Wednesday, May 28, 2008

Seorang Ahmad

1. Seharian 25 Mei 2008 saya sibuk bertukang di rumah baru. Lupa pula bawa handphone. Balik rumah hampir 12 malam. Sewaktu hendak tidur, saya nampak ada SMS dari seorang Ahmad "Kat spital ni. Dah 3 ari. Esok keluar kot".

Terkejut besar saya dan terus SMS "MasyaAllah. Sakit apa? Kenapa Long X beritahu?" "sorry X bawa handphone hari ini. Nak tidur baru nampak mesej".

Ahmad tidak menjawab. Barangkali dia tidur.

Saya terus SMS Kak Long saya "Kenapa X dimaklumkan Ahmad dah 3 hari ditahan d hospital? Sakit apa?"

Lama juga baru Kak Long balas. Dah masuk 26 Mei 2008. Agaknya sudah tidur sewaktu terima SMS saya.

"Batu karang. Besuk nak x ray. Nampak dah ok. Kak long antar mlm sabtu.. Jgn bimbang dia kurang minum..Itulah puncanya. Lepas x ray mungkin kena buat keputusan yang lebih penting.."

Saya pun tidur. Siang 26 Mei tried call Ahmad beberapa kali. Tiada jawaban.

Hanya 2 hari selepas itu saya berpeluang bercakap dengan Ahmad. Ahmad adik bongsu saya dan kami hanya empat beradik sahaja. Saya pernah 3 kali mengalami "batu karang". Jadi saya fahamlah kenapa orang yang sedang diserang batu karang tak boleh SMS atau call saya. Tetapi tiada kerabat dekat yang sihat (waimah keletihan) berbuat demikian mengganggu minda saya. Sesungguhnya saya terkilan dan rasa terpinggir tidak diberitahu segera tentang perkara sepenting ini.

Kadang-kadang terfikir pula apakah saya sebahagian dari mereka? Ataukah hilang di mata maka hilang di hati? Barang kali juga kerana saya seorang sahaja yang berada di luar daerah maka perkara sebegini tak penting untuk dimaklumkan kepada saya.

Kekadang saya tertemu saudara mara ketika pulang ke kampung. Ada yang bertanya kenapa tak hadiri majlis perkahwinan sepupu atau anak-anak mereka. Sedangkan saya tak pernah dimaklumkan. Tak penting agaknya.

2. 27 Mei 2008, Ahmad hantar SMS "Keluar wad dah". Alhamdullillah... Saya akan cuba balik kampung dalam bulan ini atau awal Jun.

Tuesday, May 27, 2008

Pizza vs Satay

1. Semalam my wife balik agak lambat selepas Maghrib. I decided to eat out with my kids. My wife was to join us there. Kids nak makan di Treats. On our way, we saw this new outlet di KK, Pizza vs Satay. I suggested we try out this outlest since my youngest daughter has been mentioning about it many times. To my suprise, she insisted to dine di Treats. So kami pergi dah ke Treats. Treats was closed for the evening. My eldest daughter cepat-cepat kata "Alhamdullilah!" and we turned back to PvsS.

2. The lady owner bertudung came to our table. She spoke (English) in a very different accent. Terasa macam pernah dengar this accent many years ago. Memancing perbualan, I asked her "Are you from Sabah?". She said "No. I am local. But I speak Mandarin at home." By then my wife has joined us.

I told her "You look familiar macam my former student." She responded "Are you a lecturer?"
"Yeah."
"I did attend a local university...."

Belum sempat habis, saya tanya "UPM?"
"Yes!"
"Fisheries?"
"Yes!"
"You must be Resh...?"
"Reshmah. How do you know?"
"I was one of your lecturers...."
"Alamak macam mana you can recognise me and I dah lupa my own lecturer? Siapa ni?"

I told her my name. Apparently dia dah lupa as our Faculty has been closed. Told her that we have just started a new department (Fisheries related). She started to recall...

Wonder juga macam mana dia boleh lupa my name. That is my soalan bonus wajib in every final! But I am still proud that she has done well in her business!

3. This is her second "Pizza vs Satay" outlet. Yang pertama di USJ.

4. Teringat pula peristiwa last month, I attended a dinner with Minister Ahmad Zahid Hamidi as the honorable guest. Tiba-tiba a young man tersenyum joined me at my table. He asked me "Kenal lagi saya?" I said "Yes! Rahman Shaik" Boy, he was proud that I remember his name and I was reciprocally proud that a. he still remembers me b. kindly enough to sit beside me during the function and c. he is an "orang kuat menteri".

Semasa kolej dulu adalah orang kuat PMI dan MPP yang kerap bertekak dengan TNC HEP. Rakan sepasukannya dulu adalah MP dan ADUN PKR-PAS sekarang.

Copy Cat

Ahad lalu saya terbaca berita berikut. Interesting juga kerana ia dibuat selepas TGNA berbuat yang serupa beberapa sebelumnya. Namun PM did NOT get "Ayah Pin's selendang" and bunga malai. Dia juga tidak dipimpin Sami Besar.
_____
StarSunday May 18, 2008
Pak Lah makes historic visit to Buddhist temple

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi became only the second Prime Minister to celebrate Wesak Day at the 113-year-old Buddhist Maha Vihara in Brickfields.


Wesak Day visit: Abdullah and Ong being greeted by Sri Dhammaratana upon their arrival at the temple in Brickfields.

