Wednesday, June 25, 2008

Cerita Botok-Botok

Generasi saya sudah puas makan botok-botok. Malah di antara kami sampai bertahun-tahun dibekalkan botok-botok sewaktu di perantauan. Sewaktu di Seattle, saya pun makan botok-botok. Hidup di kotaraya besar, metabolisme tinggi. Botok-botok sahaja tak cukup. Saya mohon bapa ibu hantar sikit ikan bilis supaya perut saya yang masih berkeroncong boleh didodoi sikit. Malangnya ikan bilis tak pernah sampai. Bapa ibu tak mampu hantar ikan bilis. Mereka sekadar pemungut kupang! Masuk Winter Quarter, saya belajarlah cari cheese part-time. Legalah sikit perut saya. Malah sewaktu last summer di Seattle, saya cari cheese lebih kerap untuk simpanan ke Auburn.

Sampai di Auburn, kuantiti botok-botok bertambah sikit. Metabolisme duduk di bandar kecil turun mendadak. Selesa hidup saya. Cheese simpanan tak tersentuh. Dan saya tidak perlu cari cheese lagi. Setelah 3 bulan menyimpannya, saya bartered cheese dengan a used Toyota KE30. Nasib saya bertambah baik. Saya juga dibekalkan pula pekasam belida. Sesekali saya jamah juga sedikit pekasam tu. Banyaknya saya peram pekasam itu di Malaysia. (Saya kemudiannya bartered dengan komputer, kereta dan wang hantaran.)

Balik Malaysia, saya rajin kutuk tauke botok-botok (barangkali masih kuat sifat anti-establishment yang saya kutip semasa di SMSJ). Saya gelar tauke botok-botok Sang Bobrok, kel*ng etc etc. Pernah bapa saya bertanya ”Botok-botok yang sang bobrok kirim ke US tu sedapkah?” Saya cepat menjawab ”Sedap....!!!!” Tanya bapa lagi ”Tak adakah sedikit rasa syukur di hati kau?” Saya terdiam sat (baru perasan sindiran bapa). Namun saya yang tegar masih benci dan kutuk tauke itu berpuluh-puluh tahun.

Beberapa tahun kemudian saya merantau ke UK. Taklah saya dapat bekalan botok-botok kerana quota saya belum sampai. Untungnya Thatcher bermurah hati bekalkan cheese untuk sekeluarga. Tinggilah sikit mertabat dari rakan-rakan yang makan botok-botok yang kurang cukup khasiatnya. Namun saya dapat juga pekasam seperti mereka. Bedanya mereka bawa pekasam untuk keperluan nutrien mereka dan keluarga, saya peram di kampung! (Adalah sekali saya bartered buat travel ke Europe.) Dan tabiat saya bertambah teruk. Thatcher yang beri cheese pun saya kutuk selain tauke botok-botok. Pada saya cheese dan botok-botok sememangnya hak mutlak saya. Begitulah ketinggiannya taraf kemahiran insaniah EM (mengenang budi) saya.

Only the last few years, saya kurang kutuk tauke botok-botok. Mungkin kerana kuasa jiwa “juang” sudah berkurangan dimakan usia. Atau mungkin kerana kesian melihat si tua itu. Bila zaujah dapat sedikit botok-botok (tak cukup untuk keperluan nutrien sekeluarga) ke Brisbane, saya kata ambillah. Howard tiba-tiba beri saya cheese untuk setahun. Saya pun ikut ke sana. Mewahlah hidup sekeluarga untuk setahun. Selepas tu, kenalah saya balik tangkap ikan kembong untuk dikirim ke sana. Malangnya ringgit merudum bila kilang botok-botok dapat tauke baru. Tak kecukupan, saya pinjam sikit sikit ikan kembong orang. Saya pula makan ikan seluang saja selama 2 tahun. Jenuh juga bertahun mengganti pinjaman ikan kembong! Baru selesai. Lega!!

Baru-baru ini anak seorang kerabat saya yang masih kental jiwa juangnya mendapat tawaran botok-botok (untuk dibawa merantau jauh) dari tauke baru. Pernah seorang sahabat berkata tempat yang paling enak meratah botok-botok ialah di Afrika.

Entah mengapa saya tak berapa berkenan dengan tauke baru ni. Barangkali kerana dia buat ringgit merudum jatuh 50% dan menggagalkan hajat saya membawa pulang Freelander di samping menaikkan cukai import. Saya beli Freelander itu brand new. Mana tak sedih hanya sempat pakai setakat 20K km. Sob sob sob. Rugilah bila kena jual balik. Barangkali benci juga kerana terpaksa berhutang kembong untuk membesarkan anak-anak di St Lucia.

Kerabat saya ni lagi kuat bencinya (walaupun ada kerabat dekat kerja di kilang tauke itu). Malah kerabat saya ini kata tauke baru ni pun bukan sahaja berbau macam ikan busuk teruk malah badan dia macam insang, perut, sirip, tulang dan daging ikan yang teruk reput.

Namun kerabat saya gumbira dan berbangga anaknya dapat botok-botok itu. Kerabat saya ini bukannya nelayan pantai seperti saya. (Ada orang kata kemungkinan besar sebahagian kecil kembong yang saya tangkap tu mungkin tercemar kuprum.) Dia nelayan laut dalam. Merata dunia dia menangkap ikan. Khabarnya kualiti ikan tangkapannya kelas caviar Caspian lagi halalan dan toyibban! Maka hairan ibnu peliklah saya mengapa dia tergamak anaknya dibekalkan botok-botok dari sang bobrok baru. Kalau saya nelayan pantai ni lainlah.

Allah Maha Mengetahui. Panel doktor-doktor mengesahkan anaknya mengidap alahan pada protein ikan kualiti botok-botok. Berderai air mata kerabat di medan ikan bakar sang bobrok. Saya sekeluarga pun tumpang berduka lara. Almaklumlah botok-botok ini memang lazat dan sedap resepi Melayu asli. Kalau ia sejenis sardin kaling, ia adalah kelas Cop Ayam!

Di sebalik alahan itu, tentunya ada banyak hikmahNya untuk sama-sama kita mengambil pengajaran.

Mungkin sudah sampai masanya generasi saya tidak perlu mengharap botok-botok dari sang bobrok untuk diberi kepada anak-anak kami. Saya percaya kerabat saya mampu membekal waimah the best ikan kurau yang terjamin halalan dan toyibban kepada semua anaknya untuk beberapa tahun akan datang walaupun harga diesel dah naik. Tapi khabarnya kerabat saya ini tak guna diesel untuk menangkap ikan! Namun saya nelayan pantai ni masih juga kecur botok-botok. Teringat masa muda-muda meratah botok-botok di Tasik Washington atau di House of Pancake. Anak-anak saya pernahlah dapat jamah sedikit botok-botok emaknya sewaktu berpiknik di South Bank. Taklah kempunan gamaknya mereka. TAPI kalau ada peluang, suka juga saya kalau anak-anak saya dapat botok-botok! Dan saya mengharap-harap sangat ada tauke baru ambil alih kilang itu cepat. Mana tahu kot-kot ada resepi atau perisa baru! Bolehlah saya berkokok ini botok-botok resolusi baru!! Begitulah semakin lemah dan munafiknya iman juang saya!

* AMARAN: CEREKA INI SETAKAT CEREKA. TIADA KENA MENGENA DENGAN SIAPA-SIAPA YANG HIDUP ATAU MATI.

Tuesday, June 24, 2008

Umar Abdul Aziz

Rakan-rakan PAS saya sibuk menjaja dan berkokok tentang kebaikan dan sifat-sifat Umar Abdul Aziz CM Penang. Antaranya pujian yang melambung keengganannya mendiami Rumah Rasmi KM. Namun selepas 100 hari memerintah, saya terlihat gambar ini di Star 22 Jun 2008 dan berita pendiaman Rumah Rasmi CM. Yes Umar!

Sunday, June 08, 2008

Kebobrokan BN



Spilt milk. Passers-by making away with cans of condensed milk after a lorry carrying the goods tipped over while travelling along the Sprint Highway recently. -By Syahirah Mat Saad/The Star

I saw this photo in Star beberapa hari yang lalu. Terasa insaf melihat sebahagian manusia mengambil kesempatan di aras kepayahan orang lain. Lebih malang jika ada orang Islam yang turut berbuat demikian.

Teringat pula saya kepada teman yang asyik bercerita tentang kebobrokan BN. Tetapi apabila sang bobrok memberi biasiswa MARA (yang didakwa polisi asobiyah) kepada anak, dia pulun juga. Sesedap botok-botok, sedap lagi susu manis percuma!

Kg Johan Setia

Sesekali ke Pulau Carey atau Morib, saya akan melalui Jalan Johan Setia. Akan nampak tanah2 terang melaut di sebelah kiri jalan sementara di sebelah kanan rumah-rumah kampung. Biasanya yang mudah dilihat ialah kebun-kebun nanas. Bagaimanapun ada juga perumahan (batu) yang mula naik di situ. Dulu (90s) pernah juga saya jengok di kawasan ini untuk beli rumah tapi tak jadi. Pemaju ada membisik Mid Man ada beli sebidang di situ. MP2 lain pun ada katanya. Benar atau tidak tak tahulah saya.

Sejak mendiami KK ini, pada sesuatu musim setiap tahun akan terbaulah asap pembakaran pada waktu malam. Ingatkan orang-orang "kampung" di Jalan Kebun yang punya angkara. Rupa-rupanya "wong-wong" Johan Setia punya angkara.


Last week saya terbaca berita ini di Star. YB Liz Wong (bukan wong jowo though!), Exco Pelancongan, Halehwal Pengguna dan Alam Sekitar memberi amaran merampas tanah. Setahu saya di situ kebanyakan tanah di situ kepunyaan wak-wak. Kebanyakan wak-wak dah tak larat berkebun. Anak2 kebanyakannya dah berkerja sekurang-kurangnya di kilang-kilang, pegawai kerajaan etc. Alahai kesian juga wak-wak tua di Johan Setia kalau tanah mereka dirampas. YB Dr Maria senyap aja. YB Hassan Ali senyap juga. Wak Khir pun senyap (mungkin tiada tanah di situ). Wak Rahman Palil pun senyap. Wak-wak nak harap siapa?

Wonder jika jihadis BERSIH, PROTES dll sanggup berjuang mempertahankan tanah-tanah orang Islam di situ? Sudikah mereka melakukan ibadah "green" guerrilla farming di situ untuk menyelamatkan tanah-tanah orang Islam yang kepingin di rampas?

Wednesday, May 28, 2008

Seorang Ahmad

1. Seharian 25 Mei 2008 saya sibuk bertukang di rumah baru. Lupa pula bawa handphone. Balik rumah hampir 12 malam. Sewaktu hendak tidur, saya nampak ada SMS dari seorang Ahmad "Kat spital ni. Dah 3 ari. Esok keluar kot".

Terkejut besar saya dan terus SMS "MasyaAllah. Sakit apa? Kenapa Long X beritahu?" "sorry X bawa handphone hari ini. Nak tidur baru nampak mesej".

Ahmad tidak menjawab. Barangkali dia tidur.

Saya terus SMS Kak Long saya "Kenapa X dimaklumkan Ahmad dah 3 hari ditahan d hospital? Sakit apa?"

Lama juga baru Kak Long balas. Dah masuk 26 Mei 2008. Agaknya sudah tidur sewaktu terima SMS saya.

"Batu karang. Besuk nak x ray. Nampak dah ok. Kak long antar mlm sabtu.. Jgn bimbang dia kurang minum..Itulah puncanya. Lepas x ray mungkin kena buat keputusan yang lebih penting.."

Saya pun tidur. Siang 26 Mei tried call Ahmad beberapa kali. Tiada jawaban.

Hanya 2 hari selepas itu saya berpeluang bercakap dengan Ahmad. Ahmad adik bongsu saya dan kami hanya empat beradik sahaja. Saya pernah 3 kali mengalami "batu karang". Jadi saya fahamlah kenapa orang yang sedang diserang batu karang tak boleh SMS atau call saya. Tetapi tiada kerabat dekat yang sihat (waimah keletihan) berbuat demikian mengganggu minda saya. Sesungguhnya saya terkilan dan rasa terpinggir tidak diberitahu segera tentang perkara sepenting ini.

Kadang-kadang terfikir pula apakah saya sebahagian dari mereka? Ataukah hilang di mata maka hilang di hati? Barang kali juga kerana saya seorang sahaja yang berada di luar daerah maka perkara sebegini tak penting untuk dimaklumkan kepada saya.

Kekadang saya tertemu saudara mara ketika pulang ke kampung. Ada yang bertanya kenapa tak hadiri majlis perkahwinan sepupu atau anak-anak mereka. Sedangkan saya tak pernah dimaklumkan. Tak penting agaknya.

2. 27 Mei 2008, Ahmad hantar SMS "Keluar wad dah". Alhamdullillah... Saya akan cuba balik kampung dalam bulan ini atau awal Jun.