Friday, August 29, 2008

Hikmah Sebuah Kematian

1. Jiran depan rumah berpindah sebaik cuti sekolah baru-baru ini. Jiran ini memang hebat. Selain kereta-kereta hebat dan ada driver, tamannya juga hebat termasuk 30K kolam ikan. Sebelum mereka berpindah, sempat juga saya bertemu si suami. Kerana saya yang mula-mula berpindah ke perumahan baharu ini, saya pun pilah ke dia memperkenalkan diri. Dia buat de aje. Namanya pun dia tak kenalkan. Keciwa juga saya.

Sebelum dan sewaktu baru-baru berpindah, pekerja dan saudara maranya kerap datang dan some parked kereta, van dan lori depan pintu pagar saya. Terkial-kial saya dan zaujah hendak keluar masuk ke rumah. Kalau nak keluar terpaksa, banyak kali "go ahead" and "go astern". Jiran tu dok perhati sahaja di pintu pagarnya. Tidak pula meminta pekerja atau saudara maranya alihkan kereta. Malah kalau saya atau zaujah minta pekerjanya secara baik alihkan sikit kereta, mereka pula bengkeng kat kita "Ada susah sikit aje tapi masih boleh keluar mah!" Bengkak hati zaujah dan saudara mara zaujah saja.

2. Tiba-tiba hari Isnin lalu bila saya pulang ke rumah selepas maghrib, dia berada di luar rumahnya bercakap dengan anak saya yang hendak ke tuition. Sebaik sahaja saya memasuki pagar rumah, dia turut masuk dan memberi salam.

Dengan sugul beliau berkata "Ibu saya baru meninggal dunia Sabtu lalu."

"Innalilliah. ....... Takziah buat saudara sekeluarga."

"Baru Khamis lalu dia berada di rumah baharu. ... ............ . . .......... ......... ......... ...... ....... Bapa mertua pula accident pagi ini. Isteri saya dah balik untuk menziarah... . ...... ....... ... Ni saya nak ke rumah my sister untuk tahlil. Tahlil ke 3 saya nak buat di sini. Saya nak buat pada Khamis malam Jumaat selepas Isyak. Saya nak jemput you sekeluarga ........ ...... ...... ......"

"InsyaAllah! Boleh saya tahu nama saudara?"

"xxxxxxx".

"Sekali takziah untuk saudara sekeluarga! Semoga mertua cepat sembuh!"

Maka kenallah saya siapa nama jiran ini.

3. Dan malam tadi saya dan zaujah menghadiri majlisnya. (Semasa kecil sehingga lepas SMSJ saya musykil kenapa arwah bapa tidak pernah membawa atau mengajar bertahlil. Sekarang saya dah faham maksudnya.)

Selepas yassin dan tahlil, saya makan semeja dengan Haji ARO dari PAS. Sempatlah kami bertanya cerita-cerita politik. Ada jiran yang bertanya kenapa dia nak lawan DSAJ dulu, kenapa dia keluar PKR dan masuk PAS. Banyak yang saya dengar dan diperdengarkan. Dalam hati "Haji ARO ni orang kuat PAS dan bekas orang kuat reformasi dan PKR, tentu boleh dipercayai kata-katanya. Tapi kenapa ada ceritanya serupa cerita Ezam ye?"

Kami balik agak awal sikit. Itupun dekat jam 11. Jiran berkata kat Haji ARO dan perli "Malam Jumaat Tuan Haji!" Kami sama-sama tersenyum!

Maka kenallah zaujah saya siapa nama zaujah jiran ini!

4. Sewaktu bersalaman nak pulang, jiran sempat menanya "Should I minta tuanpunya kereta-kereta yang menghalang di depan pintu pagar you dialihkan?"

"Dah jauh malam ni. Most probably I tak keluar. But kalau ada keperluan kecemasan kena keluar, I will inform you. Takziah dan semoga mertua cepat sembuh. Assalamualaikum." Dalam hati kata "Thank you. Alhamdullillah ada kemajuan dalam kejiranan ini!"