Yesterday, Chief High Priest of Malaysia, the Most Venerable K. Sri Dhammaratana, called it a historic moment for the temple, as it had been a long time since the country's first Prime Minister Tunku Abdul Rahman visited the temple in 1967.

Abdullah's presence was confirmed only at the last minute as he had just finished a meeting with the MSC International Advisory Panel.

Thursday, May 08, 2008

Umar Abdul Aziz

1. Beberapa minggu yang lalu, seorang ustaz jemputan dalam ceramahnya di satu masjid di Parlimen Kota Raja memuji-muji Guan Eng yang memerintah seperti Umar Abd Aziz sperti tinggal di rumah sendiri, naikkan gaji guru KAFA, ganti dan beri pampasan wakaf yang dirampas kerajaan terdahulu etc.....

2. Minggu lalu seorang sahabat saya di Parlimen Carlsberg menghantar e-mail antara lain menyebut perkara yang sama tetapi dengan tambahan cerita Mat Sabu "Eng Guan akan masuk Islam setelah ayahanda mangkat!" (Lihat Bawah) Saya reponded "Benda yang mustaqim perlu disegerakan. Manalah tahu panjang umur Kit Siang, maka berterusanlah malam Guang Eng!" Satu lagi saya tanya dia "Umar dulu naik kuda sendirikah atau kuda kerajaan?" Beliau masih belum jawab.


3. Baru-baru ini, I saw this in Star. Hebat juga "Umar Abd Aziz" ini. Terbang Kelas Ekonomi aja. Seorang sahabat cepat menyebut "Hah inilah "Umar Abdul Aziz Malaysia!"

4. Teringat saya kepada

a. seorang TG MB yang asalnya naik KTM aje ke KL dan guna Benz 200 mata belalang square. Lepas setahun dia beli Benz S500 guna duit kerajaan negeri.
b. seorang TG lagi yang sempat sepenggal jadi MB (sekarang mantan MB dan Ketua Pembangkang) terbang Business Class kalau ke Parlimen dengan duit kerajaan negeri yang diketuainya.

Malah pernah seorang sahabat siap kutuk Rashid Ngah (sebaik BN tewas) hanya terbang ekonomi. "Mu lihat tu, hodoh dan hina dia benar bila dah kalah! Terbang ekonomi aje!" Saya yang terbang Business bersamanya tersengeh aje.

5. Lalu saya ingatkan dia kedua kes itu. Jawab sahabat "Guan Eng baru nak ikut Umar Abd Aziz. TG-TG itu dah lama ikut Rasullullah. Tentulah tinggi sikit mertabatnya!"

"Betul juga!" Tersebut saya.
____
Email sahabat:

Cerita menarik yang saya perolehi dari sahabat2 di Kedah dan Penang...

Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu
rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar
Abdul Aziz.

Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati),
"Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa
dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."

Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu
dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit
rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam
lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan
berbagai2 lagi.

Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya.
Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi
Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk
menjadi Umar Abd Aziz."

Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan
dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd
Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk
rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak
rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....

Balik semula kpd kisah tadi... Dalam sessi soal jawab, ada seorang
hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun
ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara,
antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al
Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2
berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula
dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.....

Bagaimana kita orang Islam?....

Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar
Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak
masih belum Islam."

Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."

Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita ramai2 doakan supaya makbul
niat & hajatnya , insyaAllah.

Monday, May 05, 2008

Satu Qiblat Yang Sama 5

Written: 3 May 2008

1. Not long ago, Tun M underwent his second by-pass at IJN. Few days later he got an infection that prolonged his stay at IJN. His daughter Marina called for a multi-faith prayer di rumahnya. Some of my friends "menjerit" and acussed her on not having faith (keyakinan) in Allah and Islam.

2. Today, I saw this picture (TGNA berpimpinan and monks) in the Star. This is something that an UMNO leader will to be too scared to do especially with a selendang which looks similar to what Ayah Pin wore in a ceremony at Batu Caves. I wonder if TGNA is starting to "lose his faith in Allah and Islam"; or he is now more tolerant to other faiths but that of ummah UMNO.

Those who believe (in the Qur'an), and those who follow the Jewish (scriptures), and the Christians and the Sabians,- any who believe in Allah and the Last Day, and work righteousness, shall have their reward with their Lord; on them shall be no fear, nor shall they grieve. Al Baqarah 62



3. Interest-ingly, in "Murujuk Ulama" in February 2008, I showed this picture (PM berpimpin-an).

Hari Orang Makan Gaji

1. Happy Belated Hari Orang Makan Gaji to saya dan sesiapa yang makan gaji. Have been busy during the holidays. I took a leave on May 2. So panjang sikitlah holiday to install DIY wardrobe cabinets, etc di rumah baru.

2. Semalam sempat ke Sg Buluh membeli sedikit pokok2 dan rumput. Somehow the person yang tolong buat landscape melencong melalui Stadium Malawati. Mak Datok.... Banyaknya kereta di sekitar stadium sampai parking di bahu-bahu jalan... Berdondon datang untuk mendengar 5 MB bercerita tentang "Visi Untuk Si Pemakan Gaji".

3. Namun pagi ini saya menjadi hairan menatap foto NST berikut.... Manakah perginya rakyat marhaen tuanpunya ribuan kereta yang saya lihat semalam? Mungkinkah NST doctored foto TGNA ini? Ataukah sebenarnya terlalu sedikit rakyat marhaen yang makan gaji kerana ramai yang jadi tauke?