1. Beberapa minggu yang lalu, seorang ustaz jemputan dalam ceramahnya di satu masjid di Parlimen Kota Raja memuji-muji Guan Eng yang memerintah seperti Umar Abd Aziz sperti tinggal di rumah sendiri, naikkan gaji guru KAFA, ganti dan beri pampasan wakaf yang dirampas kerajaan terdahulu etc.....
2. Minggu lalu seorang sahabat saya di Parlimen Carlsberg menghantar e-mail antara lain menyebut perkara yang sama tetapi dengan tambahan cerita Mat Sabu "Eng Guan akan masuk Islam setelah ayahanda mangkat!" (Lihat Bawah) Saya reponded "Benda yang mustaqim perlu disegerakan. Manalah tahu panjang umur Kit Siang, maka berterusanlah malam Guang Eng!" Satu lagi saya tanya dia "Umar dulu naik kuda sendirikah atau kuda kerajaan?" Beliau masih belum jawab.
3. Baru-baru ini, I saw this in Star. Hebat juga "Umar Abd Aziz" ini. Terbang Kelas Ekonomi aja. Seorang sahabat cepat menyebut "Hah inilah "Umar Abdul Aziz Malaysia!"
4. Teringat saya kepada
a. seorang TG MB yang asalnya naik KTM aje ke KL dan guna Benz 200 mata belalang square. Lepas setahun dia beli Benz S500 guna duit kerajaan negeri.
b. seorang TG lagi yang sempat sepenggal jadi MB (sekarang mantan MB dan Ketua Pembangkang) terbang Business Class kalau ke Parlimen dengan duit kerajaan negeri yang diketuainya.
Malah pernah seorang sahabat siap kutuk Rashid Ngah (sebaik BN tewas) hanya terbang ekonomi. "Mu lihat tu, hodoh dan hina dia benar bila dah kalah! Terbang ekonomi aje!" Saya yang terbang Business bersamanya tersengeh aje.
5. Lalu saya ingatkan dia kedua kes itu. Jawab sahabat "Guan Eng baru nak ikut Umar Abd Aziz. TG-TG itu dah lama ikut Rasullullah. Tentulah tinggi sikit mertabatnya!"
"Betul juga!" Tersebut saya.
____
Email sahabat:
Cerita menarik yang saya perolehi dari sahabat2 di Kedah dan Penang...
Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu
rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar
Abdul Aziz.
Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati),
"Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa
dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."
Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu
dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit
rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam
lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan
berbagai2 lagi.
Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya.
Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi
Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk
menjadi Umar Abd Aziz."
Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan
dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd
Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk
rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak
rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....
Balik semula kpd kisah tadi... Dalam sessi soal jawab, ada seorang
hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun
ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara,
antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al
Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2
berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula
dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.....
Bagaimana kita orang Islam?....
Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar
Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak
masih belum Islam."
Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."
Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita ramai2 doakan supaya makbul
niat & hajatnya , insyaAllah.