Wednesday, November 19, 2008

Wrong Neighborhood II

1. Beberapa jiran saya berebut-rebut mengubahsuai rumah baru mereka. Kebanyakan membuat pengubahsuaian tanpa mendapatkan kelulusan MBSA.

2. Baru-baru ini ada jiran yang telah menerima amaran dari MBSA. MBSA mohon mereka "submit plan" selain dijanjikan denda 20 kali ganda!

3. Dan ada jiran yang memberitahu saya "Ini mestilah ada orang yang melaporkan kepada MBSA!" Bila sudah acap kali dikatakan kepada saya, maka terasalah saya bahawa mereka mengesyaki kami yang membuat kerja itu. Kebetulan a. zaujah lulusan dan mengajar senibina b. zaujah menolong menguruskan kelulusan plan (sebab arkitek yang diupah ARO lembab) c. zaujah bantu urusan CF d. kami tidak melakukan apa-apa pengubahsuaian. Malangnya kami yang kurang berwang disalahanggap begitu!

4. Baru-baru ini jiran sebelah mahu membina a water feature (di pagar bersama) dan anjung di sebelah rumah saya. Aturan MBSA, dia perlu mendapatkan persetujuan saya selain perlu mematuhi beberapa syarat spesifikasi yang telah dilonggarkan.

Jiran mahu membina bumbung anjung sehingga 2 kaki dari pagar bersama. Set back sisi sebenar yang dibenarkan 10 kaki dari pagar. Rumahnya dah dibina cukup-cukup set back itu. Kalau 2 kaki set back dan tak pasang gutter dan hujan lebat, air atap 20 kaki lebar akan masuk ke kawasan kami. Zaujah tak setuju set back 2 kaki "Ni kawasan banglo. Bukan kawasan setinggan nak buat bumbung rapat-rapat. Kalau kita pun buat sampai 2 kaki dari pagar, masyaAllah teruknya serupa kawasan setinggan dan bukannya kawasan perumahan kotaraya terancang! Tanah depannya masih banyak (dari front set back), kenapa tak buat ke depan."

Zaujah mahu tengok dulu pelan. Jiran tak mahu bagi. Tapi jiran hantar borang persetujuan dan merayu-rayu saya tandatangani bagi dia buat set back 2 kaki. Pening saya as kami nak lama berjiran!

Setelah dua hari dan berbincang dengan teman-teman arkiteknya, zaujah setuju t.t. dengan syarat jarak antara pagar dan bumbung tak kurang dari 4 kaki. (Kelonggaran yang boleh ditutup mata dan tidak didenda oleh MBSA ialah 5 kaki.)

Zaujah serahkan sendiri borang persetujuan pagi ini.

5. Sedang saya memandu ke pejabat, jiran saya called mengamuk! "Apalah nak dengki pada saya! Saya buat atas tanah saya sendiri, bukan masuk tanah you. Tanah you masih luas etc etc ..." Kebetulan di kawasan yang dia nak buat extension kami lapangkan dulu sehingga 30 kaki.

"MBSA longgarkan sampai 3 kaki (tapi kena denda 20 kali ganda). Tapi your wife minta lebih dari MBSA. Your wife lebih dari penguatkuasa MBSA etc etc...."

Macam-macam lagi amukannya. Macam-macam semburan. Sempat mengungkit beri tuition kepada anak saya (charge sikit, ajar ikhlas) etc, etc ....

6. Saya relaks dengar aje dan kata "Sabarlah Doc......! It took me dua hari memujuk zaujah untuk sain. Untung juga dia mahu sain. Kita bincang lagi malam ni over teh tarik. Berilah saya salinan peraturan MBSA biar senang saya memujuk zaujah".

7. Tak lama kemudian zaujah called "Saya kena serangan (telefon)!......"

"....... Saya setujulah kurangkan kepada 3 kaki just mengenangkan isterinya a TKCian juga dan baik hati!"

"Alhamdullillah! Buat apalah nak bergaduh..." Kalau tak, saya kena serang dari dua tempat pula.

Kami kira baiklah tak bawa dia ke court kerana pekerjanya tabur simen (ketika plaster pagar) ke rumput karpet baru.. (Baru tabur pasir. Kena simen, jadi konkrit le di sesetengah tempat!). Kalau tak jadilah kes Noraini vs Masitah!

Now saya faham mengapa rakyat Johor begitu sensitif bila Singapura buat land reclaimation dan mula merapati pantai kita!

8. Nasib jiran sayalah.... Jiran sebelah kanan graduate architect with strong principles ikut real by-laws dan jiran sebelah kiri 2 lawyers. All bercakap pakai facts, laws dan by-laws.

9. Hopefully dia boleh compromise dengan "longgaran berdenda" set back 3 kaki. Yang susahnya saya yang tersepit antara jiran dan zaujah!

10. Ralabu dan Sam tentunya lebih faham mengenai set backs dan by-laws ni.