1. Many years ago, Kak Long menegur anak lelaki sulungnya yang mula mengembang. Anaknya menjawab "Apa nak buat mak, dah keturunan!"
2. Benarnya, saya perhatikan di kalangan adik beradik saya kecuali seorang berperut agak buncit termasuk saya. Saya lihat adik-beradik mak saya pun begitu juga. Bapa dan emak sewaktu sihat agak berperut juga.
Mak mertua saya pernah memberitahu berjumpa Kak Long di Sri Medan, beberapa tahun yang lalu. Dia bertanya saya "Kak Long kau mengandung lagikah?" Masa tu saya jawab "Tak dengar khabar pula." But till now, Kak Long belum bersalin-salin lagi.... So perut keturunanlah tu, bukannya mengandung!
So bila zaujah mohon kurangkan perut saya, saya jawab "Dah keturunan!". Saya ni makan tak banyaklah tapi memang susah nak turunkan berat di perut. Kalau saya exercise seperti sebelum mengerjakan haji, hanya berat di pinggul sahaja yang turun. Perut maintained dan seluar mudah terlondeh di pinggul kerana isi-isi di situ sudah berkurangan.
3.
Bilik-bilik anak agak "terasing" dari kompartmen bilik tidur kami. Sesekali setiap pagi sebelum ke pejabat, saya terpaksa memeriksa bilik-bilik mereka untuk memastikan lampu, kipas atau pendingin udara dipadam. Dan biasanya kelihatan baju "kotor" (dan mainan anak bongsu) bertaburan di lantai bilik tidur atau bilik mandi.
Anak-anak ini bila ditegur akan menjawab "Alah bilik tidur Pak Usu lagi teruk dari bilik kami. Ruang dapur Mak Long pun sama....!" Saya biasanya tersenyum dan dalam hati terkata "Udah keturunan......!" Dan fahamlah saya dari keturunan sebelah mana mereka dapat tabiat itu.
Teringat masa baru-baru kahwin.... Zaujah kerap mengadu terpaksa memungut pakaian saya di lantai. Rupanya dah jadi tabiat saya, menanggalkan pakaian di sepanjang perjalanan ke bilik mandi..... So kalau saya hilang, isteri hanya perlu ikut ke mana pakaian saya meninggalkan arah! Setelah ditegur, terbuanglah tabiat tu.
Saya mengharap tabiat menyepah pakaian "kotor" di lantai anak-anak berubah bila pindah rumah... Nampaknya belum lagi.
4. Dan kalau anda ke pejabat saya, akan ternampak banyak fail dan kertas-kertas di meja saya... PA saya pun tak berani mengubah-ubah kedudukan barangan itu..... He he he...