Saturday, December 06, 2008

Zulhijah II

1. Today a year ago, my wife and I were in Arafah.

2. Met my cousin, Zaaba and my former classmate, Jamal K there among the millions pilgrims. Luarbiasa.

3. That evening, we left for Muzalifah to spent some time there and collect the jumrat stones. We were supposed to leave after midnight and way before Subuh for Mina. Things (dedicated buses for Malaysian pilgrims) ran smoothly till just before Subuh. KT78 buses stopped coming by 3.30 am. One arrived at 8.30 am but was already full with Chinese pilgrims. The weather was hot and we saw a red sand storm lurking in the vicinity (several km away). With no shades, drinks and breakfast, I pity those elderly pilgrims. Finally two buses came at 9.30 am and we quickly hopped in one. Men had to stand to allow the female pilgrims to seat.

4. The bus had to travel along a basically crawling traffic. By the time we reached Mina, it was almost 2 pm. I have already had a mild heat stroke! We were left with some rice and gravy. No more protein. Nevertheless, we were still grateful to Allah. I had been informed that some pilgrims were still stuck in Muzalifah.

5. Alhamdullillah, I managed to recuperate. By midnight (after throwing the jumrat an hour before the midnight), my wife and I joined many others walking back to Mecca. I met Zaaba and Jamal K again during the walk. It was an unforgetable experience.

6. By the time we reached Mecca, it was around 2 am. My wife and I decided to sleep first (at our hotel) and performed the tawaf after Subuh prayer. I stopped to shave my head on the way to the hotel.

7. After 'Asr, we took a van to Mina, threw the jamrats and spent a night in Mina. After Subuh, we threw out last jamrats and took a van back to Mecca and completed our haj.

Yang Bernama Aizam


1. Aizam adalah guru dan rakan baik. Kami menjadi rapat ketika sama-sama belajar di Wales. Malahan beliau, sebagai ketua jabatan saya, yang bertanggungjawab dan berkeras mencalonkan saya sebagai calon fakulti untuk biasiswa Commonwealth. Alhamdullillah dari 3 calon yang dicalonkan universiti, saya dipilih oleh ACU, UK.

2. Bagaimanapun nasibnya kurang baik, dia tidak berkesempatan menyelesaikan pengajian PhDnya.

3. Beliau pernah bertugas di kampus cawangan kerana merajuk. Tetapi apabila saya mengajaknya kembali ke kampus utama, beliau sudi.

4. Namun beliau adalah guru yang sangat komited dalam kerjanya. Apabila beliau diberi kontrak 1 tahun, selepas bersara, beliau merajuk lagi. Kami pun terkejut dengan jangkamasa kontrak yang diterimanya. Selesai kontrak, dia pergi universiti lain. Universiti itu menjanjikan jawatan profesor madya tetapi gagal berbuat demikian. Selesai kontrak, rupanya dia merajuk dan kembali bertugas di kampus cawangan. Beliau jadi seorang ketua jabatan lagi. Seorang yang komited.

5. Raya Puasa baru-baru ini saya bertandang di rumah terbukanya di Subang Jaya.

6. Kira-kira 1.5 bulan yang lepas, saya bertembung beliau di jabatan kami. Kebetulan beliau ada mesyuarat di kampus utama dan mengambil kesempatan menziarah kami. Makin kurus dan kacak. Dengan pakaian kemas dan bertali leher (suatu yang lama saya tidak lihat), saya mengusiknya "Wah makin handsome, nampak macam Jefridin!"

7. Tiga minggu lalu, saya diberitahu Dekannya bahawa beliau di ICU. Apa sakitnya tak dinyatakan. Terkejut, saya segera SMS rakan-rakan di jabatan.

8. Dengan kuasa Allah, mereka semua telah menziarahi beliau. Malangnya bila saya bercadang menziarahinya, saya terdemam atau ada kecemasan kerja. For the last 3 weeks, saya asyik demam, baik, demam, baik sahaja.

9. Saya hanya mendengar berita dari rakan-rakan tadi. Khabarnya teruk. Terpaksa dibantu pernafasannya.

10. Semalam saya turun ke jabatan. Terjumpa Mustafa. Dan Mustafa menyergah saya "Hang seorang sahaja yang belum menziarahnya!".

11. Dan pagi ini saya berkesempatan ke SMC (Bosan tunggu zaujah yang banyak alasan, saya pergi sendirian). Teman-teman memberitahu dia masih di CCU. Sampai di CCU, saya diberitahu telah lama ke ward. Bila disemak, misi memberitahu "Dia akan check out hari ini! Encik pergi Wad 308, mudah-mudahan dia belum balik!"

12. Saya bersegera ke bilik 308. Apabila ketuk dan buka, nampak Idiya (anak dara Aizam). Idiya memanggil ibunya, Kak Rohaya. Kak Rohaya mengajak masuk menziarah Aizam. Alhamdulillah sampai hanjat saya menemuinya.

13. Ternyata beliau terlalu kurus dan kekurangan daging. Beliau baru 61 tahun. Saya terkejut! Rupanya beliau telah kurang selera sejak beberapa bulan kerana shingle yang menjengahnya telah menyerang sarafnya. Namun beliau sudah boleh bercakap tetapi suaranya masih lemah dan dalam.

14. Namun beliau risau dengan bil rawatannya. Masuk wad HCU pada mulanya, SMC dan minta deposit 10K.

4. Mudah-mudahan beliau akan sembuh segera.

Tosei dan Roti Telur

1. Pagi-pagi saya diharuk zaujah supaya membeli sabun serbuk yang diminta pencuci rumah. Pencuci ni datang setiap hari Sabtu untuk mencuci rumah kami. Dan dia gemar mengguna sabun serbuk instead bathroom cleaner. Yang peliknya zaujah saya akur.

2. Sementara menunggu Econsave dibuka, saya membeli 5 keping tosei dan 2 roti telur di kedai mamak di hadapan Ecosave. Zaujah kata dalam seminggu ni saya membeli sarapan yang tidak sesuai untuk anak-anak. aujah kata tosei lebih sihat.Lama kena tunggu.

3. Saya pulun dulu tosei kerana yang lain masih terhegeh-hegeh. Roti telur untuk later.

4. Saya keluar dan pulang jam 12.30 dan mendapati tingal sekeping tosei dan sekeping roti telur. Saya tanya siapa yang makan roti telur. Tiada siapa mengaku termasuk pencuci. Semua mengaku makan tosei. Pelik juga.

5. Lebih pelik ketika saya mengambil roti telur, pencuci cepat sambar tosei! Ini sudah lebeh-lebeh!

Wednesday, December 03, 2008

Zulhijah I

1. Zulhijah datang lagi. Kali ini lebih bermakna bagi saya.

2. Pada hari ini setahun dulu, saya dan zaujah sudah berada di Mekah untuk menyempurnakan ibadah umrah dan haji.

Sunday, November 23, 2008

Wrong Neighborhood III


1. Di Star Metro 22 November 2008 tersiar gambar ini dan berita "Village head accused of building his house on another man's land".

2. Yang menariknya jarak antara sisi bumbung 3 rumah itu lebih kurang 3 kaki sahaja dan pagar dan dinding probably less then 4 feet.

3. Benar juga kata zaujah saya. Jika nak rumah rapat-rapat, baik jadi setinggan atau duduk di "kampung-kampung baru" pinggir bandar atau rumah teres sahaja di mana bumbung berteme bumbung, dinding bertemu dinding.

4. Bos saya juga mengalami nasib yang sama. Beli banglo besar di Jeram. Tup-tup jiran belakang buat extension tanpa mendapat kebenaran Majlis Daerah Sepang dan beliau. Jarak antara dinding baru belakang rumah Pak Haji tu dan pagar belakang bersama hanya 2 kaki. Bumbung khabarnya ngam-ngam atas pagar. Kalau tak ada gutter, pasti air akan mencurah-curah masuk ke kawasan belakang rumah bos. Bos perli Haji tu, kalau saya pun extend macamana tuan buat, pastinya kita boleh buka tingkap dan bersalaman dari rumah masing-masing sahaja.

It is sad jika ada warga banglo bermentaliti setinggan or kampung baru. Lebih malang kalau warga tersebut berasal dari bandar. Namun saya rasa my jiran wants a wooden deck terrace tapi kawasan terhad...

4. Dan atap anjung wooden deck jiran dah siap. Pasang tak simetrikal dengan pintu sliding, atap tak simetrikal dengan tiang yang dibina, baru dua hari atap genting dah melendut di tengah..... Dan kami terpaksa memandangnya dari teres kami.. Sakit mata memandang yang tak simetrikal dan melendut.... Ni kes siapa dengki siapa.....

We are thinking of planting cinnamon trees to tutup the view of the anjung from our terrace.

5. But my family had a good laugh that Friday night mengusik each other dengan "apalah you nak dengki..."!