Monday, November 16, 2009

Ambil Berkat

1. Saya suka ayat ini "Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat."

2. Sementelah kira-kira 12 tahun yang lalu, seorang kerabat saya revealed sesuatu yang mengejutkan saya. "Kakak ni teringin nak ada anak perempuan setelah mendapat tiga anak lelaki. Ada "orang" beri petua kalau nak anak perempuan kena "curi" seluar dalam seorang budak perempuan belum baligh dan simpan! Jadi kakak "curi" seluar anak perempuan kau (anak sulung saya). Alhamdullillah akhirnya Allah kurniakan kakak anak perempuan. Ni kakak kena beritahulah (minta halalkan?)."

Saya terkedu kerana kami bertiga tidak pernah perasan ada seluar dalam anak yang diciluk kerabat! Tentunya kerabat ini bukan curi tetapi nak ambil berkat (anak perempuan saya). Hmmm selepas dapat dua anak perempuan, tak terfikir oleh saya nak curi spender anak lelakinya. Anak ketiga saya tak sempat kami tahu jantinanya.

Kedua kerabat saya ni dan zaujnya adalah anak ustaz-ustaz (tapi taklah sampai taraf kiyai). Tentulah mahir pasal berkat. Malah zaujnya sekarang kerap diminta membaca khutbah-khutbah raya di surau qariahnya.

3. Now dah terbukti keberkatan anak perempuan sulung saya, sukalah saya hebahkan bahawa kami bersedia menerima tajaan pakej haji (untuk kami berempat) bagi tahun depan atau sebarang tahun akan datang kepada sesiapa-siapa yang berhajat. Tajaan pakej umrah pun boleh kami pertimbangkan. Kot-kot Hj Nash Rahmat 7XX dan lain-lain saudagar besar Sajoha 200 ke berapa ratus atau Dato' 57 nak taja? Untungnya tak akan timbul fitnah kerana saya tidak memegang apa-apa jawatan penting!

p/s Dato' 57 ni anak sepupu saya. Kacau... seorang lagi anak sepupu saya Dato' juga. Dan kedua-dua Dato' ini sepupu.

Saturday, November 14, 2009

Tetamu Allah

1. TGNA kata di Star “I have decided not to go because a newspaper highlighted the story about me accepting the sponsorship and other matters. Although I yearn to carry out my pious duties there, it’s okay. I wish all those going to Mecca to make full use of the opportunity and do good. It’s okay if I am not sponsored. I am not hard-up because I have my own money and the (state) government can also give me money."

2. TGNA kata (Malaysiakini) ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu "Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Quraisy Malaysia"

Ekoran itu Dr Novandri menulis "Nik Aziz Sama Dengan Nabi?".

3. Namun saya teringat pula ucapan seorang penaja buku Travelog Haji di majlis pelancarannya. Penaja memberitahu hadirin bahawa pada tahun itu dia telah diundang Al Malik Saudi untuk mengerjakan haji. Sesampai di Jeddah Airport pada hari ke Arafah(orang sibuk berniaga), sudah tiada sebarang kenderaan dan airport lenggang. Kenderaan Al Malik pun tiada. Misslah dia haji tahun itu dan hanya dapat umrah. Dia menyimpulkan bahawa kalau bukan diterima menjadi tetamu Allah, maka tak dapatlah menunaikan haji walaupun sudah sampai di Jeddah sebagai tetamu Al Malik.

4. Sebut pasal Quraisy....Biasanya Quraisy di Malaysia ini mestilah Syed dan Sheikh dan al-alnya! Apakah Syed Kickdefella, Syed Al Bar dan syed-syed antara Quraisy Malaysia yang dimaksudkan itu?

5. Setahu saya Rasullullah seorang Quraisy juga. Harap tidak timbullah cerita TGNA hina keluarga baginda!

6. Sewaktu mengakui menerima pakej 65K, TGNA ada menyebut "Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat."

Maka agaknya bertuah berkatlah sesiapa yang dapat peruntukan pakej TG itu! Semoga dia dapat menjadi tetamu Allah tahun ini!

Wednesday, November 11, 2009

LabaikaAllahu malabaik....

Minggu lalu beberapa kawan berbincang apakah adil mereka yang berada dan berpeluang menyertai rombongan VIP mengerjakan haji, dapat kemudahan 1st class (yang rate sekarang RM120K tetapi hanya membayar kurang dari rate pakej untuk 2 sebilik? Kami tertanya siapakah yang sebenarnya membayar segala lebihan kemudahan itu seperti khemah istimewa di Arafah dan Mina dengan makanan hebat berhidang etc etc? Penyimpan LUTH yang lain seperti kami?

Tup-tup di Star....

Wednesday November 11, 2009
RM65,000 for haj is not graft, says Nik Aziz

KOTA BARU: PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat deems it all right to accept sponsorship from individuals to perform the haj, saying it is not an act of corruption.

As such, the Kelantan Mentri Besar said he would accept an all-paid-for trip at a cost of RM65,000 borne by an individual for him to go to Mecca on Nov 18, where he is expected to stay for two weeks.

Nik Aziz said he was of the opinion that sponsoring such a trip could not be deemed as a bribe, saying it would only be bribery if the person offering to pay wanted something in return.

He said he had received numerous offers from many people who were willing to pay for the trip.


Kacau....kacau.... Di blog kickdefella terdapat pula pendedahan anak dan menantu pun dapat spoonsor pakej RM65K.... MasyaAllah....

Friday, November 06, 2009

Assalamualaikum Ustaz

1. Sepanjang separuh minggu ini saya menghadiri satu konferensi antarabangsa di PWTC.

2. Satu hari, selepas sessi petang sebelum pulang, saya solat asar di surau PWTC. Sebaik sahaja saya keluar, kelihatan seorang lelaki India separuh umur berkopiah tabligh tersenyum lebar berjalan segera ke arah saya dan menyapa "Assalamualaikum Ustaz!"

"Waalaikumsalam.... Maaf, saya bukan ustaz seperti yang disangka..." Saya tidak memakai kopiah waimah serban atau songkok.

"Saya manalah tahu. Saya saudara baru!" jawabnya lancar dalam loghat Melayu sambil terus tersenyum.

Saya diam dan menjangka ayat-ayat beliau yang seterusnya.

"Saya nak minta sedikit derma....." sengih si India itu.

"Maaf... saya dah terlambat ni.." jawab saya dengan nada tegas dan segera beredar. Dalam hati, bengkak dan marah. Kenapa? Bukan sebab dia panggil saya ustaz. Tapi sebab bau beer yang kuat keluar dari mulut si India itu. Kemungkinannya beer Shah Alam Darul Carlsberg!

3. Kejadian serupa pernah saya alami di Masjid Subang waktu selepas asar juga. At least saudara "baharu" yang telah "beroperasi Islam"nya hampir 10 tahun... tidak berbau beer atau mabuk.Tapi sebab mulut si India tadi berbau beer. Kemungkinnya beer Shah Alam Darul Carlsberg!

Dalam kes ini, seorang jemaah tetap kariah masjid menjerit kepada saya "Jangan beri dia wang!" Beliau kemudiannya menceritakan bahawa si lelaki India 30an yang cukup sifat ini dah hampir 10 tahun berbuat kerja ini. Kariah dah menolong beliau banyak kali termasuk membelikan mesen rumput dsb supaya beliau dapat mencari pendapatan sendiri. Tapi mesen rumput dijual dsb dan masih memilih untuk meminta-minta.

Friday, October 30, 2009

Ngombay?

Rumah saya berada di pinggir kampung-kampung di Jalan Kebun. Pagi ini saya ke Warong Yazid untuk membeli sarapan. Lontong sambal sotong. Pagi-pagi minggu begini terdapat banyak kereta-kereta mewah Jepun di warong ini. Lebih menarik kebanyakan mereka berbual-bual dalam bahasa Jawa.

Ketika terpacak menunggu si penjual membungkus lima lontong (satu untuk pencuci rumah yang datang setiap Sabtu), seorang dari pengunjung tersenyum dan menegur "Ngombay?"
Saya jawab "Yo yo!"

Saya bilang kat penjual wanita itu..."Agaknya kalau saya kerap bersembang di warong ni, boleh pandai juga saya berbahasa jawa...!"

"Kakak ipar saya orang Kedah. Dia dah fasih bahasa Jawa... Boleh faham tapi gagap-gagap nak jawab balik!"

Sementelah siap lontong dibungkus, saya bersalaman dengan lelaki yang menegur saya. Dia berkata..."Ngombay....?"
Saya tunjuk isyarat tidak.
"Kabare?"
"Ye waras"
"@#%&*#@*&%&%$#@)*&^%$#@*&^%@#$%^&*....*&^%$#)@"
Saya pun terus pening dan menjawab "Maaf, aku ora iso ngomong Jowo..."
Terkejut lelaki itu. Saya bagi salam dan beredar!

Barangkali lepas pencen, elok saya lepak kat warong ni belajar bahasa jawa.