Wednesday, May 28, 2008

Seorang Ahmad

1. Seharian 25 Mei 2008 saya sibuk bertukang di rumah baru. Lupa pula bawa handphone. Balik rumah hampir 12 malam. Sewaktu hendak tidur, saya nampak ada SMS dari seorang Ahmad "Kat spital ni. Dah 3 ari. Esok keluar kot".

Terkejut besar saya dan terus SMS "MasyaAllah. Sakit apa? Kenapa Long X beritahu?" "sorry X bawa handphone hari ini. Nak tidur baru nampak mesej".

Ahmad tidak menjawab. Barangkali dia tidur.

Saya terus SMS Kak Long saya "Kenapa X dimaklumkan Ahmad dah 3 hari ditahan d hospital? Sakit apa?"

Lama juga baru Kak Long balas. Dah masuk 26 Mei 2008. Agaknya sudah tidur sewaktu terima SMS saya.

"Batu karang. Besuk nak x ray. Nampak dah ok. Kak long antar mlm sabtu.. Jgn bimbang dia kurang minum..Itulah puncanya. Lepas x ray mungkin kena buat keputusan yang lebih penting.."

Saya pun tidur. Siang 26 Mei tried call Ahmad beberapa kali. Tiada jawaban.

Hanya 2 hari selepas itu saya berpeluang bercakap dengan Ahmad. Ahmad adik bongsu saya dan kami hanya empat beradik sahaja. Saya pernah 3 kali mengalami "batu karang". Jadi saya fahamlah kenapa orang yang sedang diserang batu karang tak boleh SMS atau call saya. Tetapi tiada kerabat dekat yang sihat (waimah keletihan) berbuat demikian mengganggu minda saya. Sesungguhnya saya terkilan dan rasa terpinggir tidak diberitahu segera tentang perkara sepenting ini.

Kadang-kadang terfikir pula apakah saya sebahagian dari mereka? Ataukah hilang di mata maka hilang di hati? Barang kali juga kerana saya seorang sahaja yang berada di luar daerah maka perkara sebegini tak penting untuk dimaklumkan kepada saya.

Kekadang saya tertemu saudara mara ketika pulang ke kampung. Ada yang bertanya kenapa tak hadiri majlis perkahwinan sepupu atau anak-anak mereka. Sedangkan saya tak pernah dimaklumkan. Tak penting agaknya.

2. 27 Mei 2008, Ahmad hantar SMS "Keluar wad dah". Alhamdullillah... Saya akan cuba balik kampung dalam bulan ini atau awal Jun.