memberi salam.

5. Sewaktu ke Innova host, saya bertanya si pemandu "Baru sampai ke dah lama sampai?" Pemandu berkata "Saya dah sampai tadi. Jumpa this guy. Saya tanya nama prof, dia jawab ya. Semasa dalam kereta, dia asyik bercerita nak pergi jumpa Mufti. Saya jadi pelik. Saya kata saya dari XXX. Saya tanya balik apakah dia prof ..... Baru dia kata bukan. So saya patah balik. Hah itu dia orangnya!"

Rupanya orang itu ialah AGS. (Hairan juga saya... biasanya dia pakai gelaran Sahibus Samahah!) Lantas saya mengusik "Mentang-mentanglah hangpa dapat CM Umar Abd Aziz, hang pun cepat angkut orang yang berkopiah atau songkok putih! Kalau macam ni, lain kali saya datang pakai kopiahlah!"

Tergelak si pemandu. Rupanya dia baru sebulan bekerja dengan host.

6. Bila saya cerita kat host, dia tersengeh berkata "Hang jangan buat lawaklah!!" Bila saya kata ia kejadian betul, dia pun tergelak "Lain kali hang mai, pakai kopiah no!"