Generasi saya sudah puas makan botok-botok. Malah di antara kami sampai bertahun-tahun dibekalkan botok-botok sewaktu di perantauan. Sewaktu di Seattle, saya pun makan botok-botok. Hidup di kotaraya besar, metabolisme tinggi. Botok-botok sahaja tak cukup. Saya mohon bapa ibu hantar sikit ikan bilis supaya perut saya yang masih berkeroncong boleh didodoi sikit. Malangnya ikan bilis tak pernah sampai. Bapa ibu tak mampu hantar ikan bilis. Mereka sekadar pemungut kupang! Masuk Winter Quarter, saya belajarlah cari cheese part-time. Legalah sikit perut saya. Malah sewaktu last summer di Seattle, saya cari cheese lebih kerap untuk simpanan ke Auburn.
Sampai di Auburn, kuantiti botok-botok bertambah sikit. Metabolisme duduk di bandar kecil turun mendadak. Selesa hidup saya. Cheese simpanan tak tersentuh. Dan saya tidak perlu cari cheese lagi. Setelah 3 bulan menyimpannya, saya bartered cheese dengan a used Toyota KE30. Nasib saya bertambah baik. Saya juga dibekalkan pula pekasam belida. Sesekali saya jamah juga sedikit pekasam tu. Banyaknya saya peram pekasam itu di Malaysia. (Saya kemudiannya bartered dengan komputer, kereta dan wang hantaran.)
Balik Malaysia, saya rajin kutuk tauke botok-botok (barangkali masih kuat sifat anti-establishment yang saya kutip semasa di SMSJ). Saya gelar tauke botok-botok Sang Bobrok, kel*ng etc etc. Pernah bapa saya bertanya ”Botok-botok yang sang bobrok kirim ke US tu sedapkah?” Saya cepat menjawab ”Sedap....!!!!” Tanya bapa lagi ”Tak adakah sedikit rasa syukur di hati kau?” Saya terdiam sat (baru perasan sindiran bapa). Namun saya yang tegar masih benci dan kutuk tauke itu berpuluh-puluh tahun.
Beberapa tahun kemudian saya merantau ke UK. Taklah saya dapat bekalan botok-botok kerana quota saya belum sampai. Untungnya Thatcher bermurah hati bekalkan cheese untuk sekeluarga. Tinggilah sikit mertabat dari rakan-rakan yang makan botok-botok yang kurang cukup khasiatnya. Namun saya dapat juga pekasam seperti mereka. Bedanya mereka bawa pekasam untuk keperluan nutrien mereka dan keluarga, saya peram di kampung! (Adalah sekali saya bartered buat travel ke Europe.) Dan tabiat saya bertambah teruk. Thatcher yang beri cheese pun saya kutuk selain tauke botok-botok. Pada saya cheese dan botok-botok sememangnya hak mutlak saya. Begitulah ketinggiannya taraf kemahiran insaniah EM (mengenang budi) saya.
Only the last few years, saya kurang kutuk tauke botok-botok. Mungkin kerana kuasa jiwa “juang” sudah berkurangan dimakan usia. Atau mungkin kerana kesian melihat si tua itu. Bila zaujah dapat sedikit botok-botok (tak cukup untuk keperluan nutrien sekeluarga) ke Brisbane, saya kata ambillah. Howard tiba-tiba beri saya cheese untuk setahun. Saya pun ikut ke sana. Mewahlah hidup sekeluarga untuk setahun. Selepas tu, kenalah saya balik tangkap ikan kembong untuk dikirim ke sana. Malangnya ringgit merudum bila kilang botok-botok dapat tauke baru. Tak kecukupan, saya pinjam sikit sikit ikan kembong orang. Saya pula makan ikan seluang saja selama 2 tahun. Jenuh juga bertahun mengganti pinjaman ikan kembong! Baru selesai. Lega!!
Baru-baru ini anak seorang kerabat saya yang masih kental jiwa juangnya mendapat tawaran botok-botok (untuk dibawa merantau jauh) dari tauke baru. Pernah seorang sahabat berkata tempat yang paling enak meratah botok-botok ialah di Afrika.
Entah mengapa saya tak berapa berkenan dengan tauke baru ni. Barangkali kerana dia buat ringgit merudum jatuh 50% dan menggagalkan hajat saya membawa pulang Freelander di samping menaikkan cukai import. Saya beli Freelander itu brand new. Mana tak sedih hanya sempat pakai setakat 20K km. Sob sob sob. Rugilah bila kena jual balik. Barangkali benci juga kerana terpaksa berhutang kembong untuk membesarkan anak-anak di St Lucia.
Kerabat saya ni lagi kuat bencinya (walaupun ada kerabat dekat kerja di kilang tauke itu). Malah kerabat saya ini kata tauke baru ni pun bukan sahaja berbau macam ikan busuk teruk malah badan dia macam insang, perut, sirip, tulang dan daging ikan yang teruk reput.
Namun kerabat saya gumbira dan berbangga anaknya dapat botok-botok itu. Kerabat saya ini bukannya nelayan pantai seperti saya. (Ada orang kata kemungkinan besar sebahagian kecil kembong yang saya tangkap tu mungkin tercemar kuprum.) Dia nelayan laut dalam. Merata dunia dia menangkap ikan. Khabarnya kualiti ikan tangkapannya kelas caviar Caspian lagi halalan dan toyibban! Maka hairan ibnu peliklah saya mengapa dia tergamak anaknya dibekalkan botok-botok dari sang bobrok baru. Kalau saya nelayan pantai ni lainlah.
Allah Maha Mengetahui. Panel doktor-doktor mengesahkan anaknya mengidap alahan pada protein ikan kualiti botok-botok. Berderai air mata kerabat di medan ikan bakar sang bobrok. Saya sekeluarga pun tumpang berduka lara. Almaklumlah botok-botok ini memang lazat dan sedap resepi Melayu asli. Kalau ia sejenis sardin kaling, ia adalah kelas Cop Ayam!
Di sebalik alahan itu, tentunya ada banyak hikmahNya untuk sama-sama kita mengambil pengajaran.
Mungkin sudah sampai masanya generasi saya tidak perlu mengharap botok-botok dari sang bobrok untuk diberi kepada anak-anak kami. Saya percaya kerabat saya mampu membekal waimah the best ikan kurau yang terjamin halalan dan toyibban kepada semua anaknya untuk beberapa tahun akan datang walaupun harga diesel dah naik. Tapi khabarnya kerabat saya ini tak guna diesel untuk menangkap ikan! Namun saya nelayan pantai ni masih juga kecur botok-botok. Teringat masa muda-muda meratah botok-botok di Tasik Washington atau di House of Pancake. Anak-anak saya pernahlah dapat jamah sedikit botok-botok emaknya sewaktu berpiknik di South Bank. Taklah kempunan gamaknya mereka. TAPI kalau ada peluang, suka juga saya kalau anak-anak saya dapat botok-botok! Dan saya mengharap-harap sangat ada tauke baru ambil alih kilang itu cepat. Mana tahu kot-kot ada resepi atau perisa baru! Bolehlah saya berkokok ini botok-botok resolusi baru!! Begitulah semakin lemah dan munafiknya iman juang saya!
* AMARAN: CEREKA INI SETAKAT CEREKA. TIADA KENA MENGENA DENGAN SIAPA-SIAPA YANG HIDUP ATAU MATI